HARI ini, Rabu, 26 Ogos 2015...merupakan hari terakhir kami membantu
mengendalikan penerbitan MC pelajar MeaTech. College
di STUDIO UKM BANGI.
lebih kurang jam 5.00 petang...............
CUE Pembantu Skrip 'on air' cuma dipermulaan rancangan sahaja.....contoh One
minute to on air, '30 seconds to on air....15 seconds
to on air...........................................
Untuk comercial break SA kata 30 to comercial break....15 seconds to comercial
break. Kalau untuk sambung ke studio floor, SA akan kata '30 seconds to
studio....15 seconds to studio...................................
Masa penerbitan sedang berlangsung semua krew mesti fokus kepada tugas masing-
masing. Disiplin semasa penerbitan mcp sedang berlangsung mesti
dijaga walaupun ia merupakan satu latihan...
Bila pengarah Studio kata 'silent' semua mesti senyap dan masing-masing tumpukan
perhatian kepada tugas yang dipegang.
FM menjadi penghubung di antara bilik kawalan atau Pengarah
Studio dengan semua krew serta hos dan talent di studio flooor. Arahan Pengarah
mesti jelas supaya dapat disampaikan dengan sempurna kepada semua
krew di studio floor..........................................
Setiap lepas latihan selesai mesti buat pos motem sebelum sambung untuk latihan
kembali....Latihan perlu dibuat beberapa kali supaya ia sempurna....
gembira bila semuanya da selesai..... |
semua pelajar....................................................
.....terima kasih jugak sebab membaca.......
DAUD.montak.zakaria
........................................................................................................................
DAY 4.
HARI ini, Selasa, 25 Ogos 2015, kami sambung kembali tugas kami
membantu mengendalikan latihan MCP pelajar kolej
MEATECH di Studio UKM. Hari ini aku,
ramli, shah dan jasril bertugas.
Dari pagi hingga petang nampaknya ada peningkatan
para pelajar yang menjalani latihan penerbitan MCP tersebut. Rasanya
mereka hanya perlu 'polish' sedikit jer sebelum penerbitan
akhir esok. Esok hari terakhir mereka berkampung di
STUDIO UKM sejak khamis lalu............
HARAP mereka semua dapat melakukan penerbitan akhir dengan licin dan sempurna.
Apa-apa pon dalam penerbitan mcp perlukan kerjasama yang tinggi
setiap krew yang diketuai oleh seorang Pengarah
Studio. Namun daripada apa yang aku perhatikan ada peningkatan dari
sehari ke sehari semasa mereka mengadakan sesi latihan selama beberapa hari ini.....
Harap mereka semua mampu menghasilkan penerbitan yang sempurna semasa
penerbitan akhir esok....Aku pon da rasa jemu duk kat studio
selama beberapa hari ni....jadi esok akan selesai...
Harap mereka akan dapat menghasilkan
penerbitan dengan licin
dan lancar.....INSYAALLAH....................................................
Terima kasih kerana sudi membaca.......
DAUD.montak.zakaria
..........................................................................................................................
DAY 3.
HARI ni, Isnin, 24 Ogos 2015, Kami (aku, shahrul & ramli ) masih membantu pelajar Kolej MEATECH berkaitan penerbitan MCP di Studio UKM. Tugas ini bermula dari
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, rehat jam 1.00 ptg.
hingga 2.00 petang........Keseluruhannya
hari ini latihan mereka bertambah
baik....harap esok bertambah
sempurna lagi.......................................Penerbitan
MCP bukan perkara mudah dan bukan kerja mudah...perlu ada latihan
yang berterusan dan komitmen yang sungguh2 dari
setiap krew yang terlibat...................
...penerbitan mcp....
Penerbitan MCP, bukan satu tugas yang mudah, semua krew mesti bekerjasama
100% tanpa kompromi. Semua krew mesti fokus kepada tugas masing-
masing, tidak boleh sambil lewa...jika ada sikap sambil
lewa maka krew berkenaan tidak
layak untuk menceburi
bidang ini yang memerlukan komitmen
yang tinggi.....
Dalam penerbitan MCP krew yang paling penting ialah PENGARAH
STUDIO yang dibantu dengan kuat oleh PENOLONG
PENERBIT atau PEMBANTU SKRIP...kedua-dua
mereka MESTI tahu tugas yang mereka
perlu jalankan.....ini bermakna
PENGARAH STUDIO tahu tugas yang perlu dibuat
begitu juga dengan PENOLONG PENERBIT atau PEMBANTU SKRIP.
Kedua-dua mesti pegang kemas tugas mereka yang
menjadi tanggung jawab mereka...
Dalam erti kata lain sebagai contoh PENGARAH STUDIO jangan buat
buat keje orang lain seperti count down...jangan tekan switcher....
jangan dan jangan jangan yang lain
yang bukan menjadi tugasnya, begitu juga krew yang lain....tak perlu
ambil tugas orang lain sedangkan tugas sendiri pon tak
mampu untuk dibuat dengan sempurna.....
contoh arahan PENGARAH STUDIO....
SCRIPT ASSISTANT: 30 SECS TO ON AIR....
STUDIO DIRECTOR: READY GRAPHIC, READY VT, READY SWITCHER, READING LIGHTING, READY SA, READY FM, READY CAM 1, CAM 2, CAM 3, READY AUDIO...
SCRIPT ASSISTANT: 15 SECS TO ON AIR......
STUDIO DIRECTOR: READY TO ROLL VTR FOR RECORDING.....
SCRIPT ASSISTANT: 10 SECS TO ON AIR...9, 8, 7.....
STUDIO DIRECTOR: ROLL VTR FOR RECORDING.....READY VT TO ROLL MONTAGE....SOUND ON TAPE....
SCRIPT ASSISTANT: 5, 4, 3, 2, 1....
S. DIRECTOR: ROLL VT...TAKE VT....FM, VT FOR MONTAGE IS 20 SECS.....WE WILL COME TO STUDIO ON CAM TWO, READY CAM TWO FOR ESTABLISH SHOT.....
SCRIPT ASSISTANT: VT 15 SECS LEFT.....
SCRIPT ASSISTANT: 10, 9, 8.....5, 4, 3, 2, 1....
S. DIRECTOR: READY CAM TWO, TAKE TWO.......READY TO COME UP ON CAM THREE, READY CAM 3 FOR MS ON HOST....OPEN MIC...FM CUE HOS...TAKE CAM 3....READY MUSIC, FADE IN MUSIC.....FADE UNDER MUSIC.....READY GRAPHIC.....SUPER GRAPHIC.....OK, GRAPHIC OUT.....
TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: WE'LL HAVE A BREAK IN 30 SECS FOR ADVERTISEMENT....
15 SECONDS.......
STUDIO DIRECTOR: FM CUE HOS.....READY TO ROLL VT FOR ADVERTISEMENT...
SCRIPT ASSISTANT: 10 SECS, 9,8,7,6,5,4,3,2,1...
STUDIO DIRECTOR: ROLL VT...TAKE VT.....
(STUDIO DIRECTOR INFORM FM THE DURATION OF VT)
SCRIPT ASSISTANT: WE'LL COME TO STUDIO IN 15 SECS ON CAM TWO..
STUDIO DIRECTOR: READY CAM TWO...GIVE ME WIDE SHOT....
SCRIPT ASSISTANT: 10 SECS TO STUDIO, 9,8,7,6,5,4,3,2,1
STUDIO DIRECTOR: READY CAM TWO, TAKE TWO, OPEN MICS, CUE HOST...
TO CLOSE PROGRAMME
SCRIPT ASSISTANT: 30 SECS TO CLOSE PROGRAMME...
STUDIO DIRECTOR: GIVE HER/HIM A WRAP-UP.
SCRIPT ASSISTANT: FIFTEEN SECS........10 SECS, 9,8,7.....
STUDIO DIRECTOR: READY CAM TWO, READY CLOSING CREDITS TO ROLL...CUT TO HOS. TAKE CAM TWO. CUT MICS. CUE HOS.....CAM TWO KEEP ZOOMING OUT. HOLD IT. ROLL CREDITS......
STUDIO DIRECTOR: READY TO KEY OUT GRAPHIC, KEY OUT GRAPHIC............. READY BLACK....
SCRIPT ASSISTANT: 10 SECS FROM NOW, 9,8,7,6,5,4,3,2,1.
STUDIO DIRECTOR: READY BLACK. FADE TO BLACK. HOLD. STOP VTR. O.K. ALL CLEAR. GOOD JOB EVERYBODY.
HAND CUE or HAND SIGNAL
FOR FLOOR MANAGER
Terima kasih kepada krew UAV yang membantu mengendalikan latihan ini. Terima
kasih jugak kepada pelajar yang telah menggunakan peralatan dengan
cermat dan menjaga studio dengan baik.........terima kasih jugak
kepada pembaca yang sudi membaca posting ini....
DAUD.montak.zakaria
................................................................................................................................
DAY 2
HARI ni, Jumaat, 21 Ogos, kami menyambung tugas mengendalikan studio untuk
Latihan MCP pelajar MEATECH.....hari ni aku bertugas
bersama sdr. RAMLI dan SHAHRUL dari
jam 9.00 pagi hingga jam 5.00
petang waktu tempatan...
Hari Isnin akan bersambung hingga hari Rabu iaitu hari terakhir iaitu penerbitam
MCP akhir....harap mereka dapat melakukannya denga TERBAIK..
bagi aku hasil yang terbaik adalah hasil yang paling
sempurna yang mengandungi kesilapan
kurang daripada 10%....
amacam ANDA mampu lakukan..........?
Harap tinggal 3 hari lagi latihan dan penerbitan akhir akan lebih sempurna
hasil daripada kerjasama yang sempurna serta usaha
yang sungguh-sungguh.........
...terima kasih kepada semua krew dan terima kasih kepada pelajar yang berhati-hati mengendalikan alat2 mcp yang digunakan......
DAUD.montak.zakaria
Hari ini, Khamis, 20 Ogos 2015, kami membantu pensyarah KOLEJ MEATECH mengendalikan latihan penerbitan MCP atau Multiple Camera Production di Studio UKM.
Kami bertugas dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, 'break'
masa makan tengah hari. Kami menjelaskan berkaitan
peralatan MCP yang ada di Studio dan
juga cara menerbitkan penerbitan
MCP berkenaan...setakat yang kami mampu kongsikan.......
Aku, sdr. SHAHRUL, KAMARUL dan RAMLI serta CIK SURAYA bertanggung jawab membantu dalam penerbitan MCP berkenaan...............................apa2 pon
apa yang kami kongsikan akan memberi manfaat kepada
semua pelajar........................................
....Kalau nak tau berkaitan KOLEJ MEATECH....klik DI SINI.....
pasti anda akan mengetahui secara mendalam berkaitan kolej ini....kalau ada apa2
pertanyaan yang lebih jauh hubungi jer kolej tuuuuuuu..............saja
jer promote.................................................
Kalau nak tau berkenaan penerbitan MCP sila pi kat link di bawah....................
http://studiouniversiti.blogspot.com/p/pengenalan-kepada-mcp.html
Segala tugas hari ini berjalan lancar dan selesai dengan baik tanpa sebarang masalah.
Pada aku semuanya ok, pengajar pon ok, student pon ok dan krew pon tentu
ok gak.................................................................................
esok sambung lagi untuk hari kedua pulak.........
Terima kasih kerana sudi membaca.....................
DAUD.montak.zakaria
....................................................................................................................................
HARI ni, Rabu, kami membuat rakaman MCP 'Closing Ceremony Global Student Mobility
Partnerships, 7th UKM GSMP di Dectar UKM. Jam 2.00 petang waktu
pejabat memang sukar untuk dapatkan krew bantuan
dan terima kasih yang sanggup datang
membantu iaitu sdr. KHUSAIRI, MUFAKHRAN, YUNUS dan HAJI SULIMI.
Kali ini kami hanya ada 2 kekuatan sebagai jurukamera
kerana 2 orang staf kami bercuti dan bersukan....
Apa-apa pon ALHAMDULILLAH tugas dapat kami lakukan dengan sempurna
walaupon tidak sesempurna yang lebih lagi......bagaimanapon
tetap bersyukur........................
foto khusairi |
foto khusairi |
dan juga krew uav yang masih ada untuk menyelesaikan tugas ini hingga ke akhirnya....
terima kasih juga kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria
......................................................................................................................
HARI ni, selasa, 18 ogos, kami membuat rakaman video atau rakaman MCP Pelancaran
Sambutan Bulan Kemerdekaan di Persada Canselori. Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan Peringkat UKM 2015 dilakukan oleh
Timbalan Naib Canselor, YBHG. PROF. DR. IMRAN HO.
Video ni akan aku sunting esok dan jika sempat siap
aku akan upload ke youtube esok gak........
ramli |
haji ruhaizad |
Sebelum bermula program TNC HEJIM, PROF. DR. IMRAN dan BEKAS TNC
HEPA PROF. DATO' OSMAN KARIM datang dan bersalam dengan kami,
rasa macam dihargai sesangat....suka dengan sikap humble mereka,
moga mereka dirahmati PENCIPTA hingga ke SYURGA
......aaminnnnnn..........................................
foto ni Su yang rakam, tq. |
Semalam dan dulu semalam kami membuat
persiapan di STUDIO UKM untuk digunakan oleh kolej
swasta untuk membuat penerbitan mcp pelajar mereka untuk beberapa hari. Ia bermula
pada hari khamis ini...............nampaknya jadual keje agak padat
minggu ni dan minggu depan.....harap semua krew sihat
semuanya supaya dapat memenuhi pemintaan
keje rakaman dan sebagainya.....sekarang
ni kami 'terlajak laris.........'
Esok kami ada rakaman MCP Penutup Mobiliti Pelajar di Dectar. Harap esok ramai
krew yang akan bantu kami terutama untuk krew jurukamera....
sakit pinggang kalau berdiri lama sebagai jurukamera...
Harap mereka ramai yang akan datang...
grafik pon kena datang, mudah
sikit keje aku masa
proses suntingan nanti......................................................
Terima kasih kerana membaca.....
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment