Tuesday, October 13, 2009

Hmmm....tak mampu untuk menolak...


Hari ini, 13 Oktober 2009; hampir jam 10.00 malam, aku baru sampai di rumah dari UKM. Masih lagi belum selesai dalam tugas penyuntingan video multimedia untuk Malam Kasih Ghazali. Sdr. Jasril, Shah dan Siti Suraya turut membantu dalam tugas berkenaan. Mereka membantu download video, convert fail dan sebagainya. Hmmm....itulah yang dikatakan kerja berpasukan.

Sebenarnya kami telah membuat proses penyuntingan ini sejak pagi lagi. Kami keluar membuat rakaman video footage yang masih belum ada untuk dimasukkan ke dalam multimedia berkenaan.

Sdr. Jasril dan siti Suraya cuba merakamkan DECTAR dari sudut yang mereka fikirkan berbeza.




Waktu jam 9.00 pagi kami pergi ke Studio UKM untuk membuat rakaman audio iaitu suara latar untuk multimedia tersebut. Pembaca skrip ialah sdr. Kamarul Baharin Supaat. Proses rakaman ini tidak mengambil masa yang panjang.


Sdr. Jasril sedang melihat sudut yang sesuai untuk mula membuat rakaman.





Setelah berpuas hati rakaman dibuat untuk bangunan DECTAR, kami pun bergerak ke Fakulti Sains dan Teknologi untuk merakam bangunan berkenaan.

Mereka berdua iaitu sdr. Jasril dan Suraya yang membuat rakaman sementara aku menunggu kenderaan yang ketika itu sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta. Sekarang ni memang sukar untuk mendapatkan tempat 'parking' kenderaan.

Sdr. Jasril dan Suraya selepas membuat rakaman video bangunan Fakulti Sains dan Teknologi. Maaf, gambar 'blur', bukan sabotaj tau...


Selepas selesai membuat rakaman di Fakulti Sains, kami bergerak pula ke arah Bangi Lama melalui jalan Bangi. Tujuan kami ialah untuk membuat rakaman di pintu masuk Malaysia Institute of Nuclear Technology.

Namun sayang sekali, apabila tiba di lokasi tersebut tiada terdapat sebarang 'signage' di pintu masuk yang ada tertulis 'Mint'. Jadi kami pun mengambil keputusan tidak membuat rakaman berkenaan. Kami kembali semula ke UKM.
Siti Suraya, Jasril dan Shah...membantu dalam tugas penyuntingan....

Tugas kami berakhir pada jam 9.30 malam walaupun multimedia tersebut amat jauh sekali untuk disiapkan. Esok multimedia ini mesti disiapkan untk di bawa ke mesyuarat AJK Malam Kasih Ghazali.

Apa-apa pun aku amat berharap ia akan dapat disiapkan sebelum masa yang ditetapkan. Banyak juga yang dapat disiapkan hari ini walaupun tak siap, biasalah kan....itulah yang dikatakan hidup di dunia....bukan di syurga....kan...kan...kan...
Hmmm....terima kasih kepada mereka yang turut membantu....