video cuma hiasan...
HARI ini, 13 Jun 2013, aku cuti lagi, cuti rihat sebab masih sakit mata.
Hari ini juga aku pergi ke HOSPITAL SERDANG. Opst!
sebelum tu, aku nak beritau walaupun anda tak tanya...
entry aku ini tiada kaitan pon dengan bidang
tugas harian aku.......tapi mungkin
ada sedikit infor kut...
luar hospital... |
penuh kete di bahu jalan luar hospital... |
Awal pagi jam 6.45 pagi, aku gerak ke SERDANG. Ada beberapa sebab kenapa
turun awal pagi. Antaranya, jika lewat amat sukar untuk mencari tempat untuk
parking kete, jadi penyelesaiannya tentulah kena pi awal pagi.
Umum pon tau, di HOSPITAL SERDANG sukar
nak dapat parking kerana sentiasa jer
penuh. Memang setiap
hari mereka yang pi hospital tu, jika
lewat akan parking hingga luar pagar hospital berkenaan.
Pandangan aku, kalau buat hospital lagi sekitar serdang dan bangi ni, mesti
keadaannya akan sama jugak, iaitu parking kete tentu sukar dicari....
sesi pendaftaran, sentiasa penuh... |
klinik pakar... |
Selain dari itu, aku perlu pi awal pagi kerana kat hospital ini sentiasa jer ramai yang datang,
jadi untuk peroleh temujanji yang awal dengan doktor memang kita
kena pi awal pagi, kalau tak waktu tengah hari
mungkin 'turn' kita baru tiba...
klinik pakar... |
klinik pakar... |
Jadi, mahu tak mau kita mesti pergi awal pagi ke HOSPITAL SERDANG ni....
Untuk tujuan mendapatkan rawatan pakar di sini, pesakit mestilah
mempunyai surat daripada klinik swasta yang telah kita pi
sebelumnya untuk pesakit baru. Selepas perjumpaan
pertama 'oppointmen' akan dibuat oleh
pihak hospital dari semasa
ke semasa
mengikut keperluan....
amik ubat.... |
Masa menunggu memang macam2 yang kita lihat di sekeliling, dah tentulah
yang sakit akan kelihatan sakit kerana menanggung sakit.
Yang sihat cuma kakitangan hospital jer....itu
pon kita tak tau, mungkin mereka juga
sakit emosi bila melayan
pelbagai kerenah pesakit yang datang........apa2 pon
TERIMA KASIH BEBANYAK kepada kakitangan hospital tu, kalau tak
susah juga pesakit yang datang jika tiada mereka....tak kiralah terima kasih
untuk semua kakitangan dari para doktor hinggalah ke staf
yang mencuci bilik2 air....apa tidaknya jika
tiada pencuci bilik air tentu bilik air
akan busuk dan akan lebih memudaratkan orang sakit yang gunakan tandas tu...
malah jika toilet tu tak bersih tentu staf pon akan jatuh sakit..
jika mereka sakit sape pulak nak berkhidmat kepada
pesakit...kan...kan....
Jadi kesimpulannya kita kena hargai tugas mereka semua sebab kita PESAKIT...
Sesi pendaftaran, sesi menunggu nombor untuk pendaftaran, sesi
pendaftaran di klinik-klinik pakar, sesi menunggu nombor
giliran untuk dipanggil bagi rawatan, sesi menunggu
nombor giliran untuk ambil ubat....semua tu
memerlukan masa yang panjang dan perlu
kepada kesabaran......jika nak cepat dan tak mau
sabar menunggu....eloklah bukak hospital sendiri...opst!
...terus menunggu.... |
NAMUN.......yang pastinya bila ingin dapatkan rawatan di hospital ini
...kita sudah SEMESTINYA harus SABAR menunggu.......
...kita sudah SEMESTINYA harus SABAR menunggu.......
DAUD.montak.zakaria