Friday, May 5, 2017

Planetarium...oh...planetarium....

HARI ini, Jumaat, 5 May 2017, kami membuat rakaman MCP untuk Program anjuran bersama Angkasa UKM dan Planetarium Negara. Rakaman tersebut bertujuan
untuk video streaming oleh
pihak Planetarium. Kami cuma memberi kerjasama dalam
membuat rakaman aje. Kami cuma membawa satu kamera sebagai tambahan kepada sebuah video kamera yang dimiliki oleh pihak Palanetarium. Dari segi live feed atau
streaming pihak Planetarium yang uruskan. Sebelum tu pada hari
Rabu kami telah membuat Reecee ke sini
bagi menentukan alat2 yang perlu kami kendalikan. Apa2 pon akhir reecee tersebut
kami mencapai keputusan untuk membawa sebuah kamera dan
sebuah tripod. 

Hari ini Jumaat, kami bergerak
jam 7.30 pagi ke Planetarium Negara. Sampai di sana lebih kurang jam 9.00 pagi.
Terima kasih kepada pemandu yang membawa kami sdr. JUSMAN
dan terima kasih kepda BALKIS,dua2 dari Unit Kenderaan UKM, yang meluluskan
kenderaan yang kami minta......
Di Planetarium kami berurusan dengan En. Badruhisham................................... serta
dengan sorang dua lagi yang aku lupa nama mereka...Tugas berkenaan
dilakukan bersama mereka hingga selesai program tersebut.
Selesai saja....................................................... kami bergerak balik ke BANGI jam 12.30
tengah hari.....tapi bangunan tempat kami menetap masih 'black out'. Masa balik 
pun masih 'black out'.....
 Tiba di UKM lebih kurang jam satu lebih sikit....sempatlah kami
solat JUMAAT di MASJID UKM..............
Ermmmm...rasanya itu jer yang aku boleh tulis...da tiada idea laaa....tengok aje lah foto2 di bawah tuuu....

shahrul...reecee hari RABU...
...reecee hari RABU...bersama En. Ali dari Unit Kenderaan UKM
...ramli dan di belakang en. Ali atas menara planetarium...
...atas menara planetarium negara....aku...belakang ...Shah...
...dalam planetarium...sebelum mula program...Jasril & Shah...
shah, ramli & jasril...
...aku...jasril...ramli...&...shahrul...
....shahrul, jasril & nadiah...
encik Badrulhisham dari planetarium...
jasril...
aku & shah..




Prof. Datuk Dr. Mazlan...
...sesi Q & A


kolaborasi di antara krew pkk & krew planetarium...(SHAHRUL & BADRUHISYAM-bersalam)
...ni masa nak balik...tunggu Encik JUSMAN dari Unit Kenderaan UKM....
depan PLANETARIUM NEGARA...


Terima kasih kepada semua krew UAV PKK yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, 
RAMLI & JASRIL.
Terima kasih jugak kepada semua krew Planetarium Negara.......

DAUD.montak.zakaria