Wednesday, June 27, 2018

Catatan Hari Pertama Keje Lepas RAYA....

Hari ni SELASA, 27 Jun 2018, hari pertama keje lepas raya puasa. Pagi tiba opis apa
lagi terus bukak komputer editing. Aku memang mula keje jam 7.30 pagi
masuk opis balik jam 4.30 petang. Pepagi edit keje yang tak
siap sebelum raya dulu iaitu 3MT....
Video pendek 3 minit aku da siapkan sebelum
cuti raya, yang panjang baru la ni nak siapkan dan mula nak
buat la ni...
Tak sempat siap 3 MT lagi aku ada tugas lain yang da dirancang
sebelum masuk keje hari ni iaitu UCAPAN HARI RAYA STAF YANG KEJE
PADA HARI RAYA PUASA yang lalu. Staf yang akan dirakam ucapan mereka telah
diuruskan oleh Puan Alia, tq alia, iaitu staff staff Prasarana bahagian letrik yang
bertugas pada hari raya itu hari. Video ni nak tayang masa jamuan raya
ukm pada 6 Jun nanti...tak tau sempat siap atau tak...huhuhu..

foto sdr kamarul kut ni....guna eaaa...


Tepat jam 9.00 pagi aku serta sdr. RAMLI
dan sdr. KAMARUL terus pi ke opis PRASARANA. Aku masuk
dalam opis prasarana dengan ramli dan bertemu dengan staff Prasarana. Lepas bincang
amik keputusan untuk buat rakaman di masjid ukm. Tiba je di masjid
terus je buat shooting hingga selesai. Ada yang kene 'take'
sampai 3 kali kali...takpe la asalkan selesai
...bukan senang bila da duk depan kamera...kan...kan........

Dalam jam 10.00 lebih balik opis....tiba opis sdr. SHAHRUL 
ajak pi buat shooting di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT di SUNGAI MERAB.
Bincang dengan sdr. shahrul pi jam 11.00 pagi. Sebelum tu sempat aku
buat keje editing sekejap.... Tiba jam 11.00 lebih kurang
kami iaitu aku, sdr. shahrul dan sani
gerak ke JKM sungai merab.



Tiba pejabat JKM terus masuk
dan dalam masa cari bilik bengkel dan bila jumpa
terus letak barang yang perlu dalam bilik tu. Tak lama kemudian jumpa
encik shukri. Bincang sebentar dan dia kata shooting simulasi mula jam 2.00 ptg. Jadi kami
amik keputusan untuk kembali ke sini jam 2.00 petang. Sebelum tu
kami kembali ke opis dulu. Tiba opis aku sambung kembali
buat suntingan video 3MT.

Jam 2.00 petang kami gerak ke JKM
semula. Tiba sana terus pi bilik bengkel dan jumpa en shukri. Dia
bawa kami ke bilik untuk lokasi rakaman simulasi berkenaan. Tiba dalam bilik kami
terus bincang tentang shooting berpandukan skrip yang en. shukri berikan. Bila semua peserta
bengkel tiba...mulalah kami membuat shooting. Peralatan kamera, lampu dan
sebagainya dipasang. Mujur la ada tiga krew...agak mudah
sikit keje shooting ni...kalau dua orang boleh
jugak tapi agak letih la...sebab macam macam nak buat dan macam2 nak fikirkan......
Shooting ni adalah shooting untuk video keganasan rumah tangga..
jadi kalau sesape ada masalah di dera suami boleh buat
aduan...atau kalau ada suami diganasi isteri
jugak boleh buat aduan gak kut...ekeke...oopst!

ni foto saniy...amik guna kat sini eaaa....


Bila kami dan buat rakaman hampir separuh...hermmm...ada pulak perubahan untuk
skrip...haiyaaaaa.....sepatutnya bila da masuk ke tahap PRODUKSI, SKRIP tak boleh nak ubah2 lagi dah...hermmmm.....apa boleh buat laaaa....Akhirnya amik keputusan
minta dia orang 'finalise' skrip kemudian baru buat shooting
esok hari pulak sebab jam dah tunjukkan
lebih pukul empat petang sekarang ni.....

Nanti esok aku buat cerita lagi kat blog ni...aku cuba masukkan foto kami bebanyak kat
blog ni.....geram da tuuuu...hahahaha....ooopst!

....sekian....

daud.montak.zakaria