...video di 'timeline'...
HARI ini hampir siap mengatur 'footage' video di 'timeline' iaitu video SISTEM PENDINGINAN LINGKUNGAN di LINGKARAN 2 UKM. Footage siap di atur tapi masih belum di 'trim'
kerana menunggu 'narrator' buat 'voice over'. Skrip jugak hampir disiapkan dan
diubah di sana sini. Aku mesti siapkan kalau tidak semua mungkin 70%
daripada keseluruhan video dalam minggu ini. Muzik masih belum di putuskan lagi.
Aku terpaksa tunggu krew lain untuk hasilkan muzik.
Apa-apa pun harap berjalan lancar
semuanya...InsyaALLAH...
Ku titipkan skrip video
berkenaan di bawah...
Sebagai jabatan yang memberi perkhidmatan di sebuah universiti
penyelidikan, Jabatan Pengurusan Pembangunan tidak mahu ketinggalan dalam
mendokong citra
penyelidikan universiti.
Menyedari hakikat ini JPP sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan
perolehan teknologi yang terdapat di pasaran dalam memberi perkhidmatan yang diperlukan.
Salah satu bidang perkhidmatan utama yang diberi oleh JPP adalah system
pendinginan udara untuk pejabat dan ruang-ruang bangunan.
Dalam memberi khidnmat ini JPP telah memilih Sistem Penghawa Dingin
Lingkaran Dengan Penstoran Tenaga Haba atau District Cooling System with
Thermal Energy Storage.
KATA-KATA PENGARAH JPP
Sistem Penghawa Dingin ini dibahagikan kepada dua lingkaran iaitu
Lingkaran
satu dan Lingkaran Dua.
Sistem Pendinginan Lingkaran Satu UKM menggunakan teknologi penyimpanan
tenaga dengan menggunakan ais.
Sementara system pendinginan di Lingkaran Dua pula menggunakan teknologi
penyimpanan tenaga menggunakan air kokol. Ia memerlukan tangki simpanan
yang
lebih besar.
Projek DCS-TES di Lingkaran Dua ini telah dianugerahkan kepada TNB
Engineering Sdn. Bhd (TNEC) secara reka dan bina.
Projek yang bernilai RM39 juta ini secara fizikalnya telah dimulakan
pada
26 Julai 2010 dan pembinaanya dijadual mengambil masa selama
13 bulan
untuk disiapkan. Keluasan ruang untuk menempatkan
system loji DCS ialah 24
meter x 24 meter.
Kerja-kerja pembinaan tersebut
berjalan lancar mengikut
apa yang telah
dirancang.
Kerja pembinaan tangki simpanan tenaga atau tangki TES juga giat
dilakukan.
Tangki ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan tenaga pendingin
atau air kokol. Tangki ini mempunyai ukuran 12 meter panjang,
20 meter lebar
dan 14 meter tinggi.
Bahagian luar tangki
disaluti oleh penebat untuk menghalang kehilangan
tenaga. Kerja pembinaan
tangki mengambil masa selama 7 bulan
dan melibatkan penggunaan konkrit bergred
tinggi.
Kerja-kerja pemasangan paip retikulasi air kokol dua hala untuk mengitar
air kokol
dari loji ke bangunan-bangunan juga telah dijalankan. Kerja
pemasangan paip
sepanjang 3.2 kilometer juga telah dilakukan pada waktu siang
dan
malam. Paip yang digunakan berukuran antara 200 milimeter
hingga 600
milimeter. Kerja ini mengambil masa enam
bulan untuk disiapkan termasuk
kerja-kerja
ujian tekanan dan pencucian.
Selain daripada itu kerja-kerja pemasangan dalam loji juga turut dilakukan
seperti pemasangan pam kitaran,
mesin kokol dan sebagainya.
Secara umumnya peralatan utama system DCS-TES ini terdiri daripada...
Tiga unit mesin kokol 850RT berjenama TRANE yang menggunakan media
penyejukkan
atau refrigerant yang mesra alam.
Sembilan unit pam kitaran pelbagai saiz yang kebanyakannya terdiri
daripada jenis
ubahlaras kelajuan.
Tiga unit menara penyejukan atau cooling tower berkapasiti 1400HRT
berjenama
TRUWATER dari jenis ‘counter flow yang lebih efisyen.
Hampir keseluruhan peralatan utama loji DCS-TES dikawal menggunakan
peralatan
elektrik yang berkecekapan tinggi. Semua ‘frequency inverter’ yang
mengawal
kelajuan pam dan alat kawalan yang lain ditempatkan di Bilik Perkakas
Suis yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan untuk
mengawal
kebakaran.
Sistem loji DCS-TES ini dikawal sepenuhnya melalui computer dan boleh
berfungsi
secara manual atau automatic.
Kaedah operasi loji system pendinginan DCS-TES ini adalah dengan
beberapa cara.
Mesin kokol akan disetkan kepada operasi untuk menghasilkan air dingin
yang
disimpan dalam tangki TES pada waktu malam, apabila keperluan beban
pendinginan
bangunan-bangunan telah tiada atau diberhentikan.
Pada waktu malam kadar
tariff eletrik yang dikenakan oleh Tenaga Nasional
Berhad adalah rendah. Oleh
itu ia dapat mengurangkan penggunaan
eletrik university.
Pada waktu siang air dingin yang disimpan, digunakan untuk member
pendinginan ke bangunan-bangunan.
Sistem loji ini juga direkabentuk untuk membenarkan sedikit daripada air
dingin
dari tangki TES disalurkan ke paip retikulasi bagi kegunaan pendinginan
bangunan yang memerlukannya pada waktu malam.
Sistem ini juga membenarkan mesin kokol menghantar air dingin terus ke
paip
retikulasi untuk pendinginan bangunan-bangunan tanpa melalui
tangki TES. Perkara
ini dilakukan ketika tangki TES
dalam proses penyelenggaraan.
Dalam keadaan pemintaan untuk tenaga pendinginan yang sedikit, tangki
TES akan membenarkan penghantaran tenaga yang disimpan
dengan menggunakan pam
tanpa
menjalankan mesin kokol.
Pada waktu puncak tenaga penyejukan dari mesin kokol dan tangki TES
digunakan
bersama untuk disalurkan ke bangunan-bangunan.
Dalam apa jua keadaan, kecekapan operasi loji dan keberkesanan kos
adalah
factor utama dalam menentukan sesuatu kaedah operasi. Ini adalah
untuk
menjamin loji yang dipasang memenuhi kehendak
rekabentuk bagi tujuan penjimatan
tenaga dan
pembangunan lestari.
....terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUDmontakzakaria