Thursday, May 31, 2018

Behind the scenes SAMPUL 2

Hari ni, Khamis, 31 Mei 2018...aku buat rakaman 'behind the scenes' video pendek UKM
SAMPUL 2 untuk Hari Raya tahun ni. Babak hari ni ialah babak
Tan Sri Naib Canselor sedang memancing
bersama Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM.



Aku gerak dari PKK cawangan Bangunan Penerbit UKM
dengan sdr. Ramli Adnan jam 8.00 pagi. Bawak kamera video....nak shooting kena la bawa
kamera takkan melenggang je kan....hahaha...Langit macam mendung je pagi ni....
dah renyai renyai pun........
Apa apa pun kami pi jugak...tak kisah la mendung atau tak ...yang
penting kami sampai di lokasi tersebut......hahaha...

Tiba di lokasi berkenaan...aku nampak en. mat nor
da sedia ada kat sana...nampaknya dia da awal da ada di lokasi....
hermmm...memang terbaik en. mat nor ni....tapi memang la kan...dalam keje
keje produksi ni...krew...pelakon dan mereka yang involve
dalam penerbitan filem atau video mesti ada
disiplin...mesti ada dilokasi tepat pada waktunya...kalau gagal
menepati masa maka dikira gagallah sebagai krew filem atau krew penerbitan
...eloklah cari keje lain...ekekeke.....



Seketika kemudian shahrul dan geng tiba...
opst! aku lupa sama ada shahrul...suraya atau en. hazrul yang tiba dulu...
da tua aku ni....banyak yang aku da lupa....sib baik jalan ke rumah tak lupo....opst!
Sebelum tan sri NC tiba...semua krew buat persediaan peralatan untuk
shooting. Ada krew yang sediakan props di tepi tasik tu....

Aku shoot segala aktiviti persiapan teknikal di sini.
Kamera pulak meragam..bukan meragam dari sudut teknikal tapi
lens kamera berkabus...dulu tu pun aku hadapi masalah yang sama masa shooting
scene TNC Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa di Bangunan
Canselori....apa boleh buat laaaa...............

sedang bersedia ni...

persiapan teknikal sebelum shooting...
Bila Tan Sri NC tiba maka mulalah keje keje shooting.
Sebelum tu cuma raptai je....masa raptai aku shoot temubual dengan encik
mat noor. Sekali take je da ok.....
Selepas tu aku terus je buat rakaman krew sedang buat shooting
adegan atau babak NC dan TNC sedang berlakon di tepi
tasik berkenaan...aku panggil tasik teratai sebab
banyak pokok teratai....hahaha....

raptai..

seringkali berlaku tak focus macam ni.......
Setelah beberapa lama kami kat situ akhirnya shooting adegan atau babak
di tepi tasik berkenaan pun berakhirlahhhhhh.......
Selesai je aku terus mintak untuk Tan Sri NC beri sedikit kata kata
untuk aku rakamkan.....Tak lama pun aku buat rakaman
berkenaan...akhirnya selesai.....
Krew yang terlibat pagi ni ialah...en. hazrul, shahrul, en. mat noor, ramli, siti suraya,
saniy, jasril....rasanya tu je kot.........
Aku sempat juga rakam Tan Sri NC sedang mencuba menerbangkan
drone. Encik mat Noor yang memberi sedikit tunjuk ajar
sebelum Tan Sri sendiri menerbangkan drone berkenaan..........
Selesai je semuanya...kami pun balik ke opis. Aku terus digitise rakaman
tadi ke dalam komputer dan terus aku buat suntingan...menjelang jam 2.00
petang lebih kurang...rasanya la... maka selesailah tugas suntingan aku tu....dan......terus
upload ke YouTube....Nak tonton...sila tonton kat link di bawah......


Sekian....

daud.montak.zakaria