Sunday, August 9, 2009

Mengenal Jantina Bunga Pakma



Semalam, 8 Ogos 2009, Sdr. Ramli sms kat aku, mengatakan Prof. Jumaat atau Prof. J meminta kami untuk membuat rakaman video 'single camera production' proses untuk mengenal jantina bunga Pakma.

Sdr. Ramli sedang membuat rakaman video semasa Prof. J membuat pembedahan Bunga Pakma.








Jam 8.00 pagi, hari ini 9 Ogos 2009, aku bersiap dan bergerak ke Pusat Penerbitan dan Percetakan. Dari maklumat melalui sms, sdr Ramli telah berada di Pusat Penerbitan, begitu juga dengan Siti Suraya.



Sdr. Ramli sedang membuat rakaman pelbagai sudut ketika Prof. J membuat pemotongan Bunga Pakma. Siti Suraya sedang memberi perhatian sementara Mona membuat rakaman foto.







Setiba di Pusat Penerbitan Sdr. Ramli, siti Suraya dan rakan Suraya sudah siap menunggu. Kami memasukkan semua peralatan ke dalam kereta iaitu kamera video, reflector, bateri kamera, pita video dan tripod.

Sdr. Ramli sedang membuat rakaman secara 'hand held'. Tugas seperti ini sememangnya memerlukan pengalaman, bukan mudah memegang kamera tanpa sebarang gegaran jika tidak menggunakan tripod.







Tiba di Bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, kami menunggu ketibaan Prof. J. Seketika kemudian pelajar pasca siswazah Prof. J iaitu Mona tiba dan 'parking' kereta di belakang kereta aku. Dia kata Prof. J lewat sedikit.

Perbincangan dibuat sebelum rakaman dilakukan dimana Cik Mona akan menjelaskan proses pemotongan bunga berkenaan.








Seterusnya kami dibawa oleh Mona masuk ke Bilik Prof. J. Sementara menunggu Prof. J, kami sempat melihat beberapa buah buku dalam bilik berkenaan termasuk buku 'Forestry of Sabah'.



Sdr. Ramli sedang membuat rakaman ketika Mona menjelaskan tugas tersebut.








Setelah beberapa minit menunggu, Ramli dan aku keluar dari bilik berkenaan dan lepak sebentar di depan bangunan Fakulti Sains dan Teknologi. Tidak lama kemudia Prof. J pun tiba bersama bunga Pakma yang dibawa bersama.




Prof. J dan Mona berbincang sebelum rakaman diteruskan lagi.








Kami kemudian masuk menuju ke bilik Prof. J. Sementara itu sdr. Ramli membantu membawa bunga berkenaan masuk. Keputusan kemudian dibuat untuk membuat proses rakaman tersebut di dalam makmal.

Seterusnya proses rakaman telah dibuat dalam makmal. Di sini baru kami menyedari 'tie clip mic' terlupa dibawa. Hmm...apa boleh buat, terpaksalah rakaman dibuat dalam keadaan yang agak bising dengan bunyi serombong 'air-cond' dalam makmal berkenaan.
Siti Suraya sedang mencuba untuk membuat rakaman.





Agak lama jugak kami membuat rakaman berkenaan. Pelbagai perkara perlu diambil kira seperti skrip, lokasi, sudut, keperluan cahaya dan sebagainya. Walau bagaimanapun akhirnya kami mampu juga menyiapkan rakaman video berkenaan.
Fakta Bunga Pakma tersebut; Berukuran 25 inci dan berat melebihi 3 Kg., Bunga pakma tersebut bunga jantan.

Siti Suraya dan Mona sedang melakukan sesuatu kepada alat penimbang yang akan digunakan untuk menimbang Bunga Pakma.

6 comments:

daud.montak.zakaria said...

Tinggalkan sebarang komen, kalau mauk....

CikLieYzaOnline said...

ooo.bunga pakma pun ada jantina rupanya..mujur bunga pakma tu jantan....hehehehe

apa tujuan pembedahan bunga tu kalo kita boleh ketahui jantina melalui penimbangan berat dan ukuran?

daud.montak.zakaria said...

hmmm...jantina tiada kaitan untuk mengetahui jantina....
hmmmmm...kalau bunga tu betina kenapa pulak...

CikLieYzaOnline said...

jantina tiada kaitan utk mgetahui jantina?laaa....x menjawab persoalan pun...hahahaha

kalo betina..hahaha....ada laaa...

daud.montak.zakaria said...

Ops! berat tiada kaitan untuk mengenali jantina....

CikLieYzaOnline said...

dah tu, apa yg menentukan jantina si pakma tu...mana la tau, nnt masuk hutan terjumpa pakma ke, bleh gak kaji selidik sndiri...hee.