Wednesday, December 2, 2009

Kejohanan Kriket Antara Varsiti Asia.

Hari ini,
kami pergi ke Klang untuk merakamkan Kejohanan Kriket Antara Varsiti Asia di sana. Kami bergerak dari UKM jam 8.30 pagi dan tiba di Kelang jam 9.30 pagi. Permainan masih belum dimulakan dan kumpulan masing-masing sedang melakukan 'warm up' di tengah padang. Perlawanan di sini ialah diantara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan University of Colombo, Sri Langka. Sebenarnya terdapat satu lagi pertandingan di Kinrara Oval pada waktu yang sama. Sebenarnya aku sendiri pun tak mengetahui cara permainan kriket ni tetapi apabila melihat mereka bermain, dapatlah juga mengetahui bagaimana cara bermain dan juga bagaiman cara untuk memperoleh mata. Permainan Kriket ni memakan masa yang lama, bukan seperti permainan bola sepak. Rasanya aku tak berapa berminat dengan permainan ini...heh...heh...maaflah wahai peminat Kriket.... Aku datang ke Bayuemas Oval di Klang ini bersama Sdr. Kamarul dan Siti Suraya.....

daud montak zakaria...