Hari ini,
kami(Aku, Kamarul dan Siti Suraya) bergerak ke Bayuemas Oval di Klang untuk membuat rakaman Pertandingan Kriket Universiti Asia yang diadakan di sana. Perlawanan tersebut ialah diantara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Universiti Bangladesh. Menurut maklumat yang diterima perlawanan ini jika tidak diadakan pun tidak mengapa kerana kedua-dua pasukan ini akan juga bertanding untuk diperlawanan akhir pada hari Ahad nanti. Pertandingan hari ini cuma untuk memenuhi jadual perlawanan sahaja.
Kami bergerak ke Klang pada jam 8.30 pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai. Sepanjang perjalanan ke Klang hari hujan kadangkala lebat dan ada ketikanya renyai-renyai. Tiba di Bayuemas Oval hujan masih lagi turun dan perlawanan masih belum bermula. Gelanggang tanah ditengah padang masih lagi ditutup dengan plastik khas supaya ia tidak basah terkena air hujan. Kami cuma dapat merakamkan pemain UKM membuat 'warm up' dalam hujan. Kami juga merakamkan pemain Bangladesh berehat di bawah bumbung.
Sementara menunggu hujan teduh kami sempat mendengar secara panjang lebar penjelasan Penolong Pegawai Sukan UKM(lupa namanya...) yang telah mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam sukan Kriket ini. Menerusi beliau barulah aku memahami cara permainan Kriket ini. Sebelum ini aku memang 'buta huruf' berkaitan Kriket ini. Sempat juga kami merakamkan sedikit ketika beliau memberikan informasi berkaitan Kriket ini. Terima kasih kepadanya yang telah memberikan informasi berguna tersebut.
Setelah jam 12.00 tengah hari, hujan masih lagi belum teduh sepenuhnya. Setelah hujan berhenti sepenuhnya ketika jam hampir 12.30 tengah hari, kami terpaksa meninggalkan Bayuemas Oval kerana ada hal lain yang tidak kurang pentingnya di UKM di Bangi. Oleh itu rakaman untuk hari ini bagi perlawanan yang tidak berapa penting ini tidak dapat kami lakukan...Kami akan datang lagi ke sini pada hari Ahad nanti untuk merakamkan pertandingan akhir Kriket berkenaan, jumpa lagi......
daud montak zakaria...