Tuesday, January 11, 2011

Rakaman video Tapak Pembinaan lagi...


Hari ini, 11 Januari 2011; kami membuat rakaman video kali pertama dalam tahun baru 2011 di tapak pembinaan Sistem Penghawa Dingin TNEC di Lingkungan Kedua UKM.
Hari ini tugas memasang tiang-tiang besi dan juga kerangka bangunan berkenaan dilakukan. Tugas berkenaan dikatakan mungkin memakan masa lebih kurang satu minggu.

Ermmm...macam rasa geram jer, kamera yang dibawa untuk membuat rakaman agak bermasalah. Dah lama dah kamera ni sukar untuk 'triger', butang untuk RECORD sukar berfungsi dengan licin. Kamera yang sebuah lagi pun bermasalah, LCD tidak berfungsi dengan baik. Visual di LCD tiada dan agak sukar untuk membuat rakaman. Dah antar 'repair' tapi masalah belum gak dapat diselesaikan. Dua buah kamera sahaja yang ada untuk membuat rakaman luar. Kadangkala terlepas apa yang nak dirakam, dia orang sedang bekerja bukan boleh diulang kembali apa yang dibuat....kalau ikutkan hati........tapi susah gak nak kata sebab kamera tu pun dah hampir 10 tahun, dah banyak jasanya dalam menyelesaikan tugas harian kami. Oleh itu ia memang patut pun diganti baru....sape2 yang ada lebih duit lebih tu bagi sini...kami nak pi beli kamera baru.....

Pagi tadi kami bergerak ke Lingkungan Kedua untuk membuat rakaman berkenaan pada jam 10.00 pagi. Di sana kami menunggu kerja tersebut dimulakan. Dua buah kren digunakan untuk mengangkat besi-besi berkenaan, sementara sebuah kren mengangkat pekerja yang memegang dan memasang kerangka-kerangka besi tersebut.
Aku, sdr. Shahrul dan Suraya berada di tapak pembinaan hingga jam lebih kurang 11.30 pagi, sebelum kembali ke Penerbit UKM.

daudmontakzakaria.

Wawancara..


Wawancara merupakan satu perbualan dan pertukaran idea, maklumat serta pandangan diantara penemubual dan sumber. Hasil wawancara atau temubual ini akan dikongsikan bersama denga khalayak. Teknik dan persekitaran amat mustahak dalam sesi temubual. Lima soalan asas dalam temubual atau wawancara ialah Apa, Siapa, Dimana, Bila, Mengapa dan Bagaimana. Penemubual perlu bijak menggunakan lima soalan asas ini ketika menemubual.

Penyelidikan merupakan sesuatu yang amat penting bagi pewawancara sebelum dia bergerak untuk membuat wawancara. Melalui penyelidikan pewawancara mampu menyediakan soalan-soalan yang berkualiti. Disamping itu penyelidikan juga berguna supaya pewawancara tidak tenggelam punca semasa mewawancara. Melalui penyelidikan juga pewawancara akan dapat maklumat yang menyeluruh.

Penyelidikan boleh dilakukan dengan membaca bahan seperti buku, majalah, suratkhabar, risalah, laporan dan internet. Dengan maklumat ini penebual menjadi lebih faham dan yakin semasa mewawancara.

*Pict. by google images
daudmontakzakaria

Monday, January 10, 2011

FeStIvAL.SeNi.UkM 2010




Finale.......siap dah.................



Minggu ini penyuntingan video Festival Seni UKM 2010 mungkin akan dapat diselesaikan. Program ini diminta oleh Pusat Kebudayaan UKM untuk digunakan semasa taklimat pelajar Ko-Kurikulum Pusat Kebudayaan UKM hujung minggu nanti. Proses penyuntingan masih berlaku dan yang dipaparkan di sini merupakan video tersebut yang hampir disiapkan...

daudmontakzakaria

Sunday, January 9, 2011

Taklimat dan Anugerah Seni UKM

Sabtu, 8 Januari 2011;
kami membuat rakaman video multiple camera production dengan menggunakan 2 atau 3 buah kamera video. Sebelah apgi iaitu dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari kami membuat rakaman video Taklimat Pelajar KoKurikulum UKM di DECTAR. Aku, sdr. Shahrul, Kamarul dan Siti Suraya bertugas pada pagi berkenaan.


Sebelah malam kami membuat rakaman video MCP Malam Anugerah Seni UKM 2010. Anugerah Seni ini merupakan acara tahunan yang bertujuan memberi penghargaan kepada kegiatan seni di UKM dalam tahun 2010. Mereka semua terdiri daripada pelajar dan juga kakitangan UKM sendiri.
Terdapat pelbagai persembahan yang dipersembahkan pada malam anugerah berkenaan sebagai acara selingan.
VVIP yang hadir pada malam tersebut ialah TAN SRI DATUK JINS SAMSUDIN, DATUK ISMAIL HUDSON, DATO' JOHARI SALLEH dan juga pegawai-pegawai universiti sendiri. Majlis berkenaan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam.

daudmontakzakaria.

Tuesday, January 4, 2011

Bengkel Penerbitan Video.....FPI...


HARI ini 4 Januari dan esok 5 Januari 2011, kami iaitu aku, sdr. Shahrul, Kamarul dan Jasril, mengendalikan Bengkel Penerbitan Video untuk pelajar Fakulti Islam iaitu pelajar Ustaz(DR.) Muhamad Faisal Asha'ari.
Masing-masing menyampaikan ceramah berkaitan video iaitu Pengendalian kamera Video, Fasa-fasa dalam Penerbitan Video, Skrip dan Shot & Teknik Penggambaran. Sebenarnya membuat penerbitan sebuah program bukannya mudah, tidak smudah memetik jari-jemari...



Kami sebenarnya tidak dapat menjanjikan apa-apa yang luar biasa untuk dicapai, maklumlah biasanya kami mengendalikan bengkel ini untuk staf UKM memakan masa selama 3 hari siang dan malam. Walau bagaimana pun dalam jangka masa 2 hari ini kami berharap mereka semua faham dengan apa yang kami sampaikan dan dapat menerbitkan sebuah penerbitan video yang boleh diterima. Dengan daya intelek yang tinggi, aku percaya mereka akan cepat menerima dan faham segala yang kami sampaikan.

Hari ini jadual kami ialah dari jam 8.30 pagi kami menyampaikan segala teori yang kami miliki yang mungkin tidak seberapa. Namun kami berharap ia sedikit sebanyak akan dapat memberi sedikit pengetahuan untuk menghasilkan sebuah penerbitan video untuk setiap kumpulan pada hari esok.

Sebelah petang, sdr. Jasril menunjukkan cara membuat suntingan video dengan menggunakan Adobe Premier CS4. Kami cuma membantu menunjukkan serba sedikit cara mengendalikan sofware penyuntingan video berkenaan.

Esok pagi setiap kumpulan akan membuat rakaman video yang akan diterbitkan oleh mereka sendiri. Kami akan bertindak sebagai fasilitator. Apa yang kami harapkan mereka akan berjaya menghasilkan sebuah penerbitan yang sempurna di akhir bengkel nanti.


5 JANUARI 2011

HARI ini 5 Januari 2011; ia merupakan hari terakhir Bengkel Penerbitan Video untuk pelajar Ustaz Muhamad Faisal dari Fakulti Pengajian Islam. Pada sebelah pagi setiap kumpulan turun membuat rakaman di lokasi-lokasi berpandukan skrip masing-masing. Selepas rakaman setiap kumpulan mula membuat 'voice over' serta mula membuat penyuntingan. Macam-macam cabaran yang dilalui semasa sesi penyuntingan hingga ada kumpulan yang hilang 'footage' yang sedang disunting. Ada kumpulan yang membuat 'voice over' di Studio UKM di Dectar dan ada yang menggunakan hp di tempat yang sunyi yang boleh membuat rakaman 'voice over' walau ia bukan cara yang 'proper'.

Bagi pandangan aku mereka telah mampu menghasilkan satu penerbitan video yang boleh diterima walaupun dalam waktu yang singkat. Apa tidaknya, hari pertama di isi dengan teori dan cara menggunakan software pentuntingan. Hari kedua sebelah pagi mereka membuat rakaman dan selepas itu membuat penyuntingan dalam masa lebih kurang empat jam. Dalam masa berkenaan mereka mesti siapkan suntingan dengan digitise footage, membuat 'voice over', memasukkan muzik serta membuat grafik. Ramai daripada mereka tidak 'familier' dengan software CS4. Sekali lagi secara jujur diakui mereka telah berjaya menerbitkan program mereka dalam masa yang singkat iaitu dua hari.

Cuma ada sedikit perkara yang perlu di jelaskan iaitu pertama masalah 'backlight'. Untuk mengatasi masalah ini ialah;
- Tukar sudut kamera iaitu tidak memasukkan bahagian yang terang di belakang.
- Jangan shot dalam bingkai atau frame yang luas, mungkin boleh dibuat saiz Close Up.
- Gunakan lampu jika ada atau reflector
- Buka 'iris' bagi kamera video yang pro yang disetkan pada manual iris.
- Bagi kamera video handycam 'consumer' setkan kepada 'backlight'

Jangan terlalu banyak menggunakan zoom in atau out dalam rakaman. Sering gunakan tripod supaya shot lebih stabil. Atau rakam subjek dengan jarak yang dekat, jarak dekat dapat mengurangkan gambar yang bergegar. Rakam gambar dalam keadaan menahan nafas, tapi jangan lama2 tahan nafas, nanti shot boleh cantik tapi, kita pulak 'out', ops!

Selalu perhatikan headroom, walking room, noseroom dan terma-terma yang lain ketika membuat rakaman video. Peka dengan shot-shot yang di ambil dalam frame seperti benda2 tak perlu yang kelihatan seperti keluar dari kepala, telinga dan sebagainya. Pakaian subjek yang dirakam jangan sama dengan warna background seperti baju hijau yang berlatar belakangkan tumbuhan-tumbuhan atau dinding yang hijau.

Banyakkan shot-shot supaya dapat mengisi ruang-ruang yang sepatutnya di isi dengan 'visual'. Biar lebih shot-shot supaya mudah membuat pilihan untuk mengisi ruang-ruang yang telah di isi dengan skrip 'suara latar'. Banyakkan shot-shot supaya dapat mengisi ruang-ruang yang perlu di isi supaya gambar yang sama tidak terlau lama dipaparkan di screen yang mana akan menjemukan penonton.

Dalam video yang menayangkan kempen senyuman, kalau boleh banyakkan visual Close Up muka yang sedang senyum tak kralah sama ada sedang duduk diam atau bergerak, sekali sekala buat Extreme Close Up mulut-mulut yang senyum gender berbeza dan kaum berbeza. Berkaitan pembaziran makanan, tunjukkan banyak visual sedang mengambil makanan, CU pinggan sedang di isi makanan. Tunjukkan juga mereka yang sedang menyuap makanan, pelbagaikan saiz shot-shot. Kemudian tunjukkan CU pinggan-pinggan di atas meja yang masih ada makanan yang tinggal. Pelbagaikan saiz shot-shot untuk menunjukkan kepada penonton betapa berleluasanya tabiat membazir dikalangan pelanggan.

Perhatikan juga grafik dan 'background mesti kontras supaya grafik boleh dibaca. Nama orang yang ditemubual mesti dipaparkan dan sempat di baca di screen. Masukkan semua nama2 krew yang terlibat dalam penggambaran dan produksi berkenaan disamping nama2 mereka yang memberikan kerjasama dalam penerbitan berkenaan. Jangan lupa dapatkan 'copyright' untuk muzik kalau penerbitan berkenaan bersifat 'commercial', tapi kalau setakat nak suka2 upload ke Youtube, mungkin tak perlu tapi mesti hati2 jugak sebab Youtube boleh di 'access' di seluruh dunia...

Berkaitan software editing Adobe Premier CS4, jika kita sudah boleh digitise footage, sudah mampu digitise muzik, sudah mampu digitise suara latar serta sudah berupaya mengatur dan menyunting footage, suara latar dan muzik di timeline, itu bermakna ia sudah hampir menguasai software berkenaan. Eloklah install software ini di Laptop masing2 supaya anda boleh menyunting video yang dirakam dengan handphone dan di 'convert' ke file yang lebih ringan untuk di 'upload' ke Youtube(max. 15 mins.) atau Facebook (max. 20 mins.).

....bersambung, sebab idea dah habis......

daudmontakzakaria.

Monday, December 27, 2010

Masih bercuti.....

HARI ini hari Selasa, 28 Disember 2010; aku masih bercuti. Bercuti hingga 31 hb. Oleh itu takde apa yang nak di update kat blog aku ni dengan cerita berkaitan tugas-tugas rakaman video unit kami.

Apa yang dapat aku ceritakan minggu ini rakan-rakan aku akan membuat rakaman seminar, rakaman Syarahan Perdana dan juga ucapan Tahun Baru Tan Sri Naib Canselor. Semua tugas ini dilakukan semasa aku bercuti.

Tugas baru yang akan kami lakukan dan dapat aku ketahui ialah akan terdapat rakaman Multiple Camera Production pada 8 Januari dan juga 28 Januari 2011 akan datang. 8 Januari 2011 ialah rakaman MCP Malam Anugerah Seni UKM 2010 dan pada 28 Januari pula ialah Konsert DiRaja UKM. Apa yang aku harapkan ialah kami akan mendapat bantuan dari krew MCP yang lain semasa rakaman video berkenaan.

daudmontakzakaria

Friday, December 24, 2010

Rakam tapak projek lagi....

HARI ini, 24 Disember 2010; aku masih bercuti lagi hingga 31 Disember 2010. Hari ini jugak aku pergi ke UKM untuk membuat rakaman video tapak projek Sistem Penghawa di Lingkungan Kedua Kampus UKM, Bangi. Tiba di Penerbit UKM, terus berjumpa SDR. SHAHRUL untuk mengambil kamera video dan untuk pergi bersama. Bila semua selesai kami bergerak bersama SITI SURAYAmenuju ke tapak pembinaan berkenaan. Tiba di tapak lebih kurang jam 10.00 am.


Kami rakam pekerja sedang membuat 'piling' di tapak berkenaan. Sebenarnya kami datang ke sini untuk membuat rakaman pengisian konkrit ditapak tersebut. Namun apa yang kami dapat ialah kerja2 piling, apa2 pun ia tidak merugikan kami kerana visual membuat kerje2 piling belum kami rakamkan. Mengikut jadual kerje2 mengisi konkrit ialah pada jam 9.30 am. Rupa2nyer kerje tersebut lewat dari jadual dan hanya bermula pada jam lebih kurang 11.00 am.



Apabila lori2 membawa konkrit tiba kami pun terus membuat rakaman segala tugas yang dilakukan. Mula daripada lori tiba hinggalah konkrit dibubuh kedalam tempat2 yang diperlukan untuk di isi dengan konkrit di tapak pembinaan. Kami juga merakam kepadatan konkrit di uji di tapak pembinaan tersebut sebelum konkrit di isi ke tempat pembinaan.

Melalui perbualan dengan staf yang 'incharge' di tapak tersebut aku dapat mengetahui serba sedikit berkaitan pembinaan sistem penghawa dingin berkenaan. Menurut staf berkenaan, sistem penghawa dingin ini merupakan sistem berpusat yang akan membekalkan hawa dingin ke bangunan-bangunan lingkungan kedua termasuk bangunan Penerbit UKM. Sistem ini dikatakan menjimatkan kuasa letrik dan juga ruang tempat tapak dibina. Berbeza dengan sistem penghawa dingin lingkungan pertama, sistem ini menggunakan air dalam tangki sebagai bahan penyejuk sementara di lingkungan pertama menggunakan bebola air yang disejukkan. Namun konsep adalah sama iaitu menggunakan air sebagai bahan penyejuk. Air akan dibekukan dan suhu sejuk ini akan disalurkan kebangunan-bangunan di sekitar Lingkungan Kedua Kampus UKM.

daudmontakzakaria

Wednesday, December 22, 2010

Sistem Penghawa Dingin TNEC

HARI Sabtu yang lalu iaitu 18 Disember 2010 aku dan sdr. Shahrul membuat rakaman video perkembangan pembinaan Sistem Penghawa Dingin di Lingkungan Kedua UKM. Sebenarnya kali pertama kami telah rakamkan lokasi pembinaan tersebut ialah pada awal bulan Disember 2010 bersama sdr. Kamarul Baharin dan Suraya.

Sdr. Shahrul di tapak pembinaan.

Sebenarnya Penerbit Universiti Kebangsaan telah diminta untuk membuat penerbitan berkaitan pembinaan Sistem Penghawa Dingin ini bermula dari pembinaan tapak bangunan hingga ia siap digunakan. Projek ini dijangka siap pada hujung tahun 2011. Sistem penghawa dingin ini merupakan sistem yang teknologinya berasal dari Jerman. Ini merupakan kali kedua ia dibina di kampus UKM di Bangi. Dikatakan sistem penghawa dingin ini menjimatkan kuasa eletrik.

Penerbit UKM diminta untuk membuat rakaman perkembangan pembinaan sistem ini dari peringkat pembunaan tapak hinggalah projek ini siap digunakan. Rakaman tersebut akan disunting menjadi sebuah penerbitan yang boleh ditayangkan bila diperlukan.

Suraya, aku, Kamarul dan staf TNEC




daudmontakzakaria.

Thursday, December 16, 2010

PeRmAtA.PiNtAr


Hari ini, 16 Disember 2010; aku bersama sdr. Shahrul Fadli, Ramli
dan Ruhaizad membuat persiapan teknikal untuk rakaman MCP program Permata Pintar yang akan dijalankan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Jam 4.00 petang raptai penuh telah dijalankan. Sempat jugak aku serta rakan2 melihat raptai berkenaan dan dapat mengagak apa yang nak dilakukan esok pagi semasa program sebenar berlangsung. Aku sempat melihat staf Pusat Kebudayaan melatih peserta semasa raptai tersebut. Lebih sedikit jam 5.00 petang aku bersama Shahrul dan Ramli beredar dari dewan meninggalkan Ruhaizad yang bertugas mengendalikan multimedia.

Program Permata Pintar esok akan dirasmikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Aku berharap tugas esok dapat dilakukan dengan sempurna walaupun kami kekurangan krew. 4 orang krew kami sedang berada di utara tanah air kerana membuat rakaman video Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia(FEStKUM). Mereka ialah sdr. Kamarul, Jasril Amry, Siti Suraya dan Hanim. Aku harap jugak krew bantuan akan datang untuk turut sama membantu kami kami......

daudmontakzakaria.

Wednesday, December 15, 2010

FEStKUM 2010




HARI ini, 15 Disember 2010;
4 orang krew video dan seorang krew foto bergerak ke utara tanah air untuk membuat rakaman video dan foto Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FEStKUM) 2010. Program ini dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Penerangan. Kali ini FEStKUM diadakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam kawasan utara iaitu UNIMAP, UUM, USM dan UiTM Arau.

Krew video kami yang mengikuti rombongan peserta UKM ke utara ialah sdr. Kamarul Baharin Supaat, Jasril Amry, Siti Suraya, Hanim dan seorang Jurufoto iaitu sdr. Ikhwan. Di sana nanti mereka dikehendaki merakamkan secara ENG segala aktivi yang terdapat di festival berkenaan. Footage tersebut akan disunting untuk menjadi sebuah penerbitan yang mempunyai durasi beberapa minit. Mereka akan berada di sana dari 15 - 20 Disember 2010. Diharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

daudmontakzakaria

Monday, December 13, 2010

Debat 1 Malaysia Akhir..........


HARI ini 13 Disember 2010; kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM telah membuat rakaman video Multiple Camera Production yang menggunakan 3 buah kamera.Tugas yang kami lakukan ialah merakamkan perjalanan debat berkenaan pada peringkat akhir




Persiapan teknikal telah aku lakukan bersama sdr. Shahrul semalam iaitu hari AHAD jam 2.00 petang hingga 7.00 malam. Kami juga telah melihat raptai penuh pada petang semalam. dengan melihat raptai berkenaan, dapatlah kami mengagak apa yang perlu dilakukan semasa rakaman hari ini.


Persiapan alatan telah dilakukan sejak awal pagi lagi iaitu pada jam 7.30 pagi. Tiga buah kamera telah kami pasang. Namun begitu sebelum program bermula keseluruhan sistem telah mengalami masalah iaitu berlaku 'distortion' pada semua sistem. Sebagai jalan selamat kami menutup kamera 1 yang menggunakan kabel JVC yang menjadi punca gangguan berkenaan. Kamera 2 yang mengalami gangguan telah tidak kami gunakan sejak dari awal lagi.

Apabila kamera 1 yang menggunakan kabel JVC kami matikan, semua sistem berjalan dengan baik tanpa gangguan hingga ke akhir program. Tiada banyak yang kami boleh lakukan dari segi shot-shot dengan menggunakan 2 buah kamera.

Debat 1 Malaysia peringkat akhir ini ialah diantara UiTM dan Universiti Pertahanan Malaysia. Ia dimenangi oleh pasukan dari UiTM yang menerima piala pusingan serta wang.

Majlis tersebut di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato' Saifudin bin Abdullah. Tan Sri Naib Canselor UKM juga turut hadir sama dalam majlis berkenaan.

daudmontakzakaria

Thursday, December 9, 2010

'COPYRIGHT'......

Hari ini aku tiba-tiba menerima panggilan luar UKM. Sebenarnya aku pun tak kenal siapa yang membuat panggilan tersebut. Dia memperkenalkan dirinya dan bertanya hal aku. Dia bertanya jugak berkaitan rakaman dan penerbitan yang aku telah buat dan juga yang telah aku 'upload' kan ke YOUTUBE.
Akhirnya aku dapat tahu rupanya video UCAPAN HARI RAYA yang lalu menggunakan muzik yang beliau telah 'compose' semula. Aku takleh nak kata apa2 lah, cuma aku jelaskan muzik tersebut kami 'download' dari internet dan ia cuma digunakan untuk dalaman sahaja bukan untuk mencari keuntungan. Jadi untuk tidak berlaku sebarang perasaan tidak puashati dipihak beliau dan kesalahan di pihak kami, maka aku terpaksa 'delete' video tersebut dari YOUTUBE walaupun beliau tidak pun menuntut aku 'delete' kan video berkenaan.

Memanglah....sepatutnya kami menggunakan muzik yang di 'compose' sendiri untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Sememangnya sekarang inipun kami telah secara perlahan-lahan cuba menggunakan beberapa muzik yang di 'compose' sendiri. Sebenarnya ada beberapa buah penerbitan video telah di 'upload' kan ke YOUTUBE, bukan bertujuan untuk mencari apa2 keuntungan cuma untuk berkongsi pengetahuan berkaitan video serta berkongsi maklumat yang kami mampu salurkan melalui video. Tiada apa-apa niat lain pun...

Hari ini jugak aku telah dapat menyiapkan penerbitan video Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir dengan berlatar belakangkan muzik yang di 'compose' oleh sdr. Shahrul Fadli dan berlatar suarakan oleh sdr. Kamarul Baharin. Oleh itu tamatlah penyuntingan yang tak sudah-sudah video berkenaan dan selepas ini akan menerbitakan pula penerbitan yang lain.....

*pict. by google images.

daudmontakzakaria

Rumah Peranginan Persekutuan




Rasanya tiada lagi penyuntingan untuk video RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN TASIK KENYIR TERENGGANU. Rasanya video ini sudah siap dan tiada apa2 yang perlu diubah. Oleh itu penyuntingan video yang lain akan menyusul jika ada sebarang tugas yang memerlukan rakaman tersebut disunting untuk dijadikan hasil penerbitan untuk tahun 2010 ini. Rasanya tahun ini merupakan tahun dimana beberapa penerbitan telah dapat disiapkan denga sempurna.

Sunday, December 5, 2010

IDEA dalam penerbitan video

IDEA merupakan titik permulaan penerbitan sesebuah penerbitan video atau filem. Idea mungkin boleh dicetuskan oleh individu atau sekumpulan manusia.

Idea untuk sesebuah penerbitan mungkin boleh diasaskan kepada perkara seperti;
- merupakan suatu galakan.
- mengetengahkan sesuatu informasi atau berupa informasi
- menyediakan panduan.

Untuk tujuan motivasi teknik yang boleh digunakan dalam penerbitan ialah secara 'dramtik' atau 'hiburan'. Hasil yang ingin dicapai ialah untuk menjana minat atau meransang penonton untuk mengambil tindakan.

Untuk tujuan informasi bentuk atau kandungan penerbitan yang dipersembahkan dalam bentuk umum atau laporan untuk menarik perhatian penonton.

Untuk tujuan sebagai panduan, oleh sebab ia merupakan persembahan yang mempunyai informasi yang penting, maka perhatian penonton amat penting. Penerbitannya lebih sistematik.

*pict. by google images.

daudmontakzakaria


Friday, December 3, 2010

Masalah bunuh diri di malaysia....


HARI ini aku pergi ke Pusat Perubatan UKM yang dahulunya dikenali sebagai HUKM. Aku ke sana membawa rakan-rakan iaitu sdr. KAMARUL BAHARIN dan SITI SURAYA untuk membuat rakaman SYARAHAN PERDANA Prof. Dr. Maniam Thambu. Disebabkan permohonan kenderaan UKM menghadapi masalah teknikal jadi aku mesti hantar mereka ke sana juga untuk membuat rakaman yang diminta oleh pihak UKM.

Tajuk syarahannya agak menarik juga iaitu Masalah Bunuh Diri di Malaysia. Aku ingin berkongsi sedikit fakta dengan pengunjung. Menurut Prof. Maniam iaitu;
- Anggaran kadar bunuh diri di Malaysia 1990 - 2000 ialah anata 10 - 13 orang per
100,000 penduduk.
- Hampir 1 juta orang bunuh diri setiap tahun iaitu purata setiap 40 saat di seluruh dunia.
- Kadar bunuh diri dikalangan lelaki lebih tinggi berbanding wanita.
- Racun serangga merupakan 1/3 digunakan untuk membunuh diri di seluruh dunia.
- Di Malaysia orang lanjut usia lebih ramai bunuh diri.

Di Malaysia dianggarkan 10 - 13 orang membunuh diri setiap 100, 000 orang. Namun anggaran ini tidak tepat antaranya kerana ada yang dikelaskan sebagai kematian tidak diketahui.

Faktor membunuh diri ialah kerana;
- perubahan sosiobudaya
- perhubungan keluarga dan kesihatan
- masalah kesihatan
- masalah mental

Kakitangan MCP Multimedia PPUKM.

Kumpulan Etnik yang membunuh diri ialah;
Etnik India lebih ramai membunuh diri dengan diikuti oleh etnik Cina dan Melayu. Kadar bunuh diri dikalangan etnik Melayu masih rendah namun ia makin meningkat iaitu antara 1972-1990 meningkat dari 2 per 100,000 orang kepada 6 setiap 100,000 orang.
Begitulah serba sedikit fakta mengenai syarahan berkenaan.

Jika ada individu tertentu ingin mendapatkan buku syarahan perdana ini, anda boleh berhubung dengan Penerbit UKM atau lawat halaman sesawang http://www.ukm.my/penerbit.

Kami pulang ke UKM BANGI kira2 jam 11.00 pagi setelah berada di PUSAT PERUBATAN UKM sejak dari jam 8.00 pagi. Kami juga berkesempatan melihat Krew Multimedia PPUKM membuat rakaman MCP di Auditorium dimana syarahan berkenaan berlangsung.

daudmontakzakaria

Thursday, December 2, 2010

LEPAS NI TIADA LAGI SUNTING VIDEO LUBUK KELAH NI LAGI....





Tiada lagi penyuntingan video ni....rasanya dah tiada apa lagi nak diubah...

Wednesday, December 1, 2010

PLANNING

Menerbitkan sebuah penerbitan video bukanlah semudah kita memetik jari. Ramai yang menganggap ia mudah untuk dilakukan. Bagi yang mengetahui, penerbitan sebuah video yang sempurna memerlukan komitmen dari setiap krew penerbitan serta perkara berkaitan yang lain. Untuk mempastikan penerbitan memenuhi kehendak maka objektif dan kandungan perlu dirancang dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum rakaman dilakukan.

Membuat rakaman video mungkin mudah pada pandangan sesetengah individu, cuma ambil kamera dan terus buat rakaman apa yang hendak dirakam. Namun rakaman sebegini jarang menghasilkan penerbitan yang memuaskan dan kebanyakannya menemui kegagalan.

Sebelum memulakan rakaman, 'planning' amat perlu walaupun untuk penerbitan video yang ringkas. Bina kandungan penerbitan dan rancang cara mem'visual'kan subjek yang akan dirakam.

Perbincangkan perkara berikut semasa 'planning';

- Idea yang jelas
- Objektif-objektif yang ingin dicapai melalui video berkenaan
- Adakah ia berbentuk motivasi, informasi atau pengajaran
- Sasaran penonton penerbitan berkenaan.
- Treatment penerbitan tersebut
- Storyboard disediakan
- Pertimbangkan juga krew yang akan terlibat dalam penerbitan berkenaan.

Perbincangkan juga berkaitan;

- rakaman subjek dalam pita
- penyediaan title
- rakaman suara latar, muzik, kesan bunyi
- penyuntingan dan 'mixing' semua elemen untuk membentuk salinan 'master'
- membuat salinan-salinan

daudmontakzakaria

Tuesday, November 30, 2010

Secebis berkaitan filem DOKUMENTARI

DOKUMENTARI;

Sejarah filem telah bermula sejak lebih satu abad yang lalu. Dikatakan filem dokumentari merupakan filem yang pertama diterbitkan iaitu The Arrival of a Train yang merupakan sebuah rakaman oleh Lumiere bersaudara pada tahun 1895 di Peranchis. Bagaimanapun masa itu filem belum lagi terbahagi kepada genre-genre seperti hari ini.

Dokumentari merupakan sebuah genre filem yang memaparkan apa yang tidak boleh diberikan oleh filem fiksyen atau cereka iaitu peristiwa yang benar(actuality). Ia merupakan gambaran peristiwa yang benar benar berlaku dalam kehidupan.

Dokumentari juga memberi penekanan yang utama kepada pendidikan dan mempengaruhi penonton. Sementara filem fiksyen lebih memberikan penekanan kepada hiburan. Dengan perbezaan yang amat jelas ini, kita sedar sama ada kita sedang menonton filem fiksyen atau dokumentari. Sebenarnya kedua-dua filem dokumentari dan cereka hanya merupakan gambaran realiti kehidupan dalam dunia. Yang membezakan kedua-dua filem tersebut ialah cara gambaran tersebut dipersembahkan di layar.

*pict. by google images
daudmontakzakaria

Thursday, November 25, 2010

Wah! lumayan tugas hujung bulan NOV. ni...

Ermmmm....tugas hujung bulan NOVEMBER dan awal bulan DISEMBER ni agak lumayan. Bukan lumayan dari segi kewangan tapi lumayan dari segi pemintaan untuk rakaman video oleh pihak-pihak dalam universiti.

Apa tidaknya...hari ini rakaman SYARAHAN PERDANA, Isnin, Selasa dan Rabu rakaman seminar anjuran IMBIOSIS di KL, Selasa pula rakaman video perasmian seminar MATEMATIK di PWTC, Jumaat pula rakaman SYARAHAN PERDANA di PPUKM Cheras, dan rakaman video LAWATAN TIMBALAN MENTERI CHINA ke UKM dan mungkin ada lagi pemintaan tugas yang masih dalam perjalanan ke SINI kut.

Mungkin permintaan rakaman yang lumayan ni disebabkan awal bulan DISEMBER pelajar akan kembali berkuliah untuk semester 2 pula. Oleh yang demikian universiti sibuk pulak dengan pengajaran dan seterusnya peperiksaan akhir. Apa2 pun tugas berkenaan akan kami laksanakan setakat yang mampu oleh peralatan dan tenaga kerja....

daudmontakzakaria

Tuesday, November 23, 2010

Penyuntingan LuBuK KeLaH TaSiK KeNyIr dah pun siap...

Hari ini, Selasa 23 November 2010, sebuah lagi penerbitan video telah dapat disiapkan. Lubuk Kelah Tasik Kenyir itulah tajuk penerbitan video ini. Rakaman video ini telah dibuat pada 26 Oktober 2010 iaitu ketika kami mengadakan BENGKEL PENERBITAN VIDEO di TASIK KENYIR dari 24 - 27 Oktober lalu. Terima kasih kepada mereka yang membantu aku menyiapkan penerbitan ini sama secara langsung ataupun tidak langsung(idea). Harap kerjasama berpasukan antara kita akan lebih erat lagi.

Sedikit informasi berkaitan LUBUK KELAH ini. Lubuk Kelah terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir, Terengganu. Ia telah digazetkan sebagai ZON PERLINDUNGAN IKAN KELAH dan aktiviti menangkap ikan di sini adalah amat dilarang. Kawasan ini sentiasa dikawal dengan rapi supaya mereka yang tidak berkenaan dapat dielakkan daripada memasuki kawasan ini. Walau bagaimanapun kunjungan pelawat ke sini melalui cara yang betul tidak dilarang.



daudmontakzakaria.