Malam ni bersamaan hari Isnin, 18 Januari 2010, aku nak bercerita tentang sesuatu. Tak tau nak kata ape tulisan aku ini sama ada boleh dipanggil nostalgia ker atau sejarah atau catatan biasa. Terpulanglah kepada korang apa nak kata, namun disebabkan blog ni blog aku, suka hati akulah nak kata aper....
Lihatlah...cerianyer staf dan krew MCP, Unit Audio Video yang bertugas di Studio UKM....
Tengoklah foto di atas tu....macam ceria jer staf UAV dan krew rakaman MCP kami semasa rakaman MCP Kejohanan Silat Terbuka IPT, Piala Taming Sari II di DECTAR hari tu, iaitu 17 Januari 2010 yang lalu....hari Ahad tu....
Dua orang lelaki kacak tu krew MCP kami dan di tengah-tengah tu staf unit video kami...
Ermmm....ini ialah staf, Unit Audio Video, Penerbit UKM
yang sedang menunggu masa untuk bertugas mengendali kamera
semasa Kejuaraan Silat Terbuka IPT di DECTAR pada
17 Jan. 2010 yang lalu...
Sebenarnya jika ada rakaman MCP yang diperlukan untuk kami lakukan, kami akan meminta bantuan staf daripada unit lain Penerbit UKM dan juga staf daripada jabatan2 lain dalam UKM. Hal ini amat perlu sebab kami tidak mempunyai ramai staf dalam Unit Audio Video, Penerbit UKM. Dalam unit kami cuma ade 7 orang staf sahaja dan dengan bilangan ini tentu sukar untuk menjalankan rakaman MCP yang sekurang2nya memerlukan 10 orang tenaga kerja.
Program yang biasa kami rakamkan secara Multiple Camera Production, ialah seperti Majlis Konvokesyen pada setiap tahun, acara-acara persembahan kesenian pelajar yang diadakan di DECTAR(majoriti dirakam MCP), Syarahan Naib Canselor, Minggu Mesra Pelajar Baru, Konsert DiRaja serta juga majlis2 lain yang minta kami rakamkan secara MCP. Itulah yang sering kami lakukan saban tahun.
Sebenarnya Studio UKM yang wujud dalam DECTAR ini telah dibina pada tahun 1993 dan peralatan yang digunakan ketika awal penubuhannya ialah format JVC SVHS. Selama lebih 15 tahun kami menggunakan alatan video format SVHS berkenaan, yang merupakan hadiah daripada kerajaan Jepun menerusi program Gran Kebudayaan. Peralatan berkenaan tidaklah selengkap mana, namun ianya cukup untuk menyempurnakan tugas rutin MCP kami sejak 1994 - 2004.
Sdr. Shahrul sedang mengendalikan kamera semasa rakaman
MCP di DECTAR pada 17 Januari 2010 lalu....
Staf UAV dan krew MCP semasa dalam konti, Studio UKM
sebelum rakaman MCP, Kejuaraan Silat Terbuka IPT
di DECTAR pada 17 Januaqri 2010 lalu...
Kemudian dalam tahun 2004 kami mendapat peruntukan untuk menggantikan peralatan JVC berkenaan dengan format DVCam. Oleh kerana peruntukan tidak berapa mencukupi, hanya peralatan yang perlu sahaja diganti, sementara beberapa peralatan lagi masih menggunakan jenama JVC format SVHS yang telah berusia lebih 15 tahun itu. Namun peralatan format DVCam yang kami peroleh juga, cuma peralatan yang 'basic' sahaja. Walaupun 'basic' studio berkenaan telah banyak berjasa kepada universiti yang mungkin ramai dikalangan kita tidak menyedarinya . Contoh, apa kata kalau rakaman MCP tiada semasa majlis konvokesyen, tentu layar dan skrin cctv juga tiada.....Studio UKM juga banyak jasanya kepada pelajar Jabatan Komunikasi(sekarang Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK) yang membuat latihan MCP Penerbitan Televisyen sejak tahun 1994 hingga sekarang. Pensyarah Jabatan Komunikasi yang pernah menggunakan kemudahan untuk latihan MCP tersebut ialah Prof. Madya Dr. Rahmah Hashim, Prof. Madya Dr. Asiah Sarji, Encik Nizam Osman(sekarang Dr. dan pensyarah media di UPM) dan Puan Arfah Yusof. Ermmmm...tak tahulah, mungkin sekarang Pusat Pengajian Media dan Komunikasi tidak lagi memerlukan perkhidmatan Studio UKM dalam memberi latihan kepada pelajarnya untuk membuat latihan amali di studio berkenaan lagi.....saper tau kan...
Sebenarnya Studio UKM ini adalah di bawah pengendalian Unit Audio Video, Penerbit UKM. Sebelum itu Studio UKM adalah di bawah Pusat Teknologi Pendidikan. Apabila Pusat Teknologi Pendidikan bergabung dengan Penerbit UKM, studio berkenaan masih lagi berada di bawah bumbung yang sama. Apabila pusat tersebut bertukar nama menjadi Pusat Penerbitan dan kemudiannya Pusat Penerbitan dan Percetakan, studio masih berada di bawah pengurusan yang sama gak dan terus memberikan khidmatnya kepada universiti.
Tengoklah mereka ni...macam kanak2 Ribena yang riangggggggggggg............
Seterusnya apabila Pusat Penerbitan dan Percetakan serta Penerbit UKM dijadikan di bawah satu nama iaitu Penerbit UKM, Studio UKM masih lagi terus berada di bawah pengurusan yang sama....
*Foto sumbangan Ikhwan Hashim, Penerbit UKM...
daud montak zakaria...