Wednesday, December 5, 2012

penTER...oh...PENter...



MALAM ini, 5 Disember 2012, jam 8.00 malam kami membuat rakaman 'multiple 
camera production' atau mcp program 'PENTER'
di PANGGUNG SENI DECTAR..

 .....penter...

AKU akan cuba 'upload' kan program ini ke YOUTUBE selepas aku sunting esok...
selamat menonton kepada mereka yang akan menonton video tu....

 ....sdr. shahrul....

Persiapan teknikal dibuat awal sebelum rakaman di lakukan.....tiba di panggung seni
dectar jam lebih kurang 6.30 petang hampir semua peralatan
telah dipasang oleh sdr. SHAHRUL FADLI...


....dah sedia....

 ....sdr. faesal kassim....

Hampir semua peralatan dipasang dan diuji jugak oleh sdr. SHAHRUL FADLI...
terima kasih bebanyak untuk dia.........

 ....shahrul & faesal kassim...

 .....sdr. kamarul & hidayah...

Aku cuma sempat membantu sedikit saja bersama FAESAL KASSIM iaitu bekas
PELAJAR LI dari UNIKL yang masih sanggup datang untuk
membantu kami walaupun dia dah lama menamatkan
LATIHAN INDUSTRI nya di PENERBIT
UKM..........terima kasih untuk
DIA.......


DALAM kerja rakaman malam ini aku bertindak sebagai pengarah studio lebih
kurang satu jam yang pertama sebelum diambilalih
oleh sdr. kamarul baharin.....
Dalam rakaman mcp bukan pengarah studio
saja yang penting malah setiap krew yang terlibat...tanpa
krew yang memberi komitmen yang tinggi dalam tugas ini, pengarah studio
yang kreatif pun tidak ada gunanya....Oleh itu semua krew
adalah penting dalam tugas rakaman mcp...


SEBENARNYA hari ini kami kekurangan krew untuk membuat pemasangan alatan
teknikal kerana masing2 mempunyai tugas yang perlu dibuat...
Sdr. JASRIL dan RAMLI membuat rakaman
penuh SEMINAR di PUTRAJAYA,
sementara SITI SURAYA terpaksa
bergegas pulang kerana sedaranya kembali
ke rahmatullah....moga sedaranya ditempatkan oleh MAHA PENCIPTA 
dikalangan hamba2nya yang soleh.....amin....Jadi kami cuma bergantung kepada 
beberapa orang krew yang masih tinggal untuk menyelesaikan pemasangan 
peralatan untuk tugas rakaman MCP berkenaan...


WALAU bagaimanapun sdr. jasril dan ramli datang juga untuk bertugas di PENTER setelah
rakaman di PUTRAJAYA selesai pada jam 6.30 petang. Selesai pemasangan
terus menunggu program berlangsung jam 8.00 malam.
Dalam masa menunggu, seorang demi seorang
krew untuk jurukamera tiba
iaitu SHUKRI, YUNUS,
HAFIZ RAHIM, HAFIZ TAIB, JI dan UJANG tiba di studio.
Sementara HIDAYAH tiba ketika kami membuat persiapan teknikal
waktu petang tadi........


Dalam program PENTER malam ini, yang menjadi host ialah dua orang pelajar, 
bukan host yang biasa iaitu sdr. AMAR BAHARUDDIN...
Oleh yang demikian suasana program tersebut
tidak semeriah seperti ketika
dikendalikan oleh sdr. AMAR.....apa2 pun
mereka harus jugak dipuji kerana masih mampu menghiburkan penonton
yang hadir pada malam tersebut.......
....o.k....akhirnya aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua krew yang bertugas iaitu sdr. YUNUS, HAFIZ TAIB,
HAFIZ RAHIM, JI, UJANG, SHUKRI MAHAD, HIDAYAH,
SHAHRUL, RAMLI, JASRIL, dan KAMARUL...

.....terima kasih jugak kepada yang sudi membaca coretan yang tak menarik ni....
DAUD.montakzakaria.

rakAMAN AUdio...

sekadar catatan ringkas:
HARI ini jam 2.30 kami (sdr. shahrul & aku) mengendalikan rakaman Voice Over 
untuk video koperat FAKULTI PENGAJIAN ISLAM di 
STUDIO UKM.....





.....akhir cerita....
disebabkan skrip akan dirombak semula rakaman tersbut tidak
diteruskan walaupun telah dibaca beberapa kali
oleh seorang 'narrator'...
....rakaman akan disambung semula minggu hadapan
 hari yang sama dan masa 
yang sama...dgn izin
ALLAH....
....terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria