Sunday, October 16, 2011

BAGAIMANA MENERBITKAN SEBUAH DOKUMENTARI


Bagaimana menerbitkan sebuah dokumentari;

Sebuah dokumentari ialah apa saja video atau filem yang memaparkan kepada penonton berkenaan sesuatu topik atau isu. Banayk filem-filem dokumentari menyediakan kita dengan informasi pendidikan. Terdapat juga dokumentari menceritakan tentang tokoh-tokoh tertentu. Ramai yang beranggapan atau berfikir bahawa menerbitkan sebuah dokumentari adalah mudah. Namun hakikat sebenar ialah menerbitkan sebuah dokumentari tidaklah semudah yang difikirkan.

Langkah-langkah:

- Lakukan Penyelidikan
Walaupun kita mengetahui topik tersebut dengan baik, namun perlu diingat bahawa penyelidikan juga perlu dilakukan. Kita boleh gunakan internet dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kita juga perlu berjumpa dengan individu-individu tertentu yang mengetahui tentang subjek yang kita pilih untuk dijadikan penerbitan dokumentari. Sebaik saja kita mempunyai sebuah tajuk yang umum yang kita minati untuk di dokumentarikan, cuba kita fokuskan kepada yang lebih khusus. Contoh jika kita berminat untuk mendokumentarikan topik berkaitan kereta, fokuskan kepada yang lebih khusus. Cari idea dengan cara 'brainstorming' dan catat sebanyak maklumat yang boleh diperoleh. Contoh ialah bila kita berminat untuk mendokumentarikan tajuk berkaitan kereta seterusnya kita khususkan kepada satu kumpulan pekerja yang ada hubungan dengan kereta antik. Kumpulkan maklumat untuk mengetengahkan kisah mereka. Beberapa perkara boleh kita masukkan dalam dokumentari berkenaan:

- Temubual
Rakaman peristiwa-peristiwa yang berlaku, gambar-gambar, lukisan-lukisan atau dokumen-dokumen (dapatkan kebenaran untuk memasukkan perkara berkenaan ke dalam dokumentari)

- Temubual orang ramai:
Dapatkan temubual orang-orang yang mempunyai pengetahuan atau yang berminat dengan tajuk yang kita ketengahkan. Lebih bagus jika kita dapat banyak temubual yang pelbagai dan menarik. Pastikan kita menulis nota-nota dan merakamkan temubual berkenaan. Katakan tajuk kita ialah 'SEJARAH KERETA'. Kita tentu ingin menemubual orang-orang tua yang mengetahui berkaitan kereta seperti bagaimana kereta direka dan sebagainya. Kemudian kita cari mereka yang mempunyai pengetahuan khusus tentang sejarah automobil dan kita temubual mereka. Tanyakan semua jenis soalan kepada mereka.

- Aturkan semua bahagian dalam keadaan yang menarik dan menyeronokkan tetapi ianya perlulah menasabah kepada penonton,
Dalam sejarah kereta contohnya, kita akan bermula dengan siapa yang mula-mula membina kereta yang pertama, bagaimana rupa kereta berkenaan, reaksi orang ramai terhadap kereta di masa itu. Kemudian kita akan bergerak kepda perubahan-perubahan kereta dan sikap orang ramai terhadap kereta dari dulu hingga ke hari ini.
Penutupnya mungkin sesuatu yang mengikat semua informasi berkenaan bersama dalam satu cara yang menarik atau mungkin satu komen daripada sebuah temubual. Harus diingat, cerita berkenaan dokumentari tersebut menceritakan perkara yang menarik, bukan penuh dengan tarikh-tarikh atau hal-hal yang terlalu mendalam.

- Tunjukkan dokumentari kita kepada rakan:
Pastikan kita mempertontonkan dokumentari kita kepada rakan untuk mendapatkan kritikan-kritikan. Berpandukan kepada maklumbalas mereka, sunting semula dokumentari tersebut dan baiki mana yang perlu, walaupun terpaksa membuat rakaman kembali atau menambahkan shot-shot atau babak baru. Selepas disunting semula, tonton semula dan jika maklumbalas diterima adalah positif, maka dokumentari tersebut bolehlah diedarkan kepada pelanggan.

Harus diingat terdapat penonton yang akan mencari dan membuat penyelidikan terhadap maklumat yang kita paparkan selepas mereka menonton dokumentari berkenaan.

-

daudmontakzakaria

2 comments:

Unknown said...

mohon tanya. buleh buat entry tentang treatment dokumentari tak?

Unknown said...

Assalamualaikum boleh terangkan terma .Modes of Documentary - Expository
Contoh Tema Dokumentari kESIHATAN AWAM Tkasih