Friday, September 22, 2017

Muharam cuti...aku keje....

Hari ini Jumaat, 22 Sept. 2017...cuti umum awal Muharram. Namun aku pi keje
hari ini untuk siapkan video yang da lama tak edit...da berapa hari
tak diusik. Sanggar keje pun da lama berlalu...huhu..da
berkulat da program tersebut gamaknya...hahaha...

aku dan kamarul...
Video tu aku da edit sikit da semalam...jadi hari ini
aku sambung keje semalam
sebab aku nak siapkan hari ini jugak. Lagipun sdr. KAMARUL
nak sama2 datang untuk edit program dia yang masih belum siap tu. Kalau dia
ada aku pun beranilah duk kat bangunan 'haunted' ni...hahaha..
Kalau sorang2 memang taklah nak datang sini...
maklumlah akhir2 ni Mak Limah cukup suka bergurau 'kasar'
...kata dia orang laaaa....aku tak penah kena pulak
mungkin sebab aku taknak saja2 je
duduk lewat masa kat bangunan tuuu....................................

sedang convert ke MP4...
Jam 10.00 pagi aku gerak ke UKM. Mulanya bercadang untuk pi
jam 9.00 pagi tapi disebabkan sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan
aku terpaksa gi jam 10.00 pagi. Terus masuk ke dalam bangunan...emmm...pagi2
pon seram gak. Kamarul masih belum sampai. Namun tak berapa lama
kemudia kamarul pun tiba. Kami mula membuat suntingan
video masing2. Aku edit video Sanggar Keje PKK
di Langkawi. Jam 1.00 tengah hari masih lagi tak siap jadi
aku ngan Kamarul pun pi solat jumaat terlebih dulu di masjid UKM.
Lepas solat kami sambung lagi tugas suntingan tersebut. Tak berapa lama
kemudian video yang aku sunting dah pun siap. Tinggal proses 
untuk konvert fail ke MP4. Konvert file pun makan masa
jugak. Walau bagaimanapun lebih kurang jam
tiga petang video yang aku sunting dah pun siap dipindahkan ke file MP4.
Kemudia aku upload ke UKM Tube. Kemudia aku share di wassapp.
Akhirnya aku balik ke rumah. Masa tu saudara Kamarul
masih dalam proses menyiapkan kejenya...

....senang ati bila da siap...


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria