Wednesday, June 29, 2016

tugas semalam....

Semalam kami daripada Unit Video Pusat Komunikasi Korporat, membuat rakaman
ucapan hari raya ahli mesyuarat pengurusan universiti iaitu DATUK NAIB CANSELOR
dan TIMBALAN NAIB CANSELOR serta PENDAFTAR & BENDAHARI UKM.
Yang terlibat dalam kerja rakaman video dan foto ialah kami daripada 
unit video dan juga unit foto.....Ucapan-ucapan in akan 
disunting dan di upload ke Utube..













Krew yang terlibat ialah, video, EN. HAZRUL HALIM, SHAHRUL RUL, JASRIL,
RAMLI & aku....foto, ABD RAAI OSMAN, IKHWAN & IZWAN
dan daripada multimedia EN. MAD NOOR...
Video akan di upload esok, InsyaALLAH.........................................

DAUD.montak.zakaria

Thursday, June 23, 2016

Selamat Hari raya 20.........16!

......selamat menyambut hari lebaran.....



Lebih kurang dua minggu lagi kita akan menyambut hari lebaran. Oleh itu aku ucapkan
Selamat Hari Raya kepada semua saudara mara, para sahabat, rakan sekerja,
jiran-jiran dan semuanya........aku menyusun sepuluh jari, mohon
maaf atas segala dosa dan kesilapan diri ini kepada kalian, dahulu, 
kini dan di masa akan datang...............

Terima kasih kerana singgah di sini....

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, June 8, 2016

Ramadhan...oh...Ramadhan...

RASA nya belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada SEMUA..
Banyak yang perlu kita baiki untuk diri kita masing-masing dalam bulan Ramadhan 
ni dengan harapan ia akan berterusan hingga di luar Ramadhan......
antaranya jangan cakap bohong, menipu, mengumpat,
fitnah dan sebagainya......
K.....selamat beramal dalam bulan Ramadhan ni dan selamat
menjana banyak pahala disamping 'membunuh' segala sikap buruk kita sebelum ni
hingga menjadi sikap yang kekal baik sehingga di luar bulan
yang penuh BAROKAH ini................

Di bawah ni YouTube kami....kalau nak tonton.........
Selamat Menonton "UKM Tube"




........terima kasih kerana menjengah blog ni..........................

DAUD.montak.zakaria

Saturday, June 4, 2016

#dinnerkolejungkuomar Dinner Kolej Ungku Omar UKM

SEMALAM, Jumaat, jam 8.00 malam, 2016, kami membuat rakaman MCP
Majlis Makan Malam Kolej Ungku Omar, UKM di DECTAR.
Persiapan perlatan bermula dari jam 6.00 ptg.
Menjelang ramadhan ramai krew yang balik kampung
....gamaknya. Oleh itu krew agak cukup2 jer pada malam tu dan terima
kasih banyak2 kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL,
RAMLI, KHUSAIRI & YAN...........................................................
Jugak hari ni malas nak tulis panjang2.....lihat jer lah foto-
foto di bawah tu....aku biarkan ia bercerita....

foto KHUSAIRI


foto FAZLIANA
foto FAZLIANA
Ahli Parlimen Mersing...perasmi...
foto KHUSAIRI

Datuk Naib Canselor jugak turut hadir...
foto SHAH? or KAMARUL?

IZWAN...jurufoto PKK juga turut berikan khidmat...
CAM 1, perbincangan tepi meja...
#VIDEO-VIDEO KAMI ADA DI SINI


Terima kasih kerana melawat blog ini.........................................................

DAUD.montak.zakaria

Thursday, June 2, 2016

#ksu perbendaharaan negara di dectar ukm...

PETANG tadi, kami membuat rakaman MCP Syarahan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan Negara di DECTAR. Tugas dapat
dijalankan dengan licin walaupun
krew bantuan tidak dapat membantu kami kerana
waktu pejabat memang sukar untuk mereka meninggalkan tugas di
pejabat masing2. Apa-apa pon terima kasih kepada
semua krew UAV yang bertugas iaitu
SDR. SHAHRUL, KAMARUL, HAJI IZAD & JASRIL........
Sekali lagi aku malas nak tulis panjang-panjang.....
tengok jer ler foto-foto di bawah.............



Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara...







Terima kasih kerana singgah di sini......

DAUD.montak.zakaria