Sunday, December 10, 2017

Majlis Santapan DiRaja Bersama ALUMNI UKM.

Hari ini, SABTU, 9 Dis. 17 kami dari pelbagai unit dalam Pusat Komunikasi Korporat 
UKM involve dalam majlis santapan diraja bersama alumni ukm. Kami 
mempunyai tugas tugas yang tertentu.

dewan canselor tun abdul razak...
majlis santapan diraja
persiapan
Kami daripada unit audio video dipertanggung
jawabkan untuk membuat rakaman multiple camera produksi atau
rakaman video kamera berbilang. Biasanya kami gunakan tiga buah kamera
jika krew mencukupi. Kalau tak cukup mungkin 2 atau 1 kamera aje....




Jam 6.00 ptg. aku da tiba di studio ukm. Kelihatan sdr. ramli sudah ada di
studio. Dia menguruskan berkaitan audio. Tak lama kemudian
tiba sdr. shahrul. Kemudian kami sama sama
pasang peralatan mcp di dewan besar.


voice over tuk video scp..
voice over....rakaman ramli...suara latar, kamarul...

Kemudian tiba pula sdr. jasril dan kamarul.
Kami pasang semua kamera dalam dewan dan on kan sistem.
Selesai je tugas pasang peralatan, aku amik masa untuk buat voice
over untuk video yang akan aku siapkan minggu depan insyaallah iaitu video
pos gob gua musang dan video lawatan ke kampung kacau semenyih.......


sorry...kami makan dulu ye....
dari kiri jasril, yunus & shahrul...ni sebelum bertugas...

Menjelang jam 7.00 mlm semuanya telah selesai. Kemudian kami pi makan
di tingkat atas. Makanan tersebut adalah untuk krew yang bertugas pada
majlis berkenaan. Selesai saja makan kami masuk studio dan
tunggu program berlangsung. Sdr. Jasril siapkan
grafik untuk rakaman majlis berkenaan.

aku, shah dan jasril...


Tak lama kemudian sdr. yunus tiba di studio ukm.
Dia kemudian pi makan kat tingkat atas sebelum bertugas.
Kemudian tiba pula suraya. Dia datang untuk bantu grafik. Tetapi dia
amik keputusan tuk tumpukan kepada media sosial bila jasril handle grafik.
Cantik pulak dia malam ni....opst! pakaian dia yang cantek...huhuhu.............
Ajak bergambor dia taknak...da macam artis pulak...jual mahal...huhuhu...

aku dan jasril aje dalam konti....
presiden alumni ukm...

Lebih kurang jam 9.00 malam majlis bermula. Canselor masuk dewan. Rakaman
mcp pun bermula. Majlis santapan kan...tentulah makan kan....Semasa makan
hadirin dihiburkan dengan tarian dan nyanyian drpd artiskuma ukm.
Habis santapan...ucapan presiden alumni pula ambil tempat.
Kemudian ucapan Tan Sri Naib Canselor UKM.


tengok sape dalam screen kamera 3 tu.....
Selepas tu ada macam macam acara
yang dijalankan yang aku dah lupa. Nanti tengok aje
video yang akan aku upload selepas disunting nanti. Majlis berkenaan
tamat lebih kurang jam sebelas malam. Kami kemas semua peralatan sebelum pulang.
Esok AHAD ada satu lagi rakaman MCP sebelah malam iaitu TEATER.

tan sri dato' seri naib canselor ukm...
canselor ukm, nombor dua dari kiri...

Aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang bertugas dalam rakaman
mcp malam ini iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL, JASRIL, RAMLI dan krew
luar sdr. YUNUS. Letih rasanya  jurukamera kerana berdiri
lebih kurang dua jam...huhuhu...... Kami
keje dengan krew yg minima aje..
apa boleh buat laaaaaa....


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria