Memang tidak dapat dinafikan video wujud di mana-mana. Ia wujud ditayangkan di layar yang kecil seperti handphone dan juga dilayar-layar yang lebih besar malah ada yang lebih besat daripada layar di panggung wayang. Video juga boleh didapati di internet dan ia juga boleh disimpan dalam pita, DVD, hard disc dan sebagainya. Ia juga boleh dirakam dan di padam pada medium-medium yang tertentu.
Peralatan-peralatan untuk menerbitkan program video sekarang ini semangkin bertambah baik dan canggih walaupun untuk kegunaan persendirian. Contohnya 'handycam' sekarang ini mampu menghasilkan imej yang jelas dalam format high definition serta boleh jugas dirakam terus ke dalam 'hard dics'.
Walau bagaimana baik pun peralatan penerbitan tetapi jika kurang kemahiran dalam penerbitan video, ianya tidak berguna dan tidak mampu menghasilkan penerbitan yang baik dan hebat. Oleh itu pengetahuan dalam penghasilan program video mestilah diperoleh terlebih dahulu sebelum mula membuat rakaman video.
Oleh yang demikian dalam sesebuah penerbita, krew yangmahir dalam tugas mereka amatlah perlu dan penting bagi menghasilkan sebuah penerbitan yang hebat. Krew yang kurang mahir dalam mengendalikan peralatan mungkin akan menyumbang kepada kegagalan penerbitan tersebut.
Jumlah atau bilangan krew penerbitan untuk sesebuah penerbitan adalah berbeza kerana ia bergantung kepada budget, program yang dihasilkan dan juga syarikat yang menerbitkannya. Sebagai contoh stesen penyiaran yang besar mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung bilangan krew yang ramai.
KREW PENERBITAN & TUGAS;
Sekarang kita lihat tugas krew dalam sesebuah penerbitan dan tugas yang mereka jalankan.
- Penerbit( producer)
Secara umum penerbit bertanggung jawab dalam sesebuah penerbitan secara khusus. Biasanya dia lebih mengambil perhatian dari segi budget, memilih kakitangan, menerima dan meluluskan skrip dan juga bertanggung jawab dalam jadual penerbitan. Dia akan bekerja dengan penulis skrip. Penerbit juga bertanggung jawab memilih Pengarah dan bertanggung jawab dalam semua mesyuarat berkaitan penerbitan, membuat perancangan, memilih lokasi, raptai, dan sebagainya.
Selain dari itu dia juga dalam semua aspek bermula dari perancangan hingga penerbitan berkenaan siap sepenuhnya.
- Penolong Penerbit( assistant producer atau AP)
Dia bertugas membanti Penerbit dan tugasnya akan ditentukan oleh Penerbit. Diantara tugasnya ialah menyelaraskan jadual penerbitan, membuat panggilan kepada tetamu-tetamu, serta menyelia post-production.
- Pengarah(director)
Pengarah mempunyai tugas yang besar untuk menukarkan skrip kepada visual yang kreatif. Dia menggerakkan jurukamera untuk mendapatkan shot-shot yang diperlukan dan memilih shot-shot kamera yang sesuai untuk 'final production'. Pengarah merupakan orang yang mampu menyalurkan pandangannya secara berkesan kepada krew. Dia juga merupakan 'team builder' yang menggerakkan krew untuk mencapai kejayaan penerbitan berkenaan. Dia menyelaraskan tugas-tugas dalam penerbitan seperti pencahayaan, sound, kamera, kostum dan sebagainya. Pengarah boleh memilih dan menyewa khidmat talent atau pelakon, merancang shot-shot dan pergerakan kamera. Dia juga bertanggungjawab ketika proses penyuntingan serta memberi arahan semasa raptai. Dia akan menentukan set, kerja kamera, pencahayaan, sound, make up, grafik dan sebagainya. Bidang tugas Pengarah amat luas bermula dari pemilihan pelakon hinggalah penerbitan berkenaan disiapkan.
-Penolong Pengarah(assistant director) atau associate director(AD)
AD bertugas membantu Pengarah. Fungsinya termasuklah menyelia semua raptai, menyemak storyboard, jadual rakaman dan ada ketikanya bertanggung jawab terhadap pelakon. AD ada ketikanya boleh menggantika Pengarah untuk membuat rakaman kembali shot-shot.
Dalam penerbitan Multiple Camera Production(MCP), Assistant Director ada ketikanya boleh menagtur shot-shot, grafik dan pita-pita. Dia juga boleh memeriksa effect seperti 'cromakey', memberi arahan rutin seperti playback tape untuk 'insert' dan tugas-tugas yang lain sementara Pengarah mengawal talent serta jurukamera-jurukamera. AD juga sentiasa memeriksa masa rakaman program mengikut masa serta membantu Pengarah semasa post-production.
-Floor manager(FM) atau stage manager.
Floor Manager merupakan wakil kepada Pengarah apabila pengarah tiada di lokasi atau dalam studio. Dia juga memberi arahan kepada 'talent' dan mengarahkan krew di 'studio floor'. FM juga boleh memastikan kehadiran talent di studio.
- Production Assistant (PA)
PA bertugas membantu Penagarah atau Penerbit dengan keperluan-keperluan dalam penerbitan seperti membuat salinan2, sediakan minuman, sebagai runner, dalam raptai dan lokasi. Semasa raptai dan rakaman dia membantu Pengarah atau Penerbit dan boleh bertindak sebagai Floor Manager.
-Technical Director(TD) atau vision mixer.
Dalam bilik kawalan atau control room TD berada di sebelah Pengarah dan bertanggung jawab dalam mengendalikan 'switcher'. TD juga boleh bertindak sebagai ketua crew.
- Makeup artist
Makeup artist mereka, menyedia dan menyolek talent.
- Graphic Designer/operator
Graphic Designer bertanggung jawab dalam mereka dan membuat grafik untuk penerbitan. Dia bertugas menyelaras dan menaip teks dan title untuk penerbitan berkenaan sama ada digunakan semasa penerbitan atau untuk disimpan dan digunakan dimasa akan datang.
-Audio Mixer/ sound mixer/ sound supervisor
Audio Mixer bertanggung jawab kepada 'sound balance' dari segi audio untuk sesuatu penerbitan. Inbi termasuklah menentukan tempat meletakkan mikrofon-mikrofon yang diperlukan. Dia menentukan kabel-kabel audio di 'plug in' dengan sempurna pada mixer. Dia bertanggung jawab dalam adunan akhir audio seperti audio level, balance, dan tone. Dia bertanggung jawab dalam masalah peralatan audio.
- Boom operator/audio assistant
Dia berada di bawah seliaan Audio Mixer. Dia bertugas meletakkan mikrofon-mikrofon di tempat-tempat yang telah ditentukan. Dia juga memasang kabel-kabel, mengendali 'sound boom', memeriksa masalah audio dan mengendali peralatan audio.
- Jurutera
Jurutera bertanggung jawab dalam memasang, maintanance, serta membaiki peralatan yang digunakan dalam penerbitan
- Writer
Writer bertanggung jawab dalam tugas penulisan skrip. Dalam situasi tertentu writer dibantu oleh penyelidik untuk mendapatkan data, informasi dan sebagainya untuk keperluan skrip.
- Editor
Editor atau penyunting bertanggung jawab memilih dan memotong video atau audio untuk menghasilkan program mengikut skrip. Dia akan berada di bawah pengawasan Pengarah dalam menjalankan kerja-kerja penyuntingan.
- Set Designer
Dia akan mereka dan menyelia set-set lokasi rakaman.
- Freelance crew
Hari ini banyak productio house menggunakan khidmat freelance crew dalam menerbitkan program mereka. Mereka merupakan krew bebas yang memberikan khidmat mereka dan dibayar mengikut skill yang mereka miliki.
Apakah crew 'below-the-line' dan 'above-the-line'
Kita tentu akan bertemu istilah kakitangan 'above-the-line' dan 'below-the-line' dalam penerbitan program. Ia biasanya terdapat dalam membuat 'budgeting' sesebuah program penerbitan. Bila dirujuk kepada sumber yang berbeza kita akan menemui penjelasan yang agak berbeza.
Biasanya kakitangan 'above-the-line' merujuk kepada kakitangan-kakitangan yang terlibat dalam penerbitan program dan memberi sumbangan daya kreativi masing-masing. Ada yang memberi pandangan kakitangan ini mempunyai gaji yang tetap dan akan berkongsi keuntungan yang akan diperoleh melalui projek tersebut. Mereka termasuklah Penerbit, Pengarah, Pelakon, Penulis dan designer(graphic artist).
Kakitangan 'below-the-line' pula merujuk kepada kakitangan-kakitangan teknikal yang terlibat dalam penerbitan yang dibayar gaji tetapi tidak berkongsi keuntungan yang dijana oleh penerbitan. Mereka juga dibayar untuk kerja lebih masa. Terdapat juga kenyataan yang berkata kakitangan 'below - the-line' ialah kakitangan yang mengendalikan peralatan penerbitan dan mereka pakar melakukan tugas mereka. Ini termasuklah Jurukamera, penyunting, Jurutera, Pereka Pakaian, Jurulampu, Audio Mixer, Make up Artist dan sebagainya.
Namun begitu ada kalanya sukar untuk mengkatogorikan kakitangan sama ada 'above-the-line' atau 'below -the-line' kerana sebagai contoh seorang Pengarah juga mampu mengendalikan peralatan penerbitan dan ada yang pakar dalam hal tersebut...bukan begitu...?
daudmontakzakaria