TASIK KENYIR, TRENGGANU merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di ASIA TENGGARA. Ia mempunyai keluasan 2,600 KM PERSEGI. Tasik ini terbentuk hasil pembinaan empangan yang siap pada tahun 1988 untuk tujuan menjana kuasa letrik.
Di Tasik Kenyir terdapat banyak lokasi yang menarik untuk dikunjungi dan salah sebuah ialah Lubuk Kelah. Kawasan Lubuk Kelah ini telah digazetkan sebagai zon perlindungan Ikan Kelah.
Untuk tiba di zon perlindungan Ikan Kelah ini, kami perlu menaiki bot dan juga merentas hutan dengan berjalan kaki.
Perjalanan dengan bot dari Rumah Peranginan Persekutuan di Pulau Sah Besar ke lokasi berjalan kaki memakan masa selama kira-kira 45 minit.
Bot meluncur membelah air tasik yang luas kehijauan dengan dipandu oleh Penyelia, Rumah Peranginan Persekutuan iaitu ENCIK ALIAS BIN NORDIN. Masing-masing yang turut serta dalam bot berkenaan kelihatan amat teruja untuk tiba di lokasi yang dituju iaitu LUBUK KELAH.
Pulau-pulau dan daratan yang kehijauan dengan tumbuhan semulajadi kelihatan dikejauhan sepanjang perjalanan kami menghala lokasi yang dituju. Ada ketikanya bot dipandu laju dan ada masanya juga bot tersebut bergerak perlahan. Ini mungkin kerana pemandu bot berkenaan ingin mengelakkan pokok-pokok mati di bawah permukaan air. Kelihatan banyak lagi pucuk pokok-pokok balak yang telah mati kelihatan di permukaan air. Banyak kawasan hutan di lembah-lembah telah ditenggelami oleh air semasa pembinaan tasik ini. Sementara puncak-puncak bukit pula membentuk pulau-pulau kecil yang semuanya berjumlah 340 buah di tasik berkenaan.
Ada ketikanya juga kami terpaksa menolak bot ketika tiba di kawasan air yang cetek. Pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga terutama kepada kami yang jarang sekali berpeluang bermesra dengan alam semula jadi. Akhirnya kami tiba jua di lokasi daratan untuk memulakan perjalanan dengan berjalan kaki pula. Laluan berjalan kaki merentas hutan tersebut dimulai dengan sebuah pendakian yang agak tinggi dan agak memenatkan juga.
Tiba dilaluan yang agak landai pula, kami terpaksa menempuh laluan bertiti atau bertangga serta melalui di calah-celah batu licin serta juga yang kasar. Di kiri dan kanan laluan ditumbuhi hutan yang menghijau. Dikatakan dikawasan hutan ini terdapat haiwan seperti gajah, namum hari ini kami tidak pun bertemu dengannya.
Setelah lebih kurang 45 minit berjalan merentas hutan dan menyusur laluan tepi sungai, akhirnya kami sampai di ZON PERLINDUNGAN IKAN KELAH berkenaan yang lebih dikenali sebagai LUBUK KELAH. Tanpa membuang masa, masing-masing menuju ke air untuk bermain dengan iakan-ikan Kelah yang besar jumlahnya. Ikan-ikan kelah ini kelihatan amat jinak memakan makanan yang diletakkan di tangan. Di air yang jernih juga kelihatan kilauan kelibat ikan-ikan Kelah yang berenang dalam air. Pelbagai ragam dan cara masing-masing melayani ikan-ikan Kelah yang jinak tersebut.
Menurut ENCIK ALIAS BIN NORDIN di ZON PERLINDUNGAN IKAN KELAH berkenaan terdapat dua jenis Ikan Kelah yang berpandukan kepada warna iaitu bewarna hitam dan merah. Ikan Kelah yang jinak tersebut merupakan ikan Kelah yang bewarna HITAM sementara yang bewarna merah pula merupakan ikan kelah yang liar dan sukar dipegang.
Setelah puas bermain dengan ikan-ikan kelah berkenaan, maka dalam keadaan berat hati kami mula bergerak untuk meninggalkan LUBUK KELAH tersebut untuk pulang ke RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN di PULAU SAH BESAR. Kami bergerak pulang melalui laluan semasa kami datang kesini. Ini bermakna masa yang diambil adalah lebih kurang sama ketika kami datang ke sini. Walaupun mungkin tidak lama bermain-main dengan ikan di Lubuk Kelah tersebut namun riak muka masing-masing kelihatan puas setelah berkunjung ke sana.
Sebenarnya ZON PERLINDUNGAN KELAH berkenaan masih tidak begitu popular dikalangan pelancong asing lantaran jarang kelihatan mereka di sini berbanding dengan Kuala Tahan Taman negara di Pahang. Oleh itu diharapkan pihak-pihak yang tertentu dapat mempromosikan kawasan ini kepada pengetahuan pelancong luar negara. Mereka biasanya amat berminat dengan alam semula jadi dan ini tentu akan meningkatkan lagi ekonomi pelancongan Tasik Kenyir.
* Aku membuat rakaman ketika parjalanan ini bermula dan sehingga selesai. Catatan ini akan dijadikan skrip untuk penerbitan video perjalanan berkenaan. Tunggu hasil penerbitan itu nanti....
Terdapat satu sumber menyatakan kos perjalanan ini berjumlah RM1,000 termasuk sewaan bot yang boleh memuatkan 15 orang penumpang.
Bila ditonton kembali, ade jer yang tak kene ngan video ni...
lepas ni tiada lagi perubahan apa2.
FASA-FASA DALAM PENERBITAN VIDEO KAMERA TUNGGAL(SINGLE CAMERA PRODUCTION)
Filem dan video meruapakan bahan media yang penting masa kini. Bahan-bahan ini mampu mempengaruh pemikiran khalayak. Media mampu menentukan topik perbualan manusia setiap hari.
Sejarah filem.
Sebelum kita memperkatakan berkaitan video, terlebih dulu kita lihat sejarah perkembangan 'gambar bergerak'. Gambar bergerak bermula dengan penciptaan peralatan filem. Dua orang yang terkenal dalam penciptaan peralatan gambar bergerak ialah THOMAS EDISON dan LUMIERE BERSAUDARA.
Thomas Edison telah mencipta alat yang dikenali sebagai KINETOSCOPE pada tahun 1887. Ia merupakan alat merakam dan menayang gambar. Gambar dirakam atas pita celluloid yang berupa plastik yang telah dicipta oleh GEORGE EASTMAN.
Lumiere Bersaudara.
Lumiere bersaudara telah mencipta alat CINEMATOGRAPHE pada tahun 1895 yang merupakan kombinasi kamera, alat memproses filem dan projektor. Dalam tahun 1895 juga dia telah menayangkan sejumlah 10 buah filem pendek kepada umum di Paris yang mengambil masa selama 20 minit. Salah sebuah filem terkenal yang ditayangkan ialah 'WORKERS LEAVING THE LUMIERE FACTORY'.
Perakam video yang pertama dipasarkan oleh AMPEX dalam tahun 1956 yang menggunakan pita bersaiz 2 inci dan ia hanya digunakan di setesen televisyen. SONY dan PHILLIP pula telah memasarkan VTR yang pertama dalam tahun 1963. SONY juga telah memasarkan perakam video untuk kegunaan umum atau rumah dalam tahun 1965. VTR atau alat perakam video format U-Matic telah dikeluarkan dalam tahun 1971 dan U-Matic Hi-Band dalam tahun 1980 an oleh SONY. Sementara itu pita VHS( VIDEO HOME SYSTEM) telah diperkenalkan oleh JVC dalam tahun 1977.
Sebelum menerbitkan sebuah penerbitan, perancangan yang rapi perlu dilakukan. Jika ia seorang yang mempunyai modal maka ia perlu mencari penulis skrip untuk menulis skrip filem atau video berkenaan. Jika dia merupakan seorang yang serba boleh maka dia sendiri perlu menulis skrip sebelum menerbitkannya dalam bentuk filem atau video. Jika ia merupakan program kumpulan maka kumpulan berkenaan patut berbincang untuk mendapatkan IDEA sebelum menulis SINOPSIS, TREATMENT( OLAHAN CERITA) dan SKRIP. Setelah semuanya selesai maka KERTAS CADANGAN disiapkan.
KERTAS CADANGAN;
Kertas cadangan mengandungi maklumat-maklumat seperti;
-NAMA RANCANGAN: nama rancangan dimana skrip atau rancangan berkenaan ingin disiarkan.
-JENIS RANCANGAN: saperti dokumentari, rancangan majalah atau masakan.
-TAJUK RANCANGAN/ DRAMA/ DOKUMENTARI; tajuk penerbitan tersebut.
-KHALAYAK SASARAN: khalayak umum atau khusus seperti wanita.
-TUJUAN RANCANGAN/ DRAMA: mengapa rancangan atau drama tersebut perlu diterbitkan. Apakah matlamat yang hendak dicapai contohnya seperti konsep SATU MALAYSIA.
Terdapat 3 fasa dalam penerbitan video iaitu, PRE-PRODUCTION, PRODUCTION dan POST-PRODUCTION.
- PRE-PRODUCTION;
Fasa ini termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk rakaman.
-PRODUCTION;
Dalam fasa ini rakaman sebenar filem atau video dilakukan di lokasi-lokasi.
-POST-PRODUCTION;
Dalam fasa ini pula proses penyuntingan, memasukkan bunyi dan grafik dibuat terhadap rakaman yang telah dilakukan.
PRE-PRODUCTION;
Dalam fasa ini ialah,
1. SINOPSIS
2. TREATMENT atau OLAHAN CERITA
3. SKRIP
4. PEMILIHAN PELAKON
5. RECEE
6. BELANJAWAN
7. JADUAL PENGGAMBARAN
8. SKRIP PENGGAMBARAN dan STORYBOARD
9. PEMBINAAN SET
10. PENYEDIAAN KOSTUM atau PAKAIAN
11. SOLEKAN
1. SINOPSIS
Sinopsis merupakan maklumat ringkas yang padat dan jelas.
Sinopsis yang baik ialah diantara 30-50 patah perkataan dan yang kurang baik melebihi 100 patah perkataan. Sinopsis ini ditulis dalam satu perenggan sahaja.
CONTOH SINOPSIS
Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem aksi, fantasi, pengembaraan dan lucu. Ia mengisahkan seorang remaja Amerika bernama Jason di abad ke-21 yang amat meminati filem kung fu. Secara tidak sengaja Jason telah terjumpa sebatang tongkat unik yang telah membawanya terlibat dalam satu pengembaraan di era 500 tahun dahulu.
2. TREATMENT/ OLAHAN CERITA
Ia merupakan satu pengisahan yang lengkap mengenai satu-satu cerita dari kaca mata seorang tukang cerita tanpa sebarang dialog.
Olahan cerita ini menggunakan kaedah adegan demi adegan.
Mereka yang membaca akan merasa kesan yang sama seperti menonton cerita tersebut.
Olahan cerita biasanya untuk filem atau drama satu jam, olahan cerita atau treatment panjangnya dari 40 hingga 60 muka surat.
CONTOH TREATMENT atau OLAHAN CERITA.
SIANG HARI. LONG SHOT dan PAN. Kita dilihatkan kawasan ladang kelapa sawit yang luas tetapi sebahagiannya ditutupi semak. Kedengaran bunyi anjing dari jauh. Kita lihat anjing dan seorang lelaki Cina melangkah sungai dengan memijak batu-batu di dalamnya.
Bunyi anjng semaki n ganas membawa pemburu ke arah sebuah bungkusan. Kamera bergerak ke sebalik bungkusan guni yang besar menampakkan anjing dan pemburu meluru ke arah bungkusan tersebut......
3. SKRIP;
Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan.
Ia berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis media.
Skrip dihasilkan oleh penulis skrip.
Penulisan sesebuah skrip berlaku berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan.
Biasanya penerbit akan membeli terus skrip dan mengubah bahagian tertentu jika perlu.
SUMBER IDEA UNTUK SKRIP;
- Pengalaman sendiri
- Pengalaman orang lain
- Pembacaan pelbagai bahan
- Menonton
BENTUK IDEA;
Idea ialah cetusan desakan fikiran mengenai sesuatu.
i. IDEA TERPENDAM, iaitu idea yang tidak aktif. Setiap manusia mempunyai idea ini yangmana ia tidak berkembang.
ii. IDEA TERPERAM, iaitu idea yang masih berlegar dalam fikiran secara aktif yang dicadangkan untuk dilahirkan menjadi skrip.
iii. IDEA LAHIRIAH, iaitu idea yang telah dilahirkan di atas kertas.
- Satu siri lakaran lukisan yang memaparkan komposisi dalam sesuatu penerbitan filem atau video. Ia mengandungi imej atau visual, diskripsi ringkas berkaitan visual dan shot-shot kamera.
- Pengarah berbincang dengan pelukis untuk menterjemahkan skrip penggambaran ke bentul storyboard.
Salah satu faktor diperlukan storyboard ialah untuk memudahkan pengarahan dan juga penyuntingan.
- Kostum direka oleh pereka kostum sebelum penggambaran.
- Pereka kostum berbincang dengan Pengarah Seni dan Pengarah Fotografi berkaitan aksesori dan kostum dari sudut warna dan fesyen.
- Pereka kostum akan mereka kostum dengan mengambil kira sejarah, masa, lokasi, cuaca dan suasana keseluruhan.
- Semua senarai pakaian dan aksesori untuk setiap babak dipegang oleh Pereka Kostum.
- Ukuran pelakon-pelakon juga diambil untuk tujuan mereka kostum yang akan dipakai.
- Kostum ada yang dibuat, dibeli, disewa, atau didapati dari pihak penaja.
- Semasa penggambaran Pereka Kostum akan berbincang dengan Penjaga Kesinambungan(atau contigirl) untuk memastikan kesinambungan kostum adalah betul untuk setiap babak.
- Proses meletakkan imej-imej ke atas filem dan bunyi ke dalam pita.
- Proses meletakkan imej-imej dan bunyi ke dalam pita
- Proses penggambaran pelakon dan aksi.
Dalam erti kata yang lain PENERBITAN ialah tugas-tugas rakaman yang dibuat oleh krew rakaman di lokasi-lokasi mengikut treatment atau skrip yang telah ditulis. Sebelum membuat rakaman pastikan peralatan rakaman dalam keadaan sempurna dan mampu mengendalikan peralatan berkenaan dengan baik.
Penata cahaya memberi kerjasama kepada Pengarah, Pengarah Seni serta Pengarah Fotografi untuk mencipta pencahayaan yang sesuai untuk sesebuah babak atau set.
- Cara 'Three Point Lighting' ialah ia menggunakan tiga buah lampu yang diletakkan di posisi yang tertentu. Ia akan memberikan pencahayaan yang sempurna kepada subjek yang dirakan.
- Sebelum proses seterusnya dibuat, semua hasil penggambaran ditonton semula.
- Penerbit, Pengarah dan Jurukamera akan mengkaji segala bahan semasa preview.
- Jika terdapat sebarang shot-shot yang rosak, penggambaran semula akan dibuat.
PROSES-PROSES DALAM PASCA PRODUKSI
- Proses-proses yang terlibat dalam pasca penerbitan ialah;
1. PENYUNTINGAN
2. DUBBING
PENYUNTINGAN
- Dalam produksi satu shot yang diambil tidak membawa sebarang makna.
- Untuk membentuk sebarang makna yang dikehendaki semua shot akan dicantumkan untuk membina sebuah babak atau 'scene' dan seterusnya menjadi sebuah filem.
- Proses penyuntingan ini meletakkan keseluruhan shot bersama, kepada bentuk yang terakhir seperti filem, drama dan sebagainya.
- Proses penyuntingan ini melibatkan pemilihan shot, penyusunan shot dan babak serta pengadunan audio.
- Tugas penyuntingan ini dilakyukan oleh penyunting.
- Penyunting mempunyai kebebasan menyunting namun Pengarah mempunyai pengaruh yang besar dalam proses penyuntingan.
JENIS PROSES PENYUNTINGAN VIDEO
Dalam produksi video terdapat dua jenis proses penyuntingan iaitu;
a. PENYUNTINGAN ON LINE
b. PENYUNTINGAN OFF LINE
- Penyuntingan OFFLINE merupakan suntingan awal dan antara tujuannya adalah untuk ditonton kembali sebelum dilakukan penyuntingan akhir.
- Penyuntingan ONLINE merupakan penyuntingan yang lebih teliti dan sempurna dengan memasukkan kesan-kesan khas.
Pra tonton merupakan satu sesi dimana sesebuah penerbitan filem atau video dipertontonkan kepada sekumpulan individu tertentu antaranya dengan tujuan untuk mendapatkan 'feedback' sebelum diedarkan.
7.0 EDARAN
- Edaran kepada pihak yang membuat tempahan, umpamanya video koperat