Friday, February 23, 2018

Voice Over program luar.

Hari ni JUMAAT, 23 Feb. 2018....aku dengan saudara RAMLI ditugaskan untuk
mengendalikan rakaman audio pihak luar. Jam 9.00 lebih
mereka datang studio ukm. Tercari cari gak
la mereka studio ukm tu.


Mereka datang tiga orang.
Setelah urusan teknikal selesai oleh
saudara RAMLI...maka kami pun mulalah membuat rakaman
berkenaan. Sdr. Ramli mengawal alat mixer sementara aku pula mengendali
applikasi audiocity untuk rakaman tersebut. Rakaman berkenaan
gunakan komputer dan hasil akhir dalam bentuk softcopy.
Beberapa kali kami membuat rakaman berkenaan.
Suara lelaki dan pompuan digunakan.


Rakaman pertama kami
pecahkan kepada dua segmen iaitu 14 muka surat
diasingkan kepada dua bahagian. Rakaman kedua dengan sekali harung
untuk 14 muka surat. Kali ketiga dibahagikan kembali
rakaman kepada dua bahagian. Kemudian
satu bahagian dirakam sekali
lagi kerana ia tidak memuaskan hati mereka. Kemudian
kami buat satu lagi rakaman untuk beberapa patah skrip lagi. Selesai je
kami wefie dalam studio tu........


Rakaman tersebut adalah untuk sebuah video yang akan dimasukkan
ke dalam web Jabatan Kemajuan Masyarakat. Dia orang
kata atas permintaan menteri dia orang
buat program ni....


Program ni dalam bentuk animasi.......dan akan dipaparkan
di web JKM dalam bulan Mac 2018.

SEKIAN

daud.montak.zakaria

Saturday, February 10, 2018

La da Penutup SUKIPT rupanya...

Hari ni SABTU, 10 Feb. 2018, hari cuti ni....hari duk kat umah....huhuhu..tapi kami
dari team Unit Audio Visual kena buat rakaman MCP
Majlis Penutup SUKIPT 2018 yang dijalankan di
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL
RAZAK UKM....


kami ada krew baru...
Lebih kurang jam 11.30
pagi aku bergerak ke ukm atau lebih tepat
studio ukm. Sampai je aku tengok sdr. SHAHRUL sudah pun berada
lebih awal di sana. Dia terlebih dulu bawak kabel kamera ke dalam dewan untuk
dipasang di sana. Aku bawak tripod masuk ke dewan. Bila siap
aku duk dalam studio. Kemudian Kamarul pun sampai
dan kami pasang kamera. Sdr Ramli dan Jasril
sampai studio. Sdr. Ramli uruskan
audio.


sdr. ramli
Aku dengan sdr. Kamarul
menghadapi masalah berkaitan kamera. Kamera 2 tidak
berfungsi. Jenuh la kami usaha untuk membuatkannya berfungsi...gagal gak.
Kemudian kami tukar dengan kamera yang lain...uji beberapa
kali nampak macam ok je. Kemudian aku masuk
studio untuk cek visual di monitor.
Semua kamera ada imej di
monitor....
Tapi bila aku switch ke kamera
2 .......program out tiada pulak dah...blank je monitor tu...
Sudahnya aku masukkan sumber kemera 2 ke CCU 4...hermmm...baru
ada imej di monitor...jadi macam CCU je yang bermasalah....
Tah pape la alat ni....ermmmm....tak taulah sampai
bila sistem ni boleh bertahan lagi....
Apa yang aku harapkan alat ni tak meragam masa program yang  besar
besar seperti konvo dan sebagainya.....

sdr. kamarul & aku...
aku & jasril


Tak lama kemudian jurufoto, IKHWAN
HASHIM tiba di studio...dia ditugaskan untuk membuat liputan
foto penutup sukan tu. Kemudian tiba pulak suraya....puteri diet tu...opst!
Dia terlibat dalam media sosial yang akan buat liputan untuk
media sosial resmi ukm....perkataan yang aku
dengar darinya...'LAPAR'.........mungkin
belum isi perut kut....
Kemudian muncul pulak ANIM...wartawan PKK yang akan buat liputan 
berita majlis berkenaan. Majlis penutup tersebut bermula
lebih kurang pukul 3 kut...lupa nak tengok jam...
Encik HAZRUL pun berada di studio
hari ni. 
Memang sah rezeki tu kurniaan PENCIPTA...Cadang nak amik kfc...
hermmm...tah la...mungkin tiada rezeki
kut.....takpe la kannnnn...........

sdr. shahrul...ikhwan dan jasril....
...ni tengah hebat bincang masalah dunia ni...


Masa rakaman mcp
bermula, semua da ada kat posisi memasing.
Jurukamera ialah sdr. KAMARUL, SHAHRUL dan JASRIL. 
Sdr RAMLI jaga audio sementara SITI SURAYA bantu grafik sekejap
 sebelum dia terlibat dengan tugas media sosialnya. Dalam
konti masa ni ramai pulak yang ada iaitu ANIM, SURAYA 
dan YAN. Terima kasih la...tak la aku sunyi sensorang macam yang biasa tu...huhuhu...Pengarahan aku yang buat
walaupun bukan la pandai sangat pun...bole la daripada tak buat langsung
...huhu...

t - shirt ni beli sendiri.....
Majlis berkenaan di isi dengan persembahan ARTISUKMA UKM, dan 
persembahan TOMOK....meriah nampaknya bila TOMOK
berada atas pentas. Kemudian ucapan perasmian
oleh TAN SERI LPU UKM.
Kemudian  diadakan penyampaian
hadiah kejohanan iaitu antaranya OLAHRAGA dan OLAHRAGAWATI
SUKIPT 2018 dan sebagainya lagi. Juara keseluruhan kejohanan
ialah UPM dan diikuti oleh UITM ...ketiga Politeknik......sementara UKM
dikedudukan ke 10............

dia orang tak ajak wefie...aku wefie sendiri la....
anim tak bersedia tuuuu.......tengah beri tumpuan pada ucapan perasmian...
Bila tamat je program tersebut kami kemas semua peralatan. Ini mungkin
MCP terakhir kami di DECTAR kerana dewan ini akan
ditutup sehingga majlis KONVO bulan OKTOBER akan datang kut...tak pasti....
untuk tujuan penyelenggaraan.....

Tan Seri Dato' Seri Dr. IBRAHIN SAAD, Pengerusi LPU UKM..




Jadi semua kamera aku simpan dalam peti kalis lembab...lama tu
kami tak ada rakaman mcp di studio ukm......
Aku nak ucap terima kasih kepada semua krew yang
bertugas dengan aku iaitu sdr. RAMLI, SHAHRUL, KAMARUL dan
 JASRIL. Terima kasih gak kat Su sebab kendalikan grafik seketika ...terima kasih gak kepada anim dan yan yg turut berada di konti dan terima 
kasih kepada semua yg lain yg tak tau nak namakan di sini...... 
Jumpa lagi dekat dekat nak konvo nanti untuk
 bertugas bersama lagi dalam keje keje MCP ni......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Friday, February 9, 2018

SUKIPT 2018 - Bola Tampar Final....dan penghargaan untuk sukarelawan...

Hari ni JUMAAT, 9 Feb. 2018...kami masih sibuk dengan keje keje rakaman sukan 
SUKIPT 2018. Hari ni aku pi buat rakaman Final Bola Tampar
dengan sdr. ramli. Kami gerak jam
9.00 pagi menuju
DEWAN GEMILANG.



Tiba di sana terus masuk ke dewan.
Tinjau keadaan dewan dulu sebelum buat rakaman.
Ada dua gelanggang sebenarnya..satu gelanggang untuk wanita dan satu lagi
gelanggang lelaki. Kami tumpukan kepada gelanggang
lelaki je. Di gelanggang ini akan diadakan
final antara UKM dan UPM



Sebelum tu ada satu perlawanan
sedang berlangsung iaitu game ... ermmm..lupa pulak
aku...pasukan mana, memang aku da tua...asyik lupa je....memang kene pencen ni....
saja je doa banyak2...mana tau mungkin boleh pencen dengan
cepat kan.....yang aku ingat sunway u je..... yang satu
lagi aku lupa............... Lama jugak
 perlawanan untuk tempat
 ketiga dan keempat...tapi  tempat keempat macam takde 
hadiah je....lepas gangsa, mana ada medal kan......aku pun bukan faham dengan
game ni....langsung tak faham....apa boleh buat laaaa...
Game ini dimenangi oleh sunway u.



Kemudian masuk pulak pasukan pasukan untuk final.....
Pasukan untuk game final ni ialah di antara pasukan ukm dan upm.
Mulanya sesi panas badan...tengok pukulan bola memang
layak la dia orang ni masuk final. Kami buat rakaman diparas  eye level je...tidak dari
atas iaitu tempat penonton yang duduk di atas. Masa ni tempat tu
penuh dengan penyokong memasing...nak mencelah pun payah..........
Game mula mula tadi kami rakam dari atas.....



Kami terus duk di bawah...ruang agak terhad
dan di sini agak bahaya kerana bola bila bila masa je boleh
terkena kamera...itu yang pentingnya. Mula je perlawanan aku terus buat
rakaman di sini. Beberapa kali jugak bola menuju
aku tapi dapat elak kamera yang aku pegang.
Kalau tak silap 3 kali tak kurang bola menuju aku
...huhu...kalau kena ntah laaa...

kami dari pkk...aku dgn sdr. shiddane tu....


Kami rakam perlawanan tu
hingga tamat. Masa mula2 main tu kelihatan
pasukan ukm tidak berapa bersengat tapi bila masuk game yang
seterusnya...baru nampak ukm memang boleh diharapkan untuk emas...
Masa hujung hujung perlawanan aku serah pulak kamera kepada sdr. ramli untuk 
sambung rakaman sehingga tamat. Tamat perlawanan rakam sikit pasukan 
ukm di temubual oleh media televisyen...masuk tv la tu..
Masa terima medal kami cuma rakam
sedikit sahaja iaitu pasukan ukm terima medal emas untuk acara bola tampar.


ni semua staff pkk macam aku....
Aku dapat maklumat jugak iaitu pasukan ukm terdiri daripada pemain malaysia
....kebanyakannya..........rasanya tak heran la kannn...
Terima kasih sdr. ramli kerana sama sama membuat rakaman dengan
aku hari ni.........



Malam nanti aku dengan sdr. kamarul pula buat rakaman scp penghargaan kepada
pasukan sukarelawan yang telah bertungkus lumus berkhidmat
semasa sukan SUKIPT 2018 ni.......

..............................................................................................................

Malam ni ada keje yang nak dirakam di dectar macam aku tulis tadi tu..........
Aku ngan sdr. kamarul bercadang nak gerak awal ke dectar, maka lebih
kurang 6.00 petang kami pi dectar dan masuk studio ukm
sementara menunggu program malam berlangsung.
Rindu pulak aku ngan studio tu sebab
lama gak tak gi studio
kerana rakaman
MCP da banyak kurangnya...............
Selesai maghrib...kami terus masuk dectar untuk
rakam apa yang patut dalam dewan tu....Aku rakam sikit  je
masa pendaftaran sukarelawan di meja pendaftaran. Pendaftaran tu gunakan nombor
pass sukipt 2018 untuk
digunakan semasa cabutan bertuah. Aku da tentu awal2 takde
bertuah sebab pass tu aku tak dapat pun
walau da banyak acara aku rakam
dengan pamerkan pass 
media pkk aje...


ni masa pendaftaran sukarelawan...
aku dengan sdr. kamarul niii......awal da ada kat sini....


Masa sukarelawan masuk
dewan dapat la jumpa staff pkk yang lain
yang bertugas malam tu....miza...ct....kami sama2 nampak .....juli dan 
syafa...aku je yg nampak dia orang....huhuhu....Kemudian sdr. kamarul amik kamera 
dan dia je terus buat rakaman sampai abiss...huhuhu...

Lepas sdr. kamarul amik kamera...aku terus je duk kat
belakang. Kemudian tiba anim dan suraya...duk je la dengan dia orang. Dia orang
update macam macam...tapi aku update mate tengok macam2 kat
pentas kat depan nu...Kami kat belakang tu
gak sempat bincangkan pelbagai
masalah negara...huhuhu...


makin ramai da...
dekat nak mula tapi belum lagi mula...


Program penghargaan kepada
sukarelawan sukipt 2018 tu dimulai dengan bacaan doa....kemudian
diikuti dengan ucapan perasmian...berikutnya acara makan la....masa makan
tu persembahan nyanyian pulak dipersembahkan...banyak gak
nyanyian malam ni....Barulah aku sempat menghayati
lagu2 depa tu....tapi masa aku direct mcp
takde masa aku nak peratikan
lagu2 dia orang kat atas pentas tu...maklumlah minda penuh dengan
shot shot dan keje keje kamera mcp je........Banyak pulak
lirik2 sedih malam ni....rasanya sesape yang
pernah putus cinta tentu
sebak jauh di sudut hati....kan...kan....kan......


kami di sini....dimana ada program...di situ mesti ada staff PKK.....
program da mula la....


Malam ni jugak disampaikan hadiah hadiah cabutan bertuah
...mana yang bernasib baik tentulah dapat hadiah kan....rezeki bukan kita
dapat tentukan pun.....
Malam ni jugak ditayangkan multimedia....ada jugak ucapan wakil
sukarelawan dan penyampaian sijil penghargaan untuk
sukarelawan. Akhir sekali diadakan grup
foto untuk semua sukarelawan
dengan vvip.....
Maka selesailah majlis penghargaan sukarelawan SUKIPT 2018......


...masing masing sedang update keje...tak 'dan' nak buat yg lain...rajin dia orang ni...
hadiah utama cabutan bertuah...tv tuuu....


Selesai je...aku dengan sdr. kamarul
terus pi pkk bangunan penerbit untuk simpan kamera. Selesai je
terus kami gerak pulang ke rumah.........


suraya & anim....dekat dekat nak balik niii....nampak macam ngantuk je....
grup foto....ni tugas shiddan


Terima kasih sdr. kamarul kerana sama sama bertugas dengan
aku malam ni..............................ISNIN aku cuti
eaaaa.............................



SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Masih dengan keje SUKIPT 2018

Hari ni Khamis, 8 Feb. 2018, aku dengan team UAV yang telah diberi jadual, masih
meneruskan rakaman video sukan sukipt 2018. Hari ni aku pi
dengan sdr. ramli untuk membuat rakaman Bola Jaring
antara UKM dengan UNITEN.
Kami membuat rakaman ini
kerana masa yg lalu iaitu beberapa hari lepas kami tak
sempat merakamkan aksi pasukan ukm melawan pasukan universiti yang lain.....
jadi hari ni kami datang untuk membuat rakaman berkenaan.
Jam 8.30 pagi kami da gerak ke GMI kerana
acara bola jaring diadakan di sana.
Kami jugak kesian dengan rakan kami yang nakkan video
pasukan ukm bermain...jadi.....di sinilah kami.....memenuhi kehendak orang
berpahala kan.....kadang kadang kita tidak perlu terikat dengan jadual
....perlu jugak kita tidak berkira sangat dalam menjalankan
tugas, sebab rezeki yang kita peroleh adalah
melalui keje keje yang kita
buat ni lah...jangan berkira sangat......

....muka kami takde dalam blog hari ni sebab aku tumpukan pada aksi perlawanan dan lupa yg lain..


Tiba di dewan tu kami terus masuk dan bersedia untuk
rakaman berkenaan. Perlawanan mula jam 9.00 pagi. Team yang terlibat
ialah team pasukan u lain. Team ukm terlibat pada jam
9.30 pagi menentang team UNITEN.
Kami rakam segala aksi yang terdapat dalam perlawanan tersebut.
Lebih kurang sejam kami berada di sana sehingga
tamat perlawanan yang disertai oleh
UKM. Dalam perjuangan berkenaan ukm telah mengalahkan UNITEN.

Terima kasih kepada sdr. RAMLI kerana sama sama involve
dalam keje keje rakaman berkenaan....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, February 7, 2018

SUKIPT 2017...lagiii...

Hari ni RABU, 7 Feb. 2018...kami yakni krew UAV khususnya dan krew Pusat Komunikasi
Korporat amnya masih lagi sibuk dengan acara dalam universiti terutama
acara SUKIPT 2018 dimana UKM menjadi tuan rumah
kejohanan kali ini.

panaskan badan
 Hari ini aku ada 
tugas rakaman acara sukan iaitu
sukan Hoki pada jam 10.30 pagi. Sebelum tu awal pagi
aku masih membuat suntingan yang telah di rakam semalam. Aku bahagikan
rakaman berkenaan kepada acara acara yang berasingan untuk disunting berdurasi bawah
2 minit untuk di upload ke UKM TUBE.


Rakaman semalam aku bahagikan kepada
lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan acara balapan. Semua video rakaman semalam
telah berjaya aku siapkan menjelang petang sebelum balik. Bagaimana
pun sebuah pun video yang kami rakam hari ini tak sempat
disunting untuk di upload ke UKM TUBE.
...apa boleh buat laaa...masa tak
cukup untuk aku...sebab aku kena balik 4.30 petang sebab pilih W1 huhuhu...
Jadi anda boleh la kalau nak tonton video tu kat UKM TUBE..............


Jam 10.00 pagi aku dengan sdr. ramli telah pi ke gelanggang
futsal ukm untuk membuat rakaman hoki.
Kami tiba di sana dan
terus masuk gelanggang futsal berkenaan.
Masa kami sampai perlawanan da pun berjalan iaitu antara
pasukan wanita upm dan satu lagi aku da lupa pasukan dari u mana....Kemudian setelah
hoki wanita ni tamat, diadakan pula perlawanan hoki antara upm dan
pasukan politeknik. Hoki ni hoki lelaki. Kami amik
atau rakam sedikit sahaja untuk disunting
kurang 2 minit untuk di upload ke UKM TUBE. 
Tiba di opis aku mula sambung edit video semalam. Video yang aku
rakam hari ini aku masukkan ke dalam komputer untuk disunting esok dan bila siap
tentu akan di upload ke UKM TUBE. Sdr. ramli sambung pula rakaman
acara memanah pada jam 12.00 tengah hari. Sementara 
aku masih lagi dalam bilik suntingan untuk
siapkan keje keje suntingan.


Bila sdr. Ramli pulang ke opis 
waktu petang  aku terus minta footage yang dia
rakam kat padang memanah di pavilion tu. Aku digitise ke dalam komputer
untuk di sunting esok. Sementara itu menjelang balik jam 4.30 petang aku da siapkan
semua video SUKIPT yang kami rakam semalam...Pagi esok jam
9.00 pagi cadang nak rakam Bola Jaring UKM dgn sdr. ramli.
Tak tau kami pasukan ukm menentang pasukan dari 
universiti mana...tak pasti kami.....memang takde dalam jadual rakaman kami...
kami bersedia tuk buat rakaman tu bukan sebab ianya sukan majoriti
pompuan tapi apalah salahnya kami rakam pasukan ukm kan...
mungkin berguna untuk sesapa saja yang terkilan nak
 tonton pasukan bola jaring ukm bermain...kan...kan..
.tak salah kan...amik pasukan ukm je pun...
Harap semua berjalan lancar........esok pagi..........

aku dengan sdr. ramli
 Di bawah tu ada beberapa video yang aku edit hari ni...tonton je laaa.....





Terima kasih kepada sdr. RAMLI kerana sama sama membuat rakaman
dengan aku hari niii....

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria