Friday, February 26, 2010

LATIHAN MCP TAHUN 3 LAGI......

Ermmm....hangat gossip ni...

25 Februari 2010; bersamaan hari Khamis; kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM,
mula bertugas untuk membimbing Pelajar Pusat Pengajian Tahun 3
untuk membuat penerbitan MCP di Studio UKM.


Kami berada di Studio UKM jam 8.00 pagi lebih sedikit. Sampai aku kat sana dah ada dah pelajar sedang menunggu...ermmm...lewat nampaknyer aku ni....




Dalam studio floor.....






Ini kumpula saper, aku pun tak tau...

Sampai di Studio UKM, kelihatan studio dah dibuka pun dan masuk jer kelihatan
lah satu2nya 'bunga' dalam unit kami iaitu Siti Suraya....eh! yer ke bunga....


Sebaik saja persiapan dilakukan maka latihan MCP pun dimulakan dan masing-masing mengambil tempat sebagai Pengarah Studdio, SA, jurukamera dan sebagainya....


Inilah mereka iaitu pelajar yang membuat latihan MCP di Studio UKM...senyum sebab aper tu Jasril......







Bukan mudah bagi mereka semua untuk memahami cara bertugas dalam penerbitan MCP ini. Ia agak mengambil masa untuk dapat memahaminya...


Pengacara sedang beraksi sementara sdr. Kamarul turut membantu sebagai tetamu....







Jangan keliru dek oiiii.........

Agak sukar jugak untuk memberi kefahaman tambahan pula mereka belum pernah terlibat dalam penerbitan MCP yang agak berbeza dengan penerbitan SCP.



Kedua-dua kumpulan pada 25 Februari ini agak sukar jugak untuk memahamkan mereka dengan penerbitan ini......pada mulanya....




Ini ialah masa selepas latihan.......







Bergossip ker........???

Walau sesukar mana sekalipun, kami mesti juga cuba membuat mereka faham dan seterusnya berjaya mengendalikan rakaman MCP ini, itu sudah menjadi tanggung jawab kami. Setiap Pengarah Studio sewajarnya dapat memainkan peranan penting kerana ia ibarat
nakhoda kapal, kalau silap sedikit kapal akan terlanggar 'iceberg'....


HARI INI PULA IAITU 26 FEBRUARI 2010 HARI JUMAAT DAN CUTI UMUM MAULIDUR RASUL...kami dari Unit UAV datang juga ke Studio UKM untuk memberi bimbingan
kepada Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi dalam latihan
MCP mereka.

Siti Suraya sedang memantau
latihan berkenaan.



Mereka mula memasuki Studio UKM jam 8.30 pagi waktu tempatan....lebih kurang ler....




sdr. Jasril juga sedang memantau dan bersedia membantu jika diperlukan ketika latihan MCP...







Semua peralatan sudah pun kami siapkan terlebih dahulu....





Siti Suraya sedang menunjuk ajar cara membuat grafik kepada pelajar....






sdr. Ruhaizad sedia membantu berkaitan latihan
dalam studio floor...










Ini pula sdr. Shahrul, yang juga sedia membantu jika diperlukan........
















Pelajar sedang tekun membuat latihan MCP....





Semasa latihan, peranan Pengarah Studio
amat penting di sini....

Latihan hari ini nampaknya lebih lancar, kumpulan Jingjing dan Adham agak dapat melakukan latihan dengan baik walaupun di awal latihan agak sukar kelihatannya bagi mereka.
Mungkin latihan berikutnya akan lebih lancar dan licin....


Krew UAV yang bertugas hari ini (cuti umum Maulidur Rasul) dan juga semalam (Khamis) ialah sdr. Shahrul, Siti Suraya, Jasril Amry(Hanamichi...konon...), Ruhaizad, Kamarul Baharin, Ramli, dan aku sendiri...



Latihan sedang berlangsung....




JADUAL LATIHAN MCP MEREKA DI STUDIO UKM, DECTAR:

1. Tahun 3:
Hari Khamis dan Jumaat; waktu siang.

2. Tahun 2:
Hari Isnin, Selasa dan Rabu; waktu malam.
daud montak zakaria...
26 Feb. 2010; 6.00pm.

No comments: