Saturday, December 26, 2009

Saiz Shot-shot


Tujuan asas shot ialah untuk menunjukkan dengan jelas imej-imej bermakna kepada penonton. Jurukamera terlebih dahulu mengetahui visual sebelum ia dirakamkan. Oleh itu jurukamera tidak perlu sangat bergantung kepada Pengarah seratus peratus bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan.

Long Shot(LS)




Lebih banyak seseorang jurukamera mengetahui berkaitan 'komposisi gambar' lebih mudah serta berkesan baginya untuk menjelaskan peristiwa berkenaan. Walaupun Pengarah boleh melihat gambar yang dirakam melalui 'monitor' namun jurukamera juga perlu tahu bagaimana untuk membuat shot-shot yang berkesan. Shot-shot untuk televisyen mempunyai peraturan tertentu berkaitan shot-shot yang dibuat.


Medium Shot(MS)




Field of view:
FOV ialah berapa luas atau dekat sesuatu objek yang dirakam dan berapa dekat ia kelihatan kepada penonton. Shot-shot ini dikenali sebagai Extreme Long Shot(ELS), Long Shot(LS), Mdium Shot(MS), Close-Up(CU), Extreme Close Up(ECU). Selain daripada itu ialah Bust Shot(sama dgn CU), knee shot, two-shot, three shot, over-the-shoulder shot dan Cross Shot.

Close Up atau Bust Shot



Close Up dan Extreme Close Up merupakan frame atau bingkai yang biasa dalam bahasa visual di televisyen. Ukuran Close Up yang betul ialah dari paras bawah dada hingga atas kepala dan ruang di atas kepala yang dikenali sebagai Head Room hendaklah kelihatan selesa.


Extreme Close Up






Close Up:
Dari aras bawah dada hingga ke atas kepala. Shot ini tidak mempunyai head room yang selesa.












Knee shot:

Ukuran frame dari aras bawah lutut hingga ruang di atas kepala.
















Two-shot:
Shot dimana kedua-dua subjek dirakam, terdapat juga apa yang dipanggil three-shot.














Over-Shoulder Shot:
Shot dari atas bahu orang yang berhampiran dengan kamera. Memperlihatkan perbualan diantara subjek-subjek.










Cross Shot:
Visual dari sudut pandangan kamera.












Head Room:
Ruang di atas kepala manusia apabila ia dirakam. Ruang di atas kepala mesti selesa dan jangan terlalu sempit atau terlalu luas.










Head Room yang normal untuk Close Up shot.













Nose Room atau looking Room:
Ruang di hadapan muka manusia mesti selesa dimana ia lebih luas daripada ruang di belakang manusia yang dikenali sebagai Back Room.











Leadroom atau walking Room:
Ruang dihadapan manusia yang sedang berjalan mestilah lebih luas daripada ruang di belakangnya.


Background:
Semasa membuat shot perhatikan objek yang berada dibelakan subjek yang dirakam. Objek-objek di belakang ada kalanya akan merosakkan shot-shot seperti tinag lampu di belakang kepala subjek yang dirakam. Ia seolah-olah seperti tumbuh di atas kepala subjek. Selain daripada itu baju subjek yang dirakam mempunyai warna yang sama dengan 'backgroud' akan 'menenggelamkan' subjek berkenaan. Oleh itu berhati-hatilah ketika membuat rakaman dan seringkali perhatikan apa yang berada di belakang subjek utama yang dirakam.


*Photos from Google Images.
daud montak zakaria...

Friday, December 25, 2009

Pengendalian Kamera Studio


Pengendalian Kamera Studio:

Perbezaan yang jelas diantara pengendalian kamera ENG/EFP(EFP: Electronic Field Production/ Electronic News Gathering) dan kamera studio ialah kamera studio biasanya diletakkan di atas alat penyokongnya seperti padestal. Studio kamera lebih mudah dikawal kerana semua pelarasan telah dilakukan oleh 'Video Operator' melalui alat Camera Control Unit(CCU)



Sebelum Rakaman atau Penerbitan dalam studio:

-Pakai 'headset' dan periksa sama ada sistem 'intercom' berfungsi atau tidak. Jurukamera sekurang-kurangnya boleh mendengar arahan Pengarah Studio.

-'Unlock' alat makanisma untuk 'pan' dan 'tilt' pada 'head' tripod atau padestal. Periksa sama ada kamera video dalam keadaan seimbang(balanced) di atas tripod atau padestal.

-Pastikan panjang kabel kamera mencukupi untuk menggerakkan kamera. Pastikan juga kabel kamera tersebut dipasang kemas.

-Periksa zoom lens kamera sama ada lancar atau tidak. Begitu juga periksa 'focussing' kamera.

-Jika 'teleprompter' disambungkan pada kamera, pastikan semua sambungan sempurna.

-'Lock' kembali kamera sebelum meninggalkannya pada tripod walaupun untuk jangka masa yang singkat.

-Pasangkan 'cap' pada lens kamera jika ingin meninggalkan kamera dalam waktu yang lama.

Semasa Rakaman atau Penerbitan:

-Pakai 'headset' untuk berhubung dengan krew penerbitan yang lain terutama untuk mendengar arahan daripada Pengarah Studio

-Pastikan visual dalam keadaan sentiasa 'focus' sepanjang rakaman walau di mana posisi dan jarak kamera dari subjek yang dirakam. Mahirkan diri dengan segala kemudahan pada kamera berkenaan.

-Jika membuat 'focussing' pada manusia, tumpukan kepada mata atau rambut subjek berkenaan untuk menentukan 'sharpness' subjek tersebut.

-Pergerakkan 'dolly in' dan 'dolly out' akan lebih licin dengan alat penyokong yang lebih berat seperti padestal. Dalam keadaan ini lantai juga mestilah rata.

-Semasa rakaman, jurukamera sentiasa awasi aktiviti lain di sekitarnya seperti kedudukan kamera lain, kedudukan 'tv monitor', kedudukan mikrofon dan sebagainya termasuk krew dan talent yang berada di 'studio floor'. Seorang Floor Manager yang baik akan membantu membersihkan laluan gerakan kamera dan mengelakkan jurukamera daripada terlanggar sesuatu dengan menepuk bahu jurukamera berkenaan.

-Pada umumnya mata jurukamera mesti sentiasa berada pada viewfinder kamera.

-Pastikan 'tally light' padam sebelum mengalihkan kamera ke posisi lain. 'Tally light' yang menyala menunjukkan 'shot' anda masih dalam keadaan 'on air'.

-Semasa 'rehearsal' atau raptai beritahu kepada 'Floor Manager' atau 'Pengarah' segala masalah yang timbul seperti peralatan yang tidak sempurna dan juga yang berkaitan gerakan kamera dan sebagainya.

-Jika rakaman menggunakan 'shot sheet' pergi kepada shot yang berikutnya sebelum mendapat arahan daripada Pengarah Studio

-Tandakan kedudukan kamera yang agak kritikal dengan 'masking tape' di lantai.

-Sebagai jurukamera, dengar dengan teliti segala arahan Pengarah Studio kepada jurukamera dan juga kepada krew yang lain. Dengan ini shot-shot jurukamera boleh diselaraskan dan juga untuk mengelakkan shot-shot yang sama saiz dan sebagainya.

-Elakkan daripada berkata-kata perkara yang tidak perlu melalui 'intercom'.

Selepas Rakaman atau Penerbitan;

-Setelah tamat rakaman tunggu arahan 'all clear' daripada Pengarah Studio sebelum kunci(lock) kamera tersebut.

-Letakkan lens cap pada lens kamera.

-Gulung kabel kamera dengan kemas.

-Alihkan kamera pada sudut yang selamat atau di tempat kamera sepatut diletakkan.

* Photos from Google Images.
daud montak zakaria...

Wednesday, December 23, 2009

Pengendalian Kamera Video dan Kamera Studio


Waktu mula mengendalikan kamera video memang agak sukar namun apabila ia telah menjadi satu kebiasaan, maka ia bukan lagi merupakan perkara yang sukar.
Perlu bagi setiap pengendali kamera video atau jurukamera mengikuti beberapa peraturan tertentu sebelum, semasa dan selepas setiap penerbitan dilaksanakan.
Apabila segala aspek teknikal telah diketahui oleh pengendali kamera video atau jurukamera, maka mereka perlu pula mengetahui untuk membuat shot-shot yang berkesan.

Sebelum memulakan rakaman video atau membuat shot-shot, jurukamera perlu mengetahui cara memeriksa dan memasang(set up) kamera dan apa yang perlu dibuat semasa dan selepas sesuatu penerbitan dibuat. Terdapat persamaan dan perbezaan dari segi langkah menggunakan kamera lebih besar yang profesional dengan consumers camcorders.

Beberapa perkara yang dilarang;
-Jangan tinggalkan kamera dalam kereta dalam masa yang panjang bagi mengelakkan suhu panas yang melampau.
-Jangan biarkan kamera tanpa perlindungan daripada hujan, panas dan suhu sejuk yang melampau. Jika perlu digunakan dalam hujan, gunakan 'rain coat' atau payung yang besar.
-Jangan halakan lens kamera video ke arah cahaya matahari yang terang. Walaupun CCD kamera tersebut tidak akan rosak tetapi haba yang dijana oleh cahaya matahari yang terarah kepada CCD akan merosakkannya. Begitu juga kanta pembesar dalam viewfinder juga boleh menyerap cahaya matahari dan menjana haba yang boleh merosakkan sitem electronik dalam viewfinder.
-Jangan tinggalkan bateri kamera video di cahaya matahari atau menjatuhkannya kerana didalam bateri berkenaan amat sensitif kepada haba dan gegaran.

Sebelum rakaman;
-Buat 'checklists' alat-alat yang hendak digunakan dalam sesuatu tugas rakaman. Bawa 'connector' yang diperlukan. BNC merupakan 'connector' yang biasa pada peralatan profesional dan RCA phone merupakan yang biasa dalam peralatan 'consumer'.
-Periksa peralatan yang hendak dibawa seperti tripod yang berfungsi dengan baik dan buat cubaan rakaman untuk menentukan video dan audio dirakam dengan baik oleh kamera video.
- Jika mengendalikan peralatan Electronic Field Production yang menggunakan high quality kamera video, periksa semua kabel-kabel sambungan(connecting cables) kerana kegagalan sambungan akan mengganggu penerbitan di lokasi. Jangan sekali-kali bergantung kepada kelancaran penggunaan peralatan sebelum ini. Buat pemeriksaan rakaman sebelum pergi ke lokasi.
- Pastikan semua mikrofon sama ada mikrofon kamera dan mikrofon yang dipegang berfungsi dengan baik. Pastikan 'cable' untuk mikrofon cukup panjang kerana rakaman seperti temubual perlukan kabel mikrofon yang panjang.
-Pastikan 'portable light' menyala dan jangan lupa bawa bersama 'extention cable' untuk 'AC power'.
-Dalam Electronic Field Production yang menggunakan Video Tape Recorder(VTR) yang berasingan, pastikan VTR tersebut berfungsi dengan baik.
-Pastikan pita yang dibawa mencukupi.
- Jangan lupa juga 'spare bulb' untuk 'portable light', bateri, reflector, white card untuk membuat white balance, camera raincoat, payung besar, filter untuk portable light dan sebagainya lagi....

Semasa Rakaman

-Untuk mengelakkan visual yang bergegar pastikan kamera dipegang dengan semantap yang mampu dilakukan. Jika kamera tersebut kecil, letakkan tapak tangan di bawah kamera sementara tangan satu lagi memegang kamera sambil menekan butang rakaman. Rapatkan siku ke dada dan semasa rakaman tahan nafas supaya visual yang dirakam tidak bergegar.
- Untuk merakamkan objek supaya tidak kelihatan bergegar, jarak kamera dan objek yang dirakam hendaklah hampir. Untuk objek yamg jauh, hendaklah gunakan frame Wide shot.
- Untuk buat gerakan 'panning' gerakkan kemera beserta dengan badan, bukan dengan tangan sahaja.

Dengan kamera yang lebih berat;
- Letakkan kamera di bahu kanan sementara tangan kiri mengawal pelbagai suis pada kamera. Bila melakukan rakaman dalam keadaan bergerak gunakan zoom lens dalam keadaan wide angle.
-Terdapat kamera yang mempunyai speaker yang kecil pada kamera, gunakan telinga kanan untuk mendengar audio yang dirakam.
-Buat 'white balance' untuk kamera tersebut sebelum membuat rakaman. Gunakan kad bewarna putih untuk buat white balance, jika tiada gunakan bedda2 disekeliling yang bewarna putih contoh seperti baju putih.
-Untuk memudahkan rakaman gunakan auto iris mode terutama untuk Electronic News Gathering.
-Kawal audio yang dirakam bersama visual, tanpa kawalan yang baik audio yang dirakam mungkin rendah atau tidak akan dirakam langsung.

Selepas Rakaman;
-Pastikan pita mempunyai bahan rakaman selepas tamat rakaman.
-Label setiap pita yang telah dirakam.
-Off kamera setelah rakaman.
-Tutup lens kamera dengan lens cover.
-Kemaskan semua peralatan selepas rakaman.
-Charge kembali semua bateri untuk rakaman yang akan datang.
-Bersihkan kamera terutama jika berhabuk dan lembab.
-Check semua peralatan selepas rakaman suapaya tidak ada yang tertinggal di lokasi.

*Photos from Google Images.

daud montak zakaria...

Wednesday, December 16, 2009

Alat penyokong kamera yang lebih khusus.


Ada kalanya terdapat gerakan-gerakan kamera yang tidak mampu dipenuhi dengan menggunakan tripod atau 'studio pedestal'. Oleh yang demikian peralatan sokongan kamera yang khusus amat diperlukan dan telah direka. Sebagai contoh yang mudah, bagaimana hendak meletakkan kamera pada kereta yang sedang bergerak. Sudah tentu ia memerlukan alat yang khas.

Alat khas yang dilekatkan pada kereta untuk rakaman ketika kereta sedang bergerak.






Bean bag.
Ia merupakan bag canvas yang diisi dengan high-teach foam yang akan mengikut bentuk kamera yang diletakkan di atasnya. Apa yang perlu dilakukan ialah letakkan kamera video di atas bag dan ikat bag bersama kamera pada objek seperti pada kereta, bot, basikal dan sebagainya.

Steady bag.





Steadicam;
Steadicam merupakan satu alat penyokong kamera yang dipakai oleh jurukamera semasa rakaman. Spring-spring yang ada padanya menyerap semua hentakan ketika jurukamera membuat rakaman semasa berjalan atau berlari. Semasa rakaman jurukamera boleh melihat 'viewfinder' yang terletak di bawah kamera. Rakaman mampu dibuat dengan stabil dan licin walaupun rakaman dibuat sambil berlari, mendaki tangga dan sebagainya.









Jib arm direka untuk digunakan dalam penggambaran dalam studio dan di lokasi. Ia mampu memberikan gerakan kamera yang licin.



Jib arm.







Jib arm yang lebih tinggi boleh ditinggikan setinggi 12 kaki. Ia boleh membuat semua teknik pergerakan kamera semasa rakaman.


Jib arm.





Studio crane;
Crane jarang digunakan dalam studio televisyen. Studio tv lebih banyak menggunakan jib arm kerana ia lebih ringan daripada crane dan boleh berfungsi seperti crane dalam studio. Crane biasa digunakan dalam penggambaran filem.

Jib arm and Pedestal.


Robot Pedestal;
Robot pedestal biasa digunakan dalam penerbitan yang lebih 'rigid' seperti news, tele conferences dan sebagainya. Gerakannya dikawal secara otomatik termasuk zooming dan focussing. Dia tidak memerlukan walau seorang pun jurukamera. Yang berada dalam studio floor semasa program berita cuma newscasters, weathercaster, sportcaster dan ada ketikanya seorang Floor Manager. Studio Director cuma memeriksa computer yang mengendalikan tugas tersebut. Jika sebarang 'error' berlaku pada sistem berkenaan, perlu ada krew yang mengendalikan kamera secara manual. *Tidak pasti sama ada sistem Robot Pedestal ini wujud di stesen penyiaran di Malaysia, harap mendapat feedback daripada mereka yang bertugas di stesen-stesen tv di Malaysia. Aku tak pernah buat latihan industri di stesen penyiaran, cuma di production house saje.

* Photos from Google Images

daud montak zakaria...


Tuesday, December 15, 2009

Tripod, Padestal, steadycam and so on...


Semua kamera video sama ada kamera yang digunakan untuk rakaman ENG/EFP atau kamera 'consumer', telah direka untuk dipegang dengan tangan atau diletakkan di atas bahu. Bagaimana pun di mana-mana lokasi yang tertentu alat 'penyokong' kamera seperti tripod amat diperlukan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kepenatan dan juga untuk menghalang gerakan-gerakan kamera yang tidak diperlukan semasa rakaman.


Tripod...





Biasanya jurukamera menggunakan tangan dan bahu ketika membuat rakaman video. Apabila pergerakan kamera yang lebih teliti dan tepat, kita memerlukan alat untuk menyokong kamera berkenaan. Alat penyokong kamera yang biasa ialah tripod dan pedestal dalam studio. Alat penyokong kamera yang lebih lanjut lagi ialah jib arms, studio crane atau 'body mount'.



Tripod...









Jika kamera video lebih ringan, cara yang mudah diguna untuk menyokong kamera ialah dengan menggunakan tangan atau bahu. Dengan menggunakan tangan atau bahu, jurukamera boleh membuat gerakan meninggikan atau mengangkat(lift) dan merenrendahkan kamera, tilt up dan tilt down, membuat pergerakan memusing, namun begitu bolehkah jurukamera berjalan dan berlari semasa membuat rakaman?



Kamera filem dan tripod...





Oleh itu mengapa kita perlukan alat penyokong kamera?.

Pertama, jurukamera boleh mengendalikan kamera dengan lebih lama tanpa berasa penat. Walaupun kemera video tersebut ringan sekalipun namun ia akan menjadi berat apabila jurukamera terpaksa membuat rakaman yang lama.

Kedua, menggunakan alat penyokong kamera yang khusus, jurukamera boleh membuat gerakan kamera yang pelbagai dan gerakan pantas terutama dalam seperti pembikinan video clip dan yang seumpama dengannya.

Ketiga, dengan menggunakan tripod, pergerakan kamera menjadi lebih licin.

Steady camera...





Monopod dan tripod;

Monopod mempunyai satu kaki yang boleh diletakkan kamera di atasnya. Bila menggunakan monopod, jurukamera masih perlu menseimbangkan kamera di atasnya sama seperti kamera diletakkan di atas bahu. Walaupun begitu monopod dapat mengurangkan beban kamera yang perlu ditanggung oleh jurukamera. Monopod mudah dibawa dan cepat untuk dipasang. Walaupun monopod tidak berapa sempurna seperti tripod tetapi ia masih berguna untuk rakaman yang lama. Malah ia lebih baik daripada bersandar pada batang pokok atau dinding semasa membuat rakaman.

Studio pedestal...





Tripod merupakan tempat meletakkan kamera yang paling biasa ditemui dan biasa digunakan dalam semua tugas rakaman video. Sama ada tripod berat atau ringan, semua tripod berfungsi dengan cara yang sama. Semua tripod mempunyai tiga kaki yang boleh dilipat. Setiap kaki tripod boleh dipanjangkan atau dipendekkan secara berasingan.

Jibarms...



Tripod boleh digunakan di mana-mana permukaan kerana dihujung kakinya mempunyai 'spike' yang tajam dengan tujuan supaya tripod tidak tergelincir.
Selain daripada itu tripod juga boleh diseimbangkan dengan rata secara mendatar apabila 'air bubble' yang terdapat pada tripod kelihatan seimbang pada kedudukannya.

Crane....

Studio Pedestal.

Dengan menggunakan Studio Pedestal, kamera boleh digerakkan dengan lebih licin pada semua arah jika lantai mempunyai permukaan yang licin. Ketika rakaman berlangsung kamera boleh ditinggikan dan direndahkan dan ini menambahkan lagi seni fotografi dalam penyiaran televisyen.

Pergerakan Kamera.

Peralatan untuk meletakkan kamera direka untuk membantu jurukamera menggerakkan kamera dengan licin dan berkesan dengan pelbagai cara. Pergerakan kamera yang utama ialah pan, tilt, crane, truck, dolly, crab, arc, zoom dan pelbagai lagi.

Pan;

Pusingkam kamera dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan. Pan Right, bermakna pusingkan kamera ke kanan dengan cara menolak 'panning handle' ke kiri dan begitulah sebaliknya.

Tilt;

Membuatkan kamera video menunjuk ke atas atau bawah. 'Tilt up' bermakna membuatkan kamera mengarah ke atas secara perlahan dan sebaliknya.

Pedestal;

Meninggikan dan merendahkan kamera di atas pedestal studio.'Pedestal up' bermakna menaikkan pedestal dan begitulah sebaliknya.

Crane;

Menggerakkan keseluruhan kamera ke atas atau ke bawah di atas crane atau jib arm. 'Crane up dan crane down merupakan arahan yang digunakan.

Dolly;

Menggerakkan kamera ke arah atau menjauhi objek. Dolly in bermakna gerakkan kamera ke arah objek dan dolly out pula, menjauhi objek.

Truck atau track;

Menggerakkan kamera di sisi. Truck left bermakna menggerakkan alat penyokong kamera ke kiri dengan muncuk kamera berada dalam keadaan 'right angle' dengan objek yang dirakam.

Crab;

Pergerakan 'crab' lebih kurang sama dengan truck kecuali penyokong kamera tidak perlu berada di sisi sepanjang masa. Crabbing selalunya digunakan dalam penggambaran filem bukan penyiaran televisyen.

Zoom;

Mengubah 'focal lenght' lens kamera dengan menggunakan alat kawalan zoom, sementara kamera berada pada jarak yang sama di atas alat penyokong kamera seperti tripod. 'Zoom in' bermakna mengubah 'focal length' secara perlahan dan menjadikan objek yang dirakam kelihatan bergerak semakin dekat dengan penonton dan begitulah sebaliknya bila 'zoom out' digunakan.

*ENG: Electronic News Gathering

*EFP: Electronic Field Production


* Photos from Google Images.

daud montak zakaria...


Sunday, December 13, 2009

Perkhemahan Permata Pintar Negara......


Hari ini, Ahad, 13 Disember 2009;
Tugas kami dari Unit Audio Video, Penerbit UKM ialah membuat rakaman video MCP Majlis Meraikan Kejayaan Pelajar Perkhemhan Pelajar Permata Pintar di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.

Majlis ini dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Seawal jam 7.00 pagi kami telah berada di DECTAR untuk membuat persiapan teknikal untuk tugas rakaman berkenaan. Semua peralatan kami siapkan pagi ini kerana tidak sempat disiapkan semalam selepas rakaman MCP Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia yang dijalankan di dewan ini juga.

Datin Paduka Seri tiba pada jam 10.00 pagi lebih kurang. Beliau dibawa melawat pameran sebelum memasuki dewan. Majlis dimulakan dengan doa dan seterusnya pembacaan Puisi. Ia diikuti oleh persembahan pentomen, tarian, nasyid dan sebagainya. Sesi soal jawab juga diadakan diantara Datin Paduka Seri dengan para pelajar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta perkhemahan.

Krew rakaman MCP yang hadir hari ini ialah sdr. Hata, Zulhimi, Khaidir, Wafiy, Hanim, Shahrul, Amry, Kamarul, Ramli, Ruhaizad, sulimi dan aku sendiri. Majlis tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Terima kasih kepada semua krew....

daud montak zakaria...

FEStKUM malam terakhir di UKM....

Malam ni;
aku sampai rumah lebih kurang jam 11.30 malam. Balik dari DECTAR, UKM selepas membuat rakaman MCP FEStKUM iaitu Pertandingan Boria malam kedua. Ini merupakan hari terakhir kami membuat rakaman video MCP Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia di UKM. Malam penutup akan berlangsung di UM malam esok. Krew yang terlibat malam ini agak sedikit, mereka yang dijemput untuk membantu yang datang cuma beberapa orang saja, Sdr. Zulhimi, Hata, Khaidir, Hanim dan Hasnah serta Sulimi..... Pagi esok kami akan membuat rakaman video MCP Majlis Penutup Perkhemahan Permata Pintar yang akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysiadi DECTAR, UKM......Ermmmm....tak larat nak tulis panjang2 malam ini, letih dan tiada idea gak....lihat je lah foto rakaman yang tak cantik tu....

daud montak zakaria...











Saturday, December 12, 2009

Boria FEStKUM pulak malam ni...



Sekarang jam 12.22 tengah malam;
Dalam jam 11.30 malam tadi aku baru saje balik dari Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Unit video kami diminta membuat rakaman video MCP Pertandingan Boria FEStKUM pada malam ini.







Macam biasalah, sejak jam 6.30 malam kami mula membuat persiapan teknikal untuk membuat rakaman video MCP berkenaan. Daripada pemasangan peralatan hinggalah kepada menguji alat berkenaan.









Hari ini kami menggunakan 3 buah kamera, tidak 4 buat seperti majlis Perasmian FEStKUM. Persiapan peralatan kami lakukan dengan menggunakan tenaga kerja seramai beberapa orang saja.










Krew rakaman video yang kami jemput dari jabatan luar hanya akan datang lebih kurang jam 8.00 malam. Itulah kebiasaannya kerana mereka dijemput untuk mengendalikan kamera sahaja.










Setelah pemasangan selesai, kami menguji peralatan tersebut. Apabila telah sempurna krew yang membantu membuat persiapan pergi menjamu selera sebelum mula bertugas malam ini. Mesti makan beb....kalau tak macam mana nak buat kerje, bukan begitu?








Malam ini merupakan pertandingan Boria Kumpulan 1. Kumpulan 2 akan berlangsung malam esok.

Sejarah Boria.
Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbalaiaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian.



Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya. Anda boleh membaca lebih banyak berkaitan Boria di laman web di bawah.....

Krew yang terlibat dalam rakaman MCP malam ini ialah, Sdr. Ramli, Sulimi, Chef, Hata, Zulhimi, Azrul Khaidir, Khaidir, Hanim, Siti Suraya, Naziruddin, Kamarul, Amry, Shahrul dan Aku....

daud montak zakaria...