Wednesday, February 24, 2010

Latihan MCP Pelajar Tahun 2....

Bilik Kawalan Studio UKM.

Malam tadi 23 Februari 2010, hari Selasa dari jam 8.00 malam hingga jam 11.00
malam kami krew Unit Audio Video, Penerbit UKM berada di Studio UKM.


Kami berada di sana kerana mengendalikan latihan penerbitan Multiple Camera Production bagi Pelajar Tahun 2, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM.




Sdr. Kamarul Baharin Supaat sedang memberi taklimat ringkas berkaitan Studio UKM.




Sdr. Jasril & CT Suraya, krew UAV, Penerbit UKM.

Sebenarnya pelajar berkenaan merupakan pelajar dibawah kendalian Prof. Madya Dr. Asiah Sarji yang merupakan pensyarah mereka serta pernah juga menjadi
pensyarah aku suatu waktu dahulu....


Ini merupakan kali pertama mereka memasuki Studio UKM untuk latihan penerbitan MCP berkenaan.





CT Suraya sedang menjelaskan berkaitan grafik kepada pelajar berkenaan...





Oleh sebab ini merupakan kali pertama maka kami cuma menjelaskan serba sedikit berkaitan peralatan untuk penerbitan MCP atau penerbitan video kamera berbilang..




Selesai sesi penjelasan kami memberi peluang kepada mereka untuk cuba memahami peralatan-peralatan tersebut....



Sdr. Ramli sedang menjelaskan berkaitan audio..

Kami menjelaskan kepada mereka berkaitan peralatan kamera di studio floor, peralatan
dalam studio kawalan serta juga peralatan audio dalam bilik audio..



Sebenarnya malam ini merupakan malam kedua kami memberi penjelasan berkaitan peralatan di sini. Ia telah bermula sejak hari Isnin malam untuk kumpulan-kumpulan yang lain...




Sdr. Ramli Adnan....






Malam esok kami akan memberi penjelasan kepada kumpulan yang lain pula pada waktu yang sama.




Sdr. Ruhaizad sedang menjelaskan berkaitan kamera kepada pelajar...





Tahun ini kami diberi tanggung jawab untuk mengendalikan latihan MCP ini bagi pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Tahun 2 dan Tahun 3.





Sdr. Shahrul sedang menberi penerangan berkaitan kamera studio kepada pelajar....




Studio floor dan Bilik Kawalan..

Oleh kerana pelajar tahun 2 dan 3 bersama-sama menggunakan studio untuk latihan
MCP maka peluang mereka untuk menggunakan studio agak terhad
berbanding pelajar tahun lalu.
Walau bagaimanapun tanggung jawab ini mesti kami pikul sekadar yang kami mampu...
harap2 kami mampulah.....



Krew yang terlibat untuk tugas malam ini ialah sdr. Kamarul Baharin Supaat, Shahrul, Jasril, Siti Suraya, Ruhaizad, Ramli dan aku sendiri....terima kasihlah kepada semua rakan2 yang sama2 bertugas malam ni...esok kita kan datang lagi untuk tugas yang sama sehinggalah selesai semester kedua ini...ermmm...jumpa lagi...


Para pelajar sedang mencuba perlatan di Studio UKM...


daud montak zakaria...
24 Feb. 2010; 1.00 am