Sunday, February 22, 2009

Beberapa Peraturan Pengarahan MCP



Peraturan Pengarahan MCP;

  • Berikan semua arahan dengan jelas, tepat dan relaks tetapi sentiasa berhati-hati.
  • Berikan arahan kepada 'talent' sebelum beri arahan kepada kamera.
  • Arahan kepada 'talent' dengan menyebut nama.
  • Jangan beri arahan 'ready' atau 'standby' terlalu jauh daripada apa yang perlu dibuat oleh pengendali alatan video kerana kemungkinan mereka akan lupa.
  • Jangan berhenti di antara 'take' dan 'nombor kamera' seperti 'take (jarak masa) two' kerana seseorang 'switcher' atau 'technical director' akan menekan nombor kamera sebelum 'Pengarah' sebut nombor kamera.
  • Ingat dalam minda nombor kamera yang sedang ke udara. Perhatikan 'priview monitors'.
  • Jangan sebut 'ready' untuk sesebuah kamera dan 'take' untuk kamera yang lain.
  • Bercakap dengan kamera-kamera dengan menyebut nombor bukan nama pengendali kamera berkenaan.
  • Sebut nombor kamera dahulu sebelum beri arahan;
contoh; 'Cam two, give me a CU of Ron'
'Cam three, CU of Lisa'
  • Jika buat kesilapan, betulkan semampu yang boleh dan teruskan persembahan. Beri sepenuh perhatian apa yang sedang berlaku.
  • Jika terdapat sebarang masalah teknikal yang mesti diselesaikan dari Bilik Kawalan beritahu Floor Manager tentangnya melalui intercom.
  • Semasa persembahan bercakap bila perlu. Jika bercakap banyak, krew akan berhenti mendengar dan akan ketinggalan arahan-arahan yang penting. Krew akan mencontohi Pengarah dan mula berkata-kata dalam intercom.
  • Bersedia untuk arahan penutup. Beri arahan masa yang secukupnya kepada FM supaya FM sempat menyampaikan arahan kepada 'talent'.
  • Bila persembahan telah ditamatkan (fade to black) arahkan VTR berhenti, ucapkan terima kasih kepada semua krew dan 'talent'. Jika terdapat sebarang kesilapan jangan komplen dalam studio. Ambil masa untuk bertenang dan bercakap dengan tenang kepada krew yang bertanggung jawab. Berhati-hati dalam mengkritk dan bantu mereka untuk mengelakkan kesilapan di masa akan datang.

5 comments:

kamarul said...

hallo....
saya ni pendengar midas..
ini ke studio midas tu eak?

CikLieYzaOnline said...

Salam, hehehe... saya tlg jwbkn la.
utk kamarul, ni bkn studio midas.
ni studio ukm dectar.
em, cmna nak terangkan..nnt la suruh tuan punya blog ni terangkn kat awk.
tkasih kpd stdioukm sbb sediakn nota2 ni semua!!!

-media produksi-

CikLieYzaOnline said...

sedikit tambhan..
saya suka ayat ni..
"kalau tak mampu buat semua,
jgn tinggalkan semua"

em..
sgt mndalam..
tba2 je nk jdkn sbg pegangan hidup...
heeeeee

ct_saggie said...

hehehhe....
betul..
klu tak mampu buat semua.
jgn lak nak lepaskan semua
amik semua sbg pedoman hidup\
terima kasih note ni tau

ukmstudio said...

Timo kasih CikLieZa, kerana menjawab bagi pihak saya...dah cukuplah tu jawapannya...