Friday, August 3, 2012

MCP...oh...MCP...

.....ustaz pilihan...
dirakam pada 7 OGOS 2012...

HARI ini 7 Ogos 2012 jugak kami membuat rakaman video Bicara Santai Muslim.
Kali ini kami membawakan hos dan talent yang lain iaitu kedua-dua
nya adalah para ustaz. Rakaman kami lakukan pada jam 2.30 
petang kerana sebelah pagi kami ada tugas lain iaitu
rakaman audio untuk Pusat Pengajian Umum.
Seperti biasa sebelum rakaman dimulakan
segala persiapan teknikal dilakukan terlebih 
dahulu. Selesai persiapan teknikal latihan mcp
dilakukan terlebih dahulu sebelum rakaman sebenar 
dijalankan. Latihan mereka mengambil masa lebih kurang
10 minit jer. Kemudian rakaman sebenar dilaksanakan. Segalanya
berjalan dengan licin. Rakaman ini mengambil masa selama lebih kurang
25 minit sebelum ia ditamatkan. Kami berharap setelah 2 kali rakaman ini dijalankan
setiap pelajar latihan industri ini lebih memahami  lagi berkaitan rakamam
mcp ini. Kali ini kami beri masa selama 30 minit dan setiap 10 minit kami
akan masukkan 'iklan'. Ini bertujuan supaya mereka memahami bagai
mana untuk di 'insert' kan iklan dan sebagainya sebelum kembali
semula ke studio untuk teruskan bicara muslim tersebut.
Kerja rakaman hari ini pun aku rasakan cukup
lancar. Mereka dapat menjalankan
tugas masing-masing dengan
baik. Kami berharap
mereka akan
lebih jelas lagi dengan
tugas-tugas rakaman mcp yang
dilakukan di studio tersebut. Aku ingin mengucap
kan terima kasih bebanyak kepada semua yang terlibat
iaitu FARAH, PIAN, ARIF, 'AFIFAH, SAIFUL serta semua krew
UAV Penerbit UKM iaitu SHAHRUL FADLI, RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY,
& SITI SURAYA.
Segala kekurangan yang terdapat dalam video ini adalah kelemahan kami dan 
semua yang baik2 adalah dari ALLAH SWT.
Kepada semua PELAJAR LI, jika terdapat sebarang tingkah laku dan kata-kata
kami yang menyinggung semasa rakaman ini, harap dimaafkan.....terima kasih.
Jumpa lagi untuk rakaman berikutnya....

...ustazah pilihan...

HARI Rabu yang lalu iaitu 1 OGOS 2012, kami dari UNIT AUDIO VIDEO 
PENERBIT UKM telah membuat rakaman video BICARA SANTAI
MUSLIM. Rancangan rakaman ini telah kami rancangkan
beberapa hari sebelum itu dengan PELAJAR 
LATIHAN INDUSTRI JABATAN
PENGAJIAN DAKWAH
KEPIMPINAN
FAKULTI PENGAJIAN 
ISLAM UKM yang sedang membuat latihan
Industri di BAHAGIAN MULTIMEDIA PENERBIT
UKM. Idea dan skrip rancangan berkenaan adalah hasil cetusan
minda mereka. Kami cuma membantu dari sudut teknikal sahaja. Walau
bagaimanapun rancangan atau rakaman tersebut aku anggap telah berjaya
dan kami bercadang untuk menghasilkan lagi rakaman tersebut dengan topik
yang lain pula. Topik yang kami telah rakamkan tersebut berkisar kepada 
RAMADHAN. Mungkin topik yang berikutnya berkaitan HARI RAYA?
Jika ada sebarang kesilapan maklumat dalam penyampaian ini
kemaafan dimohonkan kerana kami terlepas pandang. Yang sem-
purna itu ialah ALLAH SWT, yang tidak sempurna semestinya kami,
manusia biasa..........
Tujuan kami membuat rakaman berkenaan juga dengan tujuan 
mendedahkan pelajar tersebut kepada kerja-kerja
penerbitan MULTIPLE CAMERA PRODUC-
TION. Sekurang-kerangnya mereka
memahami konsep MCP
itu sendiri walaupun
peralatan yang digunakan adalah
terlalu asas jika dibandingkan dengan
peralatan yang wujud di stesen-stesen tv, namun
konsep MCP itu masih wujud di situ. Aku berharap mereka
mendapat ilmu berkaitan MCP sedikit sebanyak sebagai bekalan
mereka untuk bekerja di stesen-stesen penyiaran yang wujud 
di negara kita. Aku ingin melihat akan terpapar 
nama mereka di skrin-skrin tv sama dalam program
program di AL HIJRAH atau di program
TV9, insyaALLAH.............
Aku harap mereka semua mendapat sedikit sebanyak manfaat
ketika menjalani Latihan Industri di PENERBIT UKM
yang mungkin ada yang menganggap latihan
industri di PENERBIT UKM tidak
punyai apa-apa atau tidak
'glamour' gamaknyerr..
Apa-apa pun aku berharap untuk membuat rakaman MCP dengan 
topik yang lain dalam masa terdekat ini sebelum mereka
semua menamatkan LATIHAN INDUSTRI
di PENERBIT UKM....macam mana
PELAJAR LI...sanggup
menggalas cabaran ini.............................???????????????
Moga rakaman yang telah di 'upload' kan ke 'YOUTUBE'
tersebut juga akan memberi manfaat kepada semua
insyaALLAH.....
Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua pelajar LI di PENERBIT UKM, kepada
HANAMICHI yang membuat suntingan
kembali hasil penerbitan MCP
yang di atas tu serta
kepada semua krew UAV yang lain iaitu
SHAHRUL, SITI SURAYA, RAMLI, HJ IZAD dan KAMARUL...
harap kita boleh bekerjasama lagi dalam rakaman
yang berikutnya dalam masa yang terdekat ini...

....terima kasih kerana sudi membaca.
DAUDmontakzakaria.

No comments: