Setiap individu mungkin mempunyai perasaan bimbang, kuatir atau gementar untuk pergi mengadakan sesi temubual dengan orang yang hendak ditemubual, terutama orang yang mempunyai gelaran atau kedudukan dalam masyarakat. Lagi tinggi pangkat dan lagi besar kedudukan seseorang yang hendak kita temubual, lagi tinggi tahap kebimbangan kita.
Perkara yang mungkin kita bimbangkan ialah kalau-kalau kita disergah, dia tidak ada masa nak melayan kita dan sebagainya. Yang penting jangan kita gemuruh dan bertenang serta tak usahlah bimbang. Pastikan sebagai penemuramah, kita mesti bersedia dengan maklumat yang cukup serta jangan gagap dan gugup ketika menemubual. Penemubual mesti telah bersedia dengan soalan-soalan yang akan diajukan dan jangan sekali-kali baru nak cari soalan-soalan ketika sedang dalam sesi temubual.
Kesilapan yang begini akan menyebabkan orang yang hendak ditemubual akan memandang rendah kepada si penemubual. Penemubual juga perlu menepati masa dan jangan membiarkan orang yang hendak ditemubual tertunggu-tunggu. Ini mungkin akan menyebabkab orang yang hendak ditemubual akan bosan dan membatalkan temubual tersebut.
* Pict. by google images.
daudmontakzakaria.
1 comment:
Malam ini, 13 JANUARI 2011, krew Audio Video Penerbit UKM iaitu SDR. KAMARUL & JASRIL akan membuat rakamanvideo 'FORUM HIJRAH; MENGINSAFI KESALAHAN MENJANA PERUBAHAN' di PUSAT ISLAM UKM(MASJID) selepas Solat maghrib.
Post a Comment