Monday, September 7, 2009

Krew Bukan Teknikal dalam Penerbitan Televisyen


Penerbitan televisyen memerlukan tenaga kerja bukan teknikal yang mempunyai tugas-tugas yang tertentu. Tanpa kakitangan tersebut penerbitan tidak akan berlaku.

Terdapat tiga golongan kakitangan dalam penerbitan televisyen iaitu;

1. Kakitangan Penerbitan Bukan Teknikal yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan penerbitan dari peringkat idea sehingga ditayangkan.

2. Kakitangan atau krew teknikal, yang bertanggungjawab terhadap operasi peralatan penerbitan.

3. Kakitangan Penerbitan Berita, iaitu mereka yang khasnya berkaitan penerbitan berita dan peristiwa-peristiwa khusus.


Kakitangan Penerbitan Bukan Teknikal;

Pada umumnya mereka terlibat dalam tugas menterjemahkan skrip atau peristiwa kebentuk imej-imej yang berkesan di layar televisyen. Mereka juga dikenali sebagai 'above-the-line-personnel'. Mereka ini ialah;

Penerbit Eksekutif(Executive Producer); bertanggung jawab kepada sebuah atau beberapa siri program. Menguruskan belanjawan dan hubungan dengan pelanggan, agensi pengiklanan, talent dan sebagainya.

Penerbit( Producer); bertanggungjawab terhadap sesebuah penerbitan. Bertanggung jawab terhadap semua perkara berkaitan penerbitan berkenaan dan penyelarasan elemen-elemen penerbitan teknikal dan bukan teknikal.

Penerbit Bersekutu(Associate Producer); Membantu Penerbit dalam semua perkara dalam penerbitan. Biasa melakukan tugas penyelarasan seperti menghubungi talent dan penetapan jadual-jadual.

Field Producer; membantu Penerbit dalam tugas di luar studio.

Pengurus Produksi( Production Manager); Menjadualkan peralatan dan kakitangan untuk semua penerbitan dalam studio dan di luar studio.

Production Assistant(Pembantu Penerbitan); Membantu Penerbit dan Pengarah semasa penerbitan sebenar. Semasa latihan, mencatat cadangan Penerbit dan Pengarah untuk memperbaiki program yang diterbitkan.

Pengarah( Director); Bertanggung jawab dalam memberi arahan kepada talent dan juga operasi-operasi teknikal. Amat bertanggung jawab untuk menukarkan skrip kepada mesej-mesej video dan audio yang berkesan. Dalam stesen televisyen yang kecil dia biasanya juga seorang Penerbit.

Associate Director; Membantu Pengarah dalam kerja penerbitan sebenar. Dalam penerbitan studio, dia bertanggung jawab dalam tugas menjaga masa. Dalam penerbitan yang lebih komplikated, contohnya dia membantu dalam 'calling' shot-shot kamera dan sebagainya.

Talent; Merujuk kepada semua 'performer' dan pelakon-pelakon yang 'regularly' kelihatan di kaca televisyen.

Actor; seseorang yang melakonkan watak-watak tertentu.

Performer; seseorang yang kelihatan di kamera dalam aktiviti bukan drama. Mereka adalah diri mereka sendiri.

Announcer; membaca suara latar tetapi tidak kelihatan di televisyen.

Floor Manager; bertanggung jawab dalam semua aktiviti 'on studio floor'. Memberi arahan kepada talent, menyampaikan arahan Pengarah kepada talent dan menyelia tugas penyelarasan dalam studio rakaman. Dia juga dikenali sebagai Stage Manager.

Floor Person; bertanggung jawab berkaitan set, kad-kad 'cue', membantu dalam pencahayaan, mikrofon, membantu dalam menggerakkan 'dolly' kamera, menarik kabel-kabel kamera dan sebagainya. Di stesen televisyen yang kecil bertanggung jawab dalam 'wardrobe dan 'make-up'. Dia juga dikenali sebagai grips, stagehands dan 'utilities personnel'.

Writer; di stesen2 yang kecil, skrip-skrip biasanya ditulis oleh Pengarah atau Penerbit.

Art Director; bertanggung jawab dalam aspek rekabentuk kreatif penerbitan berkenaan.

Graphic Artist; menyediakan grafik komputer, titles, charts, dan sebagainya.

Makeup Artist; Menyolek semua talent.

Costume Designer; Mereka pakaian-pakaian untuk talent

Wardrop Person; bertanggung jawab dalam semua perkara berkaitan wardrop semasa penerbitan.

Property Manager; bertanggung jawab mengurus pelbagai set dan peralatan.

Sound Designer; membina dan melengkapkan 'sound track(dialog dan kesan bunyi) dalam pos produksi.




3 comments:

Buat Duit Online said...

penolong penerbit (Assistant Producer) dan pengurus penerbitan mana? jawatan mana paling tinggi?

daud.montak.zakaria said...

Kalau dalam jabatan kerajaan biasanya dalam JAWATAN GRED B iaitu PENERBIT RANCANGAN. PENERBIT RANCANGAN adalah terbahagi kpd B27, B32, B36 kalau tak silap.., B41, B44, B48, B52 dan seterusnya.. Lagi besar nombor lagi tinggi pangkatnya. B41 ke atas sudah termasuk dalam katogori PROFESIONAL dalam jawatan kerajaan. Oleh itu Kalau Pengurus Produksi merupakan B41 ke atas, itu dikira tinggi gak kedudukannya dalam produksi....

daud.montak.zakaria said...

ops! lupa B17 pun ada....