Wednesday, May 26, 2010

Belum...oh...Belum....akhirnya.


HARI ini hari Rabu; 26 Mei 2010;
Semalam iaitu 25 Mei 2010 kami iaitu krew audio video kembali semula ke BANGI setelah tiga hari berada di LEMBAH BELUM di Perak.



Waktu pagi setelah selesai sarapan di Hentian Perah 'on the way to' Belum.





Panorama dari tepi tasik Temengur
semasa menunggu bot.

Kami mula bertolak ke Belum di Perak kira2 jam 12.00 malam dari UKM
Bangi sebaik saja selesai rakaman Multiple Camera Production(MCP)
Konsert DiRaja di Dewan Canselor UKM.


Dalam perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 6 jam kami hanya tidur kerana terlalu keletihan setelah membuat rakaman konsert berkenaan.



Memunggah peralatan dan beg masing-masing apabila tiba di tepi Tasik Temengur.





Jeti Polis di Tasik Temengor.

Perjalanan dirasakan amat jauh sekali dan agak lama, terasa letih walaupun hanya
duduk di kerusi lembut dalam bas yang membawa kami ke Belum.


Tiba disebuah masjid on the way to Belum selepas pekan GRIK kami singgah untuk menunaikan waktu Subuh di masjid tersebut.




Pandangan sekitar dari pulau yang menempatkan tentera Rejemen Sempadan...cantik kan...?





Jeti di pulau tempat kami menginap.

Kami tiba di pinggir Tasik Temengor setelah matahari pagi agak cerah dan suhu
sekeliling semakin meningkat.


Tiba di pinggir tasik bas berhenti dan kami memunggah segala beg pakaian dan peralatan yang di bawa.




Satu lagi pandangan yang menarik.






Di atas bot yang kami naik, bot tentera.

Kemudian kami membawa segala barang-barang keperluan ke pinggir tasik dan seterusnya dimuatkan ke dalam bot tentera yang akan membawa ke Pulau Sri Undangan, di mana kami
akan menginap. Aku serta krew video terpaksa menaiki botyang berikutnya
kerana bot yang akan bergerak sudah cukup muatan.


Tiba di Pulau Sri Undangan, kami mendaftar diri untuk memasuki bilik-bilik yang disediakan oleh pihak tentera. Sebagai urusetia kami juga disediakan tempat penginapan.




Satu lagi pemandangan yang menarik.





Cahaya pagi kelihatan dari atas menara
di Pulau Mata Kail.

Sebenarnya kami mengikuti Unit Foto ke Belum sebagai urus setia Bengkel Foto Penerbit UKM. Tujuan kami ke sana alah untuk membuat liputan video bengkel tersebut. Dalam masa yang sama aku ingin membuat sebuah penerbitan berkaitan Lembah Belum.


Selain kertas-kertas kerja yang disampaikan dalam bengkel tersebut, kami juga dibawa dengan bot-bot tentera untuk melawat sekitar tasik yang terdapat beberapa buah pulau yang setiap sebuah ditadbir oleh pihak-pihak tertentu.



Cantik....pandangan dari menara Pulau Mata Kail.





Menara tempat memerhati di sekitar.

Kami dibawa ke Pulau Mata Kail untuk melihat keadaan sekitar dari sebuah menara di sana.
Untuk sampai ke menara kami terpaksa mendaki bukit yang agak memenatkan jugak.


Aku rasa amat penat ketika mendaki untuk sampai kekemuncak yang menempatkan menara pemerhati. Aku banyak kali berhenti untuk berehat bagi membolehkan pernafasan aku stabil kembalisebelum mula mendaki.


Pandangan dari menari. Gadis yang kelihatan itu bukanlah puteri Pulau Mata Kail tetapi dia ialah Sdri Hanim salah seorang urus setia bengkel...




Padangan yang menarik.

Dalam masa mendaki untuk tiba dipuncak aku jugak berhenti untuk merakam flora
atau fauna yang ditemui sepanjang pendakian berkenaan.


Tiba di puncak, aku berehat sebentar kerana kepenatan sebelum mula membuat 'shot-shot' yang menarik dari menara di puncak Bukit Mata Kail.




Sebuah kampung orang asli dari puak Temiar yang kami lawat.




Sebuah pandangan menarik.

Setelah agak lama berada di menara tersebut kami pun mula bergerak turun ke bot yangsedia menanti. Kami sebenarnya diiringi oleh beberapa orang tentera semasa membuat
lawatan sekitar tasik.


Tiba di bawah kami menjamu selera iaitu sarapan pagi kami yang di bawa oleh anggota tentera. Aku berpendapat jikalau kami sarapan sebelum mendaki bukit di Pulau Mata Kail tersebut mungkin ada yang gagal mendaki kerana kekenyangan. Mungkin aku jugak termasuk dalam kumpulan tersebut.

Sekitar tasik.





Ermmm....Tongkat Ali...

Kemudian kami juga dibawa melawat sebuah perkampungan orang asli dari suku Temiar. Sampai saja di sana masing-masing membuat rakaman foto masing-masing segala
subjek yang difikirkan menarik oleh mereka. Kami gak tidak membuang
masa turut sama merakamkan segala yang dianggap boleh
dijadikan bahan untuk penerbitan video.



Setelah agak lama berada di perkampungan orang asli maka kami pun kembali semula ke Pulau tempat kami menginap. Sebenarnya perjalanan dengan bot dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dirasakan agak lama dan panjang ditambah pula oleh cahaya matahari yang panas terik.

Penerangan yang diberikan oleh pihak tentera di Pulau Survival.




Pemandangan cantik di waktu senja.

Kami juga di bawa melawat ke Pulau Survival iaitu sebuah pulau yang dikendalikan oleh pihak tentera. Di sini kami diberi penjelasan berkaitan cara untuk terus hidup dengan
alat senjata yang paling minima. Cara menangkap haiwan untuk makanan
dengan menggunakan pelbagai jenis perangkap. Kami juga
diberi penerangan berkaitan tumbuhan2 hutan yang
boleh dimakan dan sebagainya.


Di akhir bengkel, semua peserta yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan diberi peluang untuk membuat persembahan berkaitan bahan-bahan yang mereka rakamkan delalui kamera masing-masing.
Setelah dilakukan penutupan bengkel serta makan tengah hari kamipun bergerak dengan menaiki bot-bot tentera ke lokasi bas-bas yang akan membawa kami ke BANGI. Kami bergerak pada jam 3.00 petang dan tiba di BANGI kira2 jam 11.00 malam.
Krew Unit Audio Video Penerbit UKM yang menyertai Bengkel Foto tersebut sebagai urus setia ialah aku sendiri, sdr. RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY dan juga HAZNI HANIM dari Bahagian Pentadbiran, Penerbit UKM.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tentera dari Regimen Sempadan di atas segala bantuan mereka sepanjang kami berada di Hutan Simpan Belum tersebut.



daud montak zakaria...
26 Mei 2010; 10.00 am

No comments: