HARI ini aku sekali lagi menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan bidang tugas aku...
"ustaz, kalau TUHAN itu adil mengapa DIA wujudkan orang ISLAM dan ORANG KAFIR? Orang Islam dimasukkan ke syurga sementara orang kafir dimasukkan ke neraka?
aku tanya soalan ini kepada seorang ustaz yang mengajar kitab lama yang
kertasnya bewarna kuning...Ustaz berkenaan senyap, mungkin berfikir...
kemudian baru dia beri jawapan..."Tuhan jadikan manusia dan jin
semata-mata untuk menyembahNYA..." jawab ustaz pendek.
Aku senyap.....Ustaz berkenaan menambah...'lagipun TUHAN MAHA
BERKUASA, suka DIA lah apa yang nak dibuatNYA...' ...aku semangkin
bungkam, tak mampu nak tanyakan soalan lagi...
EPISOD II
'ustaz, macam mana nak sembahyang supaya sentiasa kusyuk.....susah sangat
nak kusyuk...' satu soalan aku lontarkan kepada ustaz yang sama.
Ustaz yang dah agak berumur tersebut seperti biasa diam
seketika, mungkin berfikir...mungkin juga mengatur ayat...
kemudian..'memang susah nak kusyuk dalam
sembahyang, macam inilah, ibaratkan kita seperti berjalan di atas batas sawah,
bila kita terjatuh kita naik kembali ke atas batas, bila jatuh kita naik kembali...
begitulah kita lakukan...jadi dalam sembahyang jika kita hilang kusyuk,
kita kembali tumpukan kepada sembahyang kita,
jangan bila dah hilang kusyuk kita terus
ikutkan hingga selesai salam, macam itulah seterusnya...
Inilah dua episod yang aku ingat, yang pernah aku tanyakan kepada seorang
ustaz yang mengajar kitab kertas kuning kat kampung dulu. Memang besar
jasa dia kepada aku....kalau tiada insan seperti mereka, tentu kita akan
terus berada dalam kejahilan yang berpanjangan dan mungkin akan
tersesat di dunia dan jugak di akhirat...
Oleh itu aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para ustaz, para
guru dan para pensyarah terutama yang pernah MEWARISKAN ILMU
kepada aku, semoga KALIAN semua diberkati oleh ALLAH swt.
...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
*pict. by google images.
DAUDmontakzakaria