Sunday, January 17, 2010

Kejuaraan Pencak Silat Terbuka IPT

Suasana ketika rakaman MCP

Hari ini 17 Januari 2010, hari Ahad, kami daripada Unit Video telah diminta untuk membuat rakaman Multiple Camera Production Kejuaraan Pencak Silat Terbuka IPT, Piala Taming
Sari II UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.


Jam 8.00 pagi lagi kami telah membuat persiapan teknikal sebelum kejuaraan bermula jam 9.00 pagi. Sebenarnya hari ini merupakan pertandingan peringkat akhir dan juga majlis penutup. Kejuaraan ini telah bermula daripada 14 Januari lalu.



Sdr. Kamarul dan Shahrul







Saperti yang kita ketahui Silat merupakan seni mempertahankan diri penduduk Nusantara. Ia merupakan warisan bangsa Melayu yang sewajarnya tidak dilupakan oleh keturunan Melayu.




Krew video dan jurufoto sebelum kejuaraan bermula.





Krew sedang bertugas dalam konti

Objektif diadakan kejuaraan silat ini ialah untuk melahirkan mahasiswa yang cergas serta bersemangat kental dan juga untuk mengekalkan warisan
turun temurun bangsa Melayu




Seni Silat telah diamalkan oleh bangsa Melayu Nusantara sejak berkurun dahulu. Ia diturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya sejak beratus tahun yang lalu.


Dalam konti...








Silat tersebar di Nusantara dikatakan sejak abad ke 7 Masehi. Silat dikatakan berasal dari perkataan Minangkabau iaitu Silek.




Krew dalam konti.......







Peserta sedang bertarung...

Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris,badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan
menumpukan perhatian kepada
pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).




Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata.








Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata.



Sedang bertarung...








Suasana dalam konti...

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat
seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian.




Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari


Penyampaian cenderahati kpd pasukan...




Penyampaian cenderahati...

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.



Krew video yang terlibat dalam rakaman MCP ini ialah sdr. Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Shahrul, Jasril, CT Suraya, Hanim, Kamarul Baharin, Ramli Adnan, Ruhaizad dan aku sendiri. Rakaman tamat lebih kurang jam 6.30 petang...




Penyampaian cenderahati..



* Kebanyakan maklumat diperoleh daripada Wikipedia

daud montak zakaria...