Tuesday, April 24, 2018

Penutup ICAF2018

Malam tadi, Isnin, 23 April 2018, aku ditugaskan untuk membuat rakaman
PENUTUP ICAF 2018 di Auditorium Pusat Siswazah
UKM. 
Aku gerak ke UKM selepas selesai solat Maghrib.
Tiba di Auditorium, aku terus masuk ke dalam...tinjau dulu ruang aku
nak pacakkan tripod kamera. Terjumpa beberapa orang staf Pusat Kebudayaan UKM.

aku dengan sdr. ikhwan, sebelum program mula....
Rasanya kalau tak silap program ini anjuran pusat citra dan pusat kebudayaan ukm.
Kemudian tinjau punya tinjau terjumpa dengan sdr. Herman staf pusat 
kebudayaan. Dia suh aku nbuat rakaman dari bahagian
tengah. Awalnya aku nak pacakkan
tripod kat tangga je...
Bila dia kata aku boleh
duk di tengah tengah, maka aku pun letakkanlah
tripod kat situ. Dan terus letakkan kamera sama kat situ.....
Sebenarnya, kebiasaannya penutup ICAF ni saban tahun dibuat di Dewan Canselor,
oleh sebab dewan canselor masih dalam kerja kerja penyelenggaraan
maka program tu dibuat di dewan siswazah ni la......



Kalau dibuat di dectar biasanya kami rakam
dengan kerja rakaman MCP atau bahasa melayunya penerbitan kamera
berbilang iaitu rakaman dengan menggunakan banyak kamera...biasanya kami guna tiga kamera di dectar tu. Nilah video penutup icaf yang lalu yang dirakam
di dectar ukm...


Oleh kerana ia dibuat di sini, yakni di pusat siswazah ni, maka aku guna sebuah kamera je. Aku la yang rakam. Masa rakaman di dectar aku cuma bagi arahan untuk
3 kamera dari dalam konti. Bilik tersebut
memang terpisah daripada
dalam dewan.



Masa di dectar
aku tak tau pun apa yang berlaku dalam dewan
...tapi di sini aku duduk dikalangan penonton. Apa yang penonton buat semua
aku nampak dan mereka pun nampak aku kat tengah tengah dewan tu.... Penutup ICAF ni
di penuhi dengan pertandingan lagu2 solo. Persembahan seni yang lain semuanya
telah berlalu. Program penutup ni merupakan program
penyampaian hadiah untuk semua
pertandingan seni yang telah diadakan dalam beberpa hari yang lalu.



Bila aku duk dikalangan penonton yang terdiri daripada pelajar
ni..tentu la bising, terutama ketika permulaan penyanyi untuk mula menyanyi dan 
ketika nyanyian tamat...penuh dengan pekikan pelajar....hahaha...terasa tua aku duk kat situ bila dengar pekikan dan teriakan mereka tu...huhu..
Aku buat rakaman tersebut dari mula hingga tamat....sementara sdr. IKHWAN
buat keje rakaman foto....kami berdua la dari Pusat
Komunikasi Korporat yang keje
malam tu.......



Program tersebut tamat lebih kurang jam 11.30 malam....tiba rumah
da hampir jam 12.00 tengah malam....Nanti esok aku edit
video tu dan upload ke utube...korang tonton
je la video tu....eaaaa....


sekian...abis daaa.....

daud.montak.zakaria