....VIDEO CUMA HIASAN...
hampir sembuh, insyaALLAH...,21 JUN 2013... |
...video cuma hiasan..
sebahagian ubat selama lebih 2 minggu.. |
20 JUN 2013
HARI ini, KHAMIS, 20 Jun 2013, aku cuti MC lagi dan esok Jumaat mungkin
aku amik cuti rehat pula sebab cuti MC da takde. Aku perlu cuti
sebab mata aku masih kurang sihat atau belum
mencapai 100% sihat........
Foto di atas tu adalah sebahagian daripada
ubat2 mata yang aku miliki, selama lebih 2 minggu aku sakit mata dan
setelah 4 kali aku jumpa doktor sepanjang fasa aku berubat tersebut. Rasanya
mungkin doktor pon da tak tau nak bagi ubat apa lagi da...macam
kelihatan semua jenis ubat da dia bagi kat aku....
Aku pulak tentu da rasa rimas dengan
penyakit yang berpanjangan
ni.....banyak keje tak boleh dilakukan sebab da berpenyakit.
Aku jugak dapat tau dua orang staf tempat kerja aku da dapat jugak
penyakit mata ni, mungkin menjangkit daripada aku kut....maaf noooo...itu
di luar kemampuan aku untuk membuatkan penyakit tu tidak menjangkit,
tapi tulah disebabkan aku kena penyakit tu, tentu aku jugak
bertanggung jawab....sorry noooo...................
Hari ini juga ada pihak yang menalipon aku
untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman senam 1 malaysia
tapi aku balas dengan mesej bahawa aku sedang cuti sakit mata seminggu.
Aku minta dia talipon SU untuk bercakap dengan SHAHRUL,
sebab dia ada nombor SU dan takde nombor SHAH..
cerita selanjutnya aku tak pasti..........
Apa2 pon aku cuti esok dan aku dah hubungi PN AISYAH, bahawa
satu minggu ni aku cuti sakit mata sama ada cuti MC atau
cuti rehat.......
Cerita selanjutnya berkaitan rakaman
yang diminta oleh pusat sukan ialah sdr. SU dan RAMLI pegi membuat rakaman
pagi ni tapi sebelum tu mereka dikehendaki sama2 mendengar mesyuarat
terlebih dahulu......dengarnya wakil meeting multimedia takde
yang datang.......................nampaknya yang datang untuk membuat
rakaman, kena jugak menjawab dalam meeting....harap
dapat menjelaskannya dengan lancar...
apa2 pon terima kasih kepada sdr. SU dan RAMLI..........
kerana masih mampu memenuhi permintaan
LAST MINUTE.........tQ....
......sekian untuk hari ni dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria
19 JUN 2013
HARI ini, 19 Jun 2013, aku pi klinik lagi untuk cek mata yang sakit...opst!
kali ini juga aku buat 'entry' yang bukan berkaitan tugas harian
aku....apa2 pon kat atas tu aku letak sebuah
video penerbitan kami......ekeke....
HARI ini jugak aku amik cuti rehat sebab sakit mata ni lah. Bagaimana pon
setelah kali keempat aku jumpa doktor ni, penyakit ni da
beransur kurang, taklah bertambah teruk....
cuma...mata sebelah kanan ni agak lambat sangat untuk
kembali normal dan sihat macam selalu...
Aku tiba di klinik lebih kurang jam 10.00 pagi lebih sikit...pesakit nampaknya
taklah ramai sangat tapi kena tunggu 'turn' jugak...........
hari ini ada gak ibubapa yang bawak anak2
tapi yang nak buat rawatan nampaknya
si ibu dan si bapa dengan anak2
kecil yang comel2....ibubapa
muda nampaknya....anak2nya pon manja jer, mungkin bawah 3 tahun kut.....
Bila turn aku tiba, terus masuk & ucap salam kat doktor perempuan yang memang
aku da biasa dengannya....dia pon da tau aku jumpa dengannya
untuk kali yang ke beberapa kali....Aku ceritalah yang aku da
bubuh ubat yang dulu mengikut apa yang da
dia beritau...aku jugak kata mata aku
masih melekat kelopak matanya
bila bangun tidor....Dia semak rekod ubat yang lalu iaitu 3 kali berjumpanya
sebelum ini....
Akhirnya dia beri aku ubat lain untuk 'apply' kat mata
dan jugak 'antibiotik' kerana kelopak mata
melekat selepas bangun tidor adalah
disebabkan oleh kehadiran bakteria......Doktor tu jugak bagi aku cuti esok, 20 Jun '13.
Dia nak bagi cuti dua hari termasuk hari ni tapi aku kata
hari ini aku da amik cuti rehat...jadi, esok aku cuti
lagi lah.....
AKU harap ini kali terakhir aku jumpa doktor tu yang bermakna aku mohon kepada
MAHA PENCIPTA supaya
sembuhkanlah penyakit mata aku ni...Insya ALLAH....
Kepada yang da....
...video ini cuma hiasan....
18 JUN 2013
HARI ini, 18 June 2013, aku rasa mata aku ni
macam lebih sakit dari semalam terutama mata sebelah kanan.
Walau pon mata aku sakit, malam ni aku cuba jugak untuk turun gelanggang
badminton dengan rakan se pejabat, bukan apa, sekadar untuk beriadah dgn. harapan
untuk sihatkan badan. Logik ler kan, badminton gunakan tangan dan kaki
iaitu anggota yang utama sementara 'editing' gunakan mata dan
tangan sebagai anggota utama....jadi rasanya tentu
aku boleh turun main badminton mlm ni,
dan esok mungkin aku cuti lagi kerana kerja video
perlu gunakan mata dan tangan sebagai anggota pertama dalam kerja
tersebut....ekekekeke...........
rasanya esok kena jumpa doktorlah nampaknya......................
17 JUN 2013
HARI ini, 17 June 2013, aku pi klinik lagi untuk cek mata aku yang masih
belum cukup sembuh. Rasanya da masuk lebih dua minggu
sakit mata ni berlarutan.
Opst! sekali lagi hari ini
aku menulis perkara yang tiada kaitan
dengan kerja harian aku sebagai kakitangan videographer.................
Kalau ikutkan, aku memang
da rimas dengan penyakit mata ni, maklumlah
penyakit mata ni merimaskan, rasa macam tak selesa sangat
untuk melihat. Bila terdedah kepada cahaya matahari tentu sakit dan berair...
....cuma sikap redha sahaja yang masih menjadi peransang aku...
Pi klinik jam 9.30 pagi...mak aiiii....ramainya pesakit, tempat nak duduk pon
takde. Lepas daftar aku duk sebentar di luar klinik hingga lega
sedikit keadaan dalam klinik tuuu...Bila pesakit
da kurang barulah aku dapat duduk dalam
klinik tu....
Sementara menunggu tu, aku perhatikan
jer keadaan pesakit2 dalam klinik tu...perhatian aku tertumpu
kepada seorang ibu dengan 4 orang anaknya yang sedang menunggu
giliran untuk dipanggil jumpa doktor. Anak2nya kecil2 jer dan yang lelakinya
agak lasak. Sukar ibunya nak kawal. Anak yang sakit dipangku
sementara yang lain berkeliaran dan agak aktif.......
Kesian ibu tu terpaksa kawal anak2 yang
agak aktif. Mana mungkin dia mampu mengendalikan
anak yang agak lasak seorang diri. Hati aku kata, mana pegi bapa mereka,
nape biarkan isteri uruskan anak2 sorang kat klinik. Agak bising mulut ibunya
mengawal anak2 yang lasak tu. Kadang2 pelik aku dengan bapak2 ni...
buat anak rajin...apalah salahnya amik cuti dan sama2 uruskan
anak untuk rawatan di klinik, lainlah kalau
anak2 tu jenis 'makan saman'..
apa2 pon aku respek kat ibu tu
dia sendiri uruskan anak-anak pi klinik untuk rawatan
dengan memandu kereta sendiri....kesian kepada bapaknya yang hanya tau
buat anak tapi tercicir tanggung jawab yang
dia perlu lunaskan........
opst! nampaknya aku da 'mengumpat' orang...tapi tujuan aku adalah
untuk pengajaran bagi kita kaum bapa, jangan lupa tanggung
jawab kita kepada anak2 dan isteri....kesian pada
anak2 kita dan kepada isteri atau ISTERI-ISTERI kita.............
Tiba giliran aku dipanggil, terus
masuk bilik rawatan. Seperti biasa aku ucap salam kat
doktor tu dengan harapan aku mendapat salamnya...mudah2an sakit mata
aku akan cepat sembuh dengan berkat sambutan salamnya itu...
Aku ceritakan masalah mata aku yang da lama tak
sembuh....aku tanyakan pelbagai perkara
kerana ini merupakan kali
ketiga aku berjumpa dengannya iaitu doktor yang sama sejak kali
pertama aku berjumpa berkaitan sakit mata aku ni...
Doktor tu kata mata aku beransur sembuh, bengkaknya da kurang
cuma tinggal bakteria saja yang menyebabkan mata aku
melekat kelopaknya setiap kali bangun tidor...
Sepanjang fasa aku nak sembuhkan penyakit mata
ni ada beberapa perkara yang aku dapat daripada doktor2 ni..
maksud pengalaman daripada aku alami sakit mata sejak dulu...dulu pon
aku pernah sakit mata hingga hampir sebulan....lagi giler sakitnyer...
...daripada pengalaman2 tersebut aku dapati.....
.ada yang kata bubuh ubat 4 kali sehari...ada juga yg kata tak cukup,
bubuh tiap2 3 jam sekali.
Ada yang beri dua jenis ubat yang sama untuk setiap biji mata
kiri dan kanan untuk mengelakkan jangkitaN tapi
pandangan doktor lain pulak dia kata
bukan macam itu............jadi kesimpulan aku, kita berubat jer ler mengikut
mana yang kita faham dan lojik untuk diikuti kerana yang
menyembuhkan bukan doktor dan ubat2 tapi
ALLAH SUBHANA WATAALA...
DIA yang menyembuhkan penyakit manusia dan semua makhluk yang DIA
CIPTA......................................
Sepanjang fasa aku nak sembuhkan penyakit mata
ni ada beberapa perkara yang aku dapat daripada doktor2 ni..
maksud pengalaman daripada aku alami sakit mata sejak dulu...dulu pon
aku pernah sakit mata hingga hampir sebulan....lagi giler sakitnyer...
...daripada pengalaman2 tersebut aku dapati.....
.ada yang kata bubuh ubat 4 kali sehari...ada juga yg kata tak cukup,
bubuh tiap2 3 jam sekali.
Ada yang beri dua jenis ubat yang sama untuk setiap biji mata
kiri dan kanan untuk mengelakkan jangkitaN tapi
pandangan doktor lain pulak dia kata
bukan macam itu............jadi kesimpulan aku, kita berubat jer ler mengikut
mana yang kita faham dan lojik untuk diikuti kerana yang
menyembuhkan bukan doktor dan ubat2 tapi
ALLAH SUBHANA WATAALA...
DIA yang menyembuhkan penyakit manusia dan semua makhluk yang DIA
CIPTA......................................
Akhirnya dia bagi aku ubat mata berantibiotik
serta ubat untuk cuci mata serta MC 2 HARI.........dia kata jika
tak sembuh sila jumpa dengannya LUSA....tapi hati
aku kata kalau boleh aku da malas nak jumpa doktor kat klinik lagi....aku
nak pi keje da....tapi kalau tak boleh pi keje lusa aku akan
tambah lagi dengan cuti sendiri..............
....sekian dan terimakasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment