Monday, March 19, 2012

Catatan Perjalanan Di Kota Bharu Kelantan Mac 2012

...peserta bengkel semasa sesi ceramah..

Semalam iaitu kira jam 1 pagi lebih aku sampai rumah setelah 3 hari berada di sekitar Kota Bharu Kelantan kerana membuat rakaman video bengkel foto di sana. Hari ini aku cuti kerana letih sesangat dan ingin menyiapkan skrip video berkenaan (dah siap dah punnn...).
Aku ke Kota Bharu dengan dua orang lagi staf unit aku iaitu sdr. SHAHRUL FADLI & JASRIL AMRY (HANAMICHI). Kami bercadang untuk menerbitkan 2 buah penerbitan yang akan di YOUTUBE kan tak lama lagi. Aku fokus kepada bengkel foto sementara SDR. SHAHRUL & HANAMICHI akan fokus kepada seni budaya di KELANTAN.
Sebenarnya aku mempunyai satu peristiwa yang mungkin menggelitek hati aku sendiri kalau tidak menggeletek hati orang lain... iaitu semasa aku sedang merakam seorang penenun yang sedang menenun KAIN SONGKET. Setelah siap rakaman baru aku 'terperasan' di 'background' penenun tu terdapat beberapa helai coli lusuh pelbagai saiz tergantung di tempat sidaian betul-betul dibelakangnya. Mau tak mau aku terpaksa buat sekali lagi rakaman tersebut. Jadi ingatlah para 'videographer' hati2 dengan subjek-subjek yang menghiasi 'background' rakaman kita. Bagi kaum hawa pulak hati2 ler, jangan secara mudah menyidai 'penutup' hiasan tu di mana-mana jer...


Di Bandar Kota Bharu kami menginap di sebuah resort yang baru dibina dan masih tidak siap sempurna lagi berhampiran Pantai Cahaya Bulan. Kami merupakan di antara kumpulan pertama yang 'merasmikan' resort tu.

...baru sampai...

Selama beberapa hari kat sana tu, agak seronok juga melihat tempat orang lain. Kali pertama aku tiba di Kelantan lama dulu dah..... Masa itu kami membuat rakaman seni budaya di sana untuk projek pelajar ukm.

...cantik waktu pagi...
SKRIP VIDEO YANG DAH AKU SIAPKAN...

Apa makna fotografi? (dlm bentuk grafik & sound effect)

subjek 1 - Fotografi ialah seni.

subjek 2 - Fotografi ialah sains

subjek 3 - Fotografi ialah melukis dengan cahaya

subjek 4 - Fotografi ialah satu perkara yang membuang masa....jika kita tidak mempunyai minat

Begitulah beberapa perkara berkaitan seni fotografi. Walau bagaimanapun pandangan mereka, pencinta atau peminat seni fotografi semangkin meningkat dikalangan orang ramai khususnya kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini boleh dilihat melalui peningkatan jumlah peserta yang memohon untuk menyertai bengkel foto yang dianjurkan oleh UNIT LATIHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR UKM.

...cantik kan...

Pada kali ini iaitu dari 15 hingga 18 MAC 2012, Bengkel Foto telah dijalankan di Bandar Kota Bharu Kelantan. Bandar Kota Bharu telah dipilih kerana beberapa ciri yang dimiliki olehnya.

Bandar Kota Bharu Kelantan mempunyai keluasan kira-kira 200 Kilometer persegi dengan jumlah penduduk lebih kurang 450 ribu orang. Perkembangan bandar ini bermula dalam tahun 1844. Banyak lokasi menarik yang wujud di sekitar bandaraya berkenaan. Bandar ini juga telah menjadi pilihan untuk bengkel fotografi kerana ia kaya dengan warisan seni budaya yang tentu sekali akan menjadi subjek penting untuk dirakam oleh peserta bengkel.

Sepanjang berada di Kota Bharu para peserta bengkel telah mengambil peluang merakamkan pelbagai subjek-subjek yang menarik di sekitar bandar tersebut....Segala mercu tanda di sekitar bandar berkenaan telah diabadikan oleh lensa kamera mereka.

Pasar Siti Khadijah merupakan pasar yang terkenal di Bandar Kota Bharu ini. Segala barangan boleh ditemui di pasar ini. Pasar ini mempunyai 4 tingkat iaitu tingkat bawah menjual barangan basah, tingkat satu menjual barangan kering dan tingkat 2 dan 3 menjual barangan bukan makanan.

...resort...

Kesibukan aktiviti perniagaan di pasar ini tidak dilepaskan oleh peserta bengkel untuk dirakam. Segala subjek dicari dan segala sudut di segenap pasar ini diamati.

Uniknya pasar Siti Khadijah ini ialah kebanyakan peniaga yang berniaga di sini terdiri daripada kaum wanita. Satu lagi, ialah setiap kali masuk waktu solat aktiviti perniagaan dihentikan buat seketika.

Kelihatan para peniaga di sini sibuk melayan pelanggan mereka. Aktiviti perpindahan wang dan barang-barang dari tangan ke tangan sentiasa berlaku tanpa henti umpama ia menjadi denyut nadi pasar tersebut.


...Kota Bharu...

Di sudut mana sekalipun di pasar ini, kelihatan peserta bengkel foto mengintai subjek untuk dirakam. Mereka sabar menunggu saat dan ketika untuk merakam sesuatu yang mempunyai nilai estetika dalam seni fotografi.

Para peniaga tidak menghiraukan kehadiran peserta bengkel, seolah-olah mereka telah memahami kehendak peserta bengkel yang sentiasa mengintai ketika yang sesuai untuk membuat rakaman. Aktiviti perniagaan bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7 malam.

Selain Pasar Siti Khadijah yang sentiasa sibuk dan hidup dengan aktiviti perniagaan, sekitar bandar ini juga kaya dengan lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi. Di antara tempat-tempat tersebut ialah Istana Balai Besar, Istana Jahar, pusat beli belah, pusat kraftangan dan sebagainya.

Mungkin ramai pelancong yang datang dari luar Kelantan jika dilihat daripada kenderaan-kenderaan yang diletakkan ditempat-tempat letak kereta di sekitar kawasan ini. Pelawat juga kelihatan di mana-mana sahaja di lokasi menarik sekitar bandaraya ini. Mereka sentiasa mengabadikan kunjungan mereka ke sini untuk dijadikan kenangan setelah meninggalkan bandaraya ini. Segala informasi yang diperlukan boleh didapati melalui Pusat Informasi Pelancongan di sini.

...kota bharu...

Di Pantai Cahaya Bulan yang satu ketika dulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi, juga terdapat ramai juga pengunjung. Mereka mungkin berkunjung ke pantai berkenaan dengan pelbagai tujuan. Diantara kemungkinan kehadiran mereka di pantai ini adalah ingin melihat keindahan permandangan di sini.

Mungkin mereka juga ingin merasai tiupan bayunya yang nyaman atau ingin mendengar deruan ombak yang sentiasa patuh kepada kuasa pencipta yang sentiasa berlumba-lumba, berkejaran menghempas ke pantai.

Peserta bengkel tidak melepaskan peluang untuk merakamkan segala aktiviti yang terdapat di pantai ini. Aktiviti perniagaan juga rancak berjalan di pesisir pantai ini. Setelah penat mencari dan merakam subjek, peserta mengambil peluang berehat sambil menjamu selera dan membasahkan tekak yang kering dalam tiupan bayu Laut China Selatan. Daya kreativiti boleh tercetus di mana-mana dan pada bila-bila masa. Idea yang tercipta ini memang sepatutnya tidak dipersiakan dan sewajarnya diabadikan di kamera masing-masing.


....wah! asyik...lapar ker...

Berikutnya para peserta bengkel mula bergerak untuk mengunjungi kediaman seorang pakar dalam membuat hulu dan sarung keris. Sebelum itu mereka mengambil kesempatan merakam foto di gerai-gerai yang menjual pakaian batik yang beraneka corak dan rata-rata kelihatan cantik.

Di kediaman pakar membuat hulu dan sarung keris berkenaan, peserta tidak membuang masa dan terus membuat rakaman segala hasil ciptaan seni Encik Rashidee Hussein yang dipamerkan. Pelbagai soalan juga diajukan kepada beliau dan semua soalan dilayan dengan senang hati oleh Encik Rashidee. Melalui perbualan tersebut maka dapatlah diketahui bahawa beliau telah menceburi bidang berkenaan lebih daripada 20 tahun. Kepakarannya telah diwarisi daripada ayahnya. Sebenarnya tidak terdapat bukti khusus bila Keris dicipta. Menurut tulisan Stanfords Raffles, arca keris terdapat disebuah candi bertarikh 1361 di Jawa. Terdapat juga pendangan mengatakan keris Majapahit telah dicipta pada kurun ke 7. Menurut Encik Rashidee lagi pemilihan kayu untuk membuat sarung dan hulu Keris dibuat dengan penuh teliti serta memerlukan masa yang panjang.

...tempat buat keris..

Beliau juga pernah membuat sarung dan hulu Keris untuk seorang Sultan dengan bayaran ratusan ribu ringgit untuk tiga bilah Keris. Peserta bengkel banyak mendapat maklumat berkaitan Keris selama lebih kurang satu jam berada di kediaman En. Rashidee. Banyak juga subjek yang mereka rakamkan sepanjang masa mereka meluangkan masa berbual mesra dengan Encik Rashidee.

Sekitar Kota Bharu juga kaya dengan warisan seni yang lain. Pada waktu malam peserta bengkel telah menonton persembahan wayang Kulit di Kompleks Budaya sambil membuat rakaman foto persembahan seni tersebut. Persembahan Wayang Kulit berkenaan berlangsung selama kira-kira 2 jam.

Di sekitar Bandar Kota Bharu juga terdapat tempat membuat pelbagai jenis keropok termasuk Keropok Lekor. Kesempatan diambil oleh peserta untuk merakam proses membuat keropok ketika mereka berkunjung di salah sebuah tempat perusahaan keropok berkenaan. Perusahaan membuat keropok lekor ini telah wujud sejak lebih 30 tahun yang lalu. Setiap peringkat proses membuat keropok telah dirakam oleh peserta. Ada yang tidak melepaskan peluang untuk merasa keenakan keropok yang terdapat di sini


...pembuat keris...

Seterusnya peserta bengkel bergerak ke Kampung Laut dengan menaiki bot untuk berkunjung ke rumah seorang pemain Wayang Kulit dan pembuat patung wayang Kulit.

Perjalanan dengan bot untuk menyemberangi sungai mengambil masa selama lebih kurang 20 minit. Kami selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Di rumah berkenaan, para peserta merakam pelbagai subjek serta berbual dan mengajukan beberapa soalan. Pak Jusoh juga membuat demontrasi permainan Wayang Kulit tersebut. Di Kota Bharu Pak Jusoh merupakan salah seorang yang terkenal dalam seni Wayang Kulit ini. Wayang Kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang dari patung. Patung Wayang Kulit ini diperbuat daripada kulit lembu, kerbau atau kambing. Dikatakan juga Wayang Kulit Melayu Kelantan berasal dari Kemboja

Di Kampung Laut ini juga terdapat perusahaan membuat Serunding. Perusahaan ini telah wujud sejak lebih 30 tahun dan ia menghasilkan Serunding Daging, Ikan dan Ayam. Serunding ini juga telah mendapat pasaran yang luas di dalam negeri dan juga di luar Negara termasuk Ukrine. Proses membuat serunding ini mengambil masa selama lebih kurang empat hingga lima jam.

...pembuat kopok leko...

Di Kampung laut ini juga wujud perusahaan membuat dodol untuk jualan. Proses membuat dodol ini adalah dengan menggunakan mesin. Dengan menggunakan cara moden ini, dodol boleh disiapkan dalam masa tiga jam berbanding cara lama yang mengambil masa lebih kurang lima jam untuk disiapkan.

Dari Kampung Laut, peserta bengkel kembali semula ke Kota Bharu dengan bot yang sama untuk melawat di sebuah rumah yang menjalankan perniagaan membuat martabak yang dikenali sebagai Martabak Raja. Perjalanan dengan bot dikenakan bayaran tambang sebanyak satu ringgit untuk orang dewasa. Di rumah pembuat martabak ini peserta merakamkan apa saja yang mereka fikirkan mempunyai nilai seni disamping bertanyakan soalan-soalan kepada pengusaha perniagaan berkenaan. Menurut maklumat martabak tersebut boleh disimpan lama iaitu selama 4 bulan jika diletakkan dalam peti sejuk. Satu hari sejumlah lebih kurang 100 keping martabak dihasilkan yang dikenakan harga 13 ringgit sekeping. Martabak yang dihasilkan sentiasa habis dijual.

....bot di jeti...

Di Bandar Kota Bharu juga terdapat perusahaan menenun kain songket. Perusahaan ini juga telah bertapak agak lama. Menurut pekerja, selama 10 hari diperlukan untuk menyiapkan 2 meter kain songket ini.

...temubual pengusaha songket...

Terdapat sebuah galeri yang digunakan untuk mempamerkan pelbagai kain songket dan kain batik yang beraneka corak yang menarik dan pasti memukau pandangan mereka yang singgah di situ. Menurut pemilik perusahaan tersebut, harga kain songket yang termurah di situ ialah lebih seratus ringgit dan yang paling mahal ialah lebih kurang lima belas ribu ringgit harganya. Pasaran songket tempatan amat menggalakkan dan ada juga yang di eksport ke luar negara seperti Brunai.

Seterusnya peserta bengkel mengambil peluang menonton Dikir Barat di Pusat Kebudayaan di Kota Bharu. Mereka merakam segala yang terdapat di pentas dan juga dikalangan penonton. Persembahan Dikir Barat tersebut berakhir lebih kurang jam 11.00 malam. Dikir Barat merupakan satu persembahan muzikal. Mengikut sejarah persembahan Dikir Barat dimainkan oleh kaum lelaki sahaja. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat juga persembahan yang disertai oleh kaum wanita.


...dikir barat...

Akhir sekali peserta bengkel foto melawat kediaman seorang pakar membuat wau. Di sini kelihatan beberapa buah wau yang cantik dalam pelbagai saiz. Terdapat beberapa jenis wau yang dikenali sebagai Wau Bulan, Wau Burung Puyuh, Wau Jalak Budi, Wau Rakaku, Wau Burung dan Wau Merak.

Harga sebuah wau yang bersaiz kecil ialah lima ratus ringgit yang boleh disiapkan dalam masa 2 minggu. Sementara wau yang besar yang mempunyai harga lebih dua ribu ringgit yang mampu disiapkan dalam masa sebulan.

...persembahan...

Setelah puas menjelajah ke sekitar bandar Kota Bharu serta merakamkan pelbagai subjek dan alam sekitarnya maka semua peserta membuat pilihan foto-foto yang tercantik untuk dipersembahkan dihujung bengkel berkenaan. Setiap peserta mempersembahkan rakaman foto masing-masing serta diberi komen oleh fasilitator.

....sup ekor sebelum balik ukm..

Apa yang diharapkan daripada setiap bengkel yang dijalankan ialah bengkel ini diharap mampu mencetuskan kekuatan dan menunaskan rasa minat yang mendalam dikalangan peserta untuk menjadi jurufoto yang berjaya di masa hadapan.



....wah............















SELAMAT TINGGAL KOTA BHARU KELANTAN.....
terima kasih kerana sudi membaca...


daudmontakzakaria

Wednesday, March 14, 2012

15 - 18 mac 2012 - KOTA BHARU KELANTAN...




....FORUM: Bagaimana Meluahkan Kata Cinta....



...'LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN - LINGKARAN 2 UKM'...
merupakan suntingan terbaru 14 MAC 2012....


ANTARA 15 - 18 mac 2012;
aku akan berada di Kota Bharu Kelantan. Aku, sdr. SHAHRUL & JASRIL AMRY akan membuat rakaman video di KOTA BHARU. Kami ke sana untuk membuat rakaman BENGKEL FOTO anjuran Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Aku akan membuat rakaman berkaitan bengkel tersebut disamping tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar KOTA BHARU. Sementara sdr. SHAHRUL dan JASRIL AMRY akan menumpukan kepada rakaman video seni budaya di sekitar KOTA BHARU seperti mencetak batik dan sebagainya. Oleh itu diharapkan kami dapat menerbitkan 2 buah buah penerbitan bila balik dari KOTA BHARU nanti....InsyaALLAH...

Oleh itu ini mungkin merupakan tulisan di muka blog aku yang terakhir untuk minggu ni. Apabila balik dari Kota Bharu, mungkin aku akan menulis berkaitan perjalanan ke sana di muka blog ini bagi sesiapa yang sudi menatap muka blog aku ni....kalau sudi.... Malam ini juga aku upload ke YOUTUBE dua buah penerbitan video yang telah kami laksanakan. Iaitu LOJI PENDINGINAN LINGKUGAN-LINGKARAN 2 UKM yang telah 'di touch up' lagi...tangan aku ni memang gatai asyik nak 'touch up' video yg telah berkali-kali di 'touch up' ni...tah bila nak berenti...Sebuah video lagi merupakan FORUM AGAMA yang telah berlangsung di PUSAT ISLAM baru-baru ini. Moga-moga keduanya akan ditonton oleh mereka yang berminat dengan bahan video.... sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

daudmontakzakaria.

Tuesday, March 13, 2012

Rakam Loji Pendinginan Lagi...

...tangki TES...


HARI ini; 13 Mac 2012;
Kami membuat rakaman LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN-LINGKARAN 2 UKM. Sebenarnya dalam jadual, kami perlu merakamkan loji ini semalam, namun kerana cuaca semalam tidak berapa bagus, maka rakaman tersebut dilakukan hari ini. Sebenarnya penerbitan video LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN masih belum lagi disiapkan kerana beberapa masalah, pihak pelanggan kami belum meluluskan lagi skrip penerbitan yang mempunyai durasi di bawah 10 minit. Versi 17 minit sekarang ni masih dalam proses penyuntingan. Kami diminta untuk menyiapkan dua bentuk penerbitan iaitu yang mempunyai durasi 10 minit tanpa istilah teknikal dan versi 17 minit yang mempunyai istilah teknikal yang mungkin sesuai untuk mereka yang fokus kepada bahagian teknikal.

...sdr. shahrul sedang merakam tangki TES...

Walaupun cuaca hari ini jugak tidak berapa baik dan hanya terdapat sedikit saja langit biru tapi kami tiada pilihan lain, rakaman harus dibuat, bimbang esok cuaca akan mendung kembali. Kami bukan bomoh ujan yang boleh mohon alihkan ujan tuuuu....jadi terpaksalah mengintai ke langit sentiasa......


Kami bergerak ke loji lebih kurang jam 10 pagi, tiba di sana terus membuat rakaman Wide Shot loji tersebut. Aku ke sana dengan sdr. SHAHRUL dan KAMARUL....Apa yang harus kami fokuskan dalam aktiviti rakaman di sana ialah kerja pemasangan penebat pada dinding tangki TES atau THERMAL ENERGY STORAGE. Penebat tersebut bertujuan untuk mengelakan suhu air dalam tangki TES meningkat. Suhu air dalam tangki TES tersebut lebih kurang 4 darjah Celcius.


....sedang merakam panel penebat tangki TES...








....masih merakam...

Kami juga sempat merakamkan pekerja sedang mengangkat panel penebat dengan menggunakan 'crane' serta merakam mereka sedang memasang panel tersebut
ke dinding tangki TES. Kami tidak lama berada di lokasi tersebut, lebih kurang
satu jam kami pun bergerak pulang ke PENERBIT UKM. Aku terus
membuat penyuntingan video berkenaan. Aku gunakan
'footage' yang dirakam itu untuk 'touch up' penerbitan yang aku telah buat sebelum ini.
Kalau siap nanti aku akan cuba 'upload' suntingan terbaru ini ke YOUTUBE, jangan lupa menonton, berilah sokongan anda kepada aku. Sebagai insan berfikiran +ve, kita jangan kedekut dengan memberi pujian bilamana diperlukan....Jika ada accaount youtube... sila komen jugak tauuuu...


Waktu petang aku sambung lagi kerja suntingan tersebut dengan harapan boleh siapkan suntingan berkenaan petang tadi, tetapi....itulah, kita merancang ALLAH SWT jugak merancang malah rancanganNYA tentu sekali lebih utama, kan gitu...jadi dengan sekonyong-konyong(...ermmm...macam citer seram klasik lak.....) steno Ketua Penerbit bagi tau, aku perlu pi mesyuarat di PERMATA PINTAR....

...crane mengangkat panel penebat....

....mesyuarat tu TNC jadi Pengerusi...aku berada kat mesyuarat tu dari jam 3 hingga jam lebih 5 petang...mesyuarat tu membincangkan tentang PERASMIAN KOMPLEKS PERMATA PINTAR... tu jer ler....

.....jadi video suntingan aku tu terpaksalah di sambung esok...macamlah episod drama jer.....esok aku akan sambung kerja suntingan aku tuuuu...sampai siap...yes! wahai diri semangatlah engkau....Tak boleh tangguh lagi sebab dari 15 - 18 MAC 2012, InsyaALLAH aku akan berada di KOTA BHARU, KELANTAN untuk cuba hasilkan sebuah penerbitan video....tunggu, aku akan 'upload' ke YOUTUBE bila dah siap nanti....kami berazam untuk hasilkan penerbitan video sejumlah 10 penerbitan setahun......InsyaALLAH......
.........................................terima kasih kerana sudi membaca....sekiannnn...


daudmontakzakaria

INterFaith DIAlog...


MALAM TADI, 12 MAC 2012;
kami membuat rakaman Multiple Camera Production atau MCP program Interfaith Dialogue: Common Misconception in my religion.
Sebenarnya tugas ini baru saja diterima pagi hari yang sama...tugas tergempar....gitu ler lebih kurang...

...semasa dewan masih kosong...






....ketika bertugas....

Sebenarnya wakil pelajar yang menganjurkan program ini telah berjumpa aku pada hari Jumaat lepas. Dia datang cuma ingin meminjam LCD TV untuk tayangan multimedia
semasa program tersebut, katanya.....


Kami iaitu aku dan sdr. Shahrul ingin dia confirm kan betulkah hanya LCD TV saja yang diperlukan oleh penganjur kerana tahun2 yang sebelum ini program berkenaan kami yang rakamkan dengan MCP.

...krew dalam konti sebelum bertugas...







....rehat selepas berdiri lebih kurang satu jam
kat kamera dalam dectar...

Wakil pelajar tersebut tetap mengatakan bahawa mereka perlukan 2 buah TV LCD sahaja.
Oleh itu mahu tidak mahu luluskan jer ler 2 buah TV LCD tu sebab
'the customers are always right...'


Tiba2 pagi semalam 2 orang wakil pelajar datang dan minta dibuat rakaman MCP program tersebut. Tapi 2 wakil pelajar berkenaan bukanlah pelajar yang datang sebelum ni...

....dalam konti semasa program berlangsung...








...krew bilik audio...

Bincang punya bincang kami bersetujulah untuk membuat rakaman tersebut tetapi kami
tak berani memberi jaminan rakaman kami akan berjalan dengan baik sebab
bukan mudah untuk mendapatkan krew bantuan
dalam masa yang singkat.


Aku bersetuju atas dasar 'gunakan budi bicara'. Kalau mengikut peraturan tempahan mesti dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum program berlangsung. Dalam jangka masa yang demikian mudah untuk mencari krew bantuan....

....dalam konti...







....monitor...

Dalam masa yang singkat aku terpaksa mencari krew bantuan. Untuk mendapatkan krew
dengan cepat adalah melalui Facebook jer....Walau bagaimanapun cuma
beberapa orang jer krew bantuan yang sudi hadir membantu kami...


Bila tiba masa untuk membuat rakaman hanya 4 orang krew bantuan yang hadir. Oleh itu terpaksalah mereka kerja lebih sedikit malam tu...apa nak buat kan....


...monitor...








...monitor...

Semasa rakaman dibuat, dalam satu jam yang pertama aku bertindak sebagai
Pengarah Studio dan selebihnya sdr. Kamarul yang ambil alih
hingga program tersebut selesai...


Panel dalam program dialog tersebut ialah Bro. Shah Kirit, Sis. Yee Yong, Dr. M. Bala Tharmalingam, Dr. Low Boon Kia dan Doozhong Tan Hoe Chieow. Mereka merupakan wakil agama Islam, Budha, Hindu, Kristian dan Toeism. Moderator untuk program berkenaan ialah Ustaz Yusri Mohamad Ramli.

...salah drpd hadirin yang mengajukan soalan dalam dialog berkenaan...

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam rakaman MCP berkenaan terutama krew bantuan iaitu sdr. YUNUS MISDI, HJ. SULIMI ISMAIL, WATIE SHARIF & RUKAWA KHAEDER serta juga krew UAV sendiri iaitu sdr. HANAMICHI D' ALESENDRO, SHAHRUL FADLI, SITI SURAYA, KAMARUL BAHARIN & RAMLI ADNAN...seKIan...TERima KAsih KERana SUdi MEMbaca...
daudmontakzakaria

Monday, March 5, 2012

meLAka




HARI ini, 5 MAC 2012;
selesailah penerbitan video MELAKA Bandaraya Bersejarah (Bengkel Asas Foto Digital). Rasanya dah takde lagi benda yang perlu dikemaskinikan lagi. Sekarang sedang berfikir untuk mengintai peluang untuk ke luar membuat 'shooting' penerbitan yang baru pula. Aku harap dalam bulan ini ada peluang untuk sertai program bengkel yang mungkin akan ke Pantai Timur. Itupun jika aku tidak sibuk dengan rutin tugas rakaman MCP. Itupun jugak kalau aku diberi peluang untuk piii...

Sekarang ini juga sedang berfikir untuk belajar membuat penyuntingan dengan menggunakan 'software after effect'. Aku dah hubungi sebuah syarikat di Gombak untuk menghantar 'sebutharga' khidmat mereka mengajar 'software' berkenaan kepada 6 orang krew UAV. Aku dah minta, kalau tak silap minggu lepas, namun hingga sekarang aku belum terima apa2 berita, menarik dirikah mereka. Aku bercadang ingin minta mereka datang mengajar kami di BANGI. Buat masa ini kami membuat penyuntingan video dengan menggunakan 'software' Premear Pro CS4. Dikatakan 'After Effect' cantik untuk membuat 'teaser', 'montage' atau 'video clip'.

Aku juga sudah talipon FTSM untuk mengajar kami berkaitan 'software' berkenaan, aku nak tahu berapa bayaran yang dikenakan untuk 6 orang peserta. Jugak sampai sekarang tak dengar pun berita dari mereka, kenapa...?. Siti Suraya juga telah menghubungi sebuah lagi syarikat luar untuk tujuan yang sama, namun beritanya adalah sama, sampai sekarang mereka tidak memberikan sebarang respon, ermmm...apa masalah mereka...?

Masalah penerbitan video LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN juga masih belum selesai. Orang yang tertentu yang kata akan membuat temujanji untuk 'shooting' boss dia, masih tidak menghantar sebarang maklumat. Tak tau mengapa 'dia' senyap....ini menyebabkan tugas kami tidak dapat diselesaikan dengan cepat...aku sebenarnya tak suka dengan sikapnya yang 'karut' tu....opst!.

Apa-apapun diharapkan semuanya akan dapat diselesaikan dengan cepat....o.k terima kasih kerana sudi membaca....

daudmontakzakaria.

Sunday, March 4, 2012

Harta Yang Paling Berharga...


HARI ni, 4 MAC 2012; aku pegi ke Putrajaya untuk melihat Ekspo Buku Islam. Kalau tak silap hari ini merupakan hari terakhir...





...masjid putrajaya...






...bermula dari sini...

Sebenarnya aku takde punyai rancangan pun untuk ke sana. Rancangan secara
mendadak jer... Bila dalam kepala takde ape2 terus jer
terfikir untuk ke sana.


Banyak jugak buku-buku yang dijual. Sebenarnya maklumat dan ilmu boleh didapati dari mana2 sumber termasuk buku.Pada aku harta yang tak ternilai ialah ilmu.


....pintu masuk....







...ada ceramah pulak dalam ekspo ni....

Rayau punyer rayau dalam ekspo tu...akhirnya aku beli tiga buah buku, mungkin tak banyak namun cukuplah buat masa ini. Sekurang-kurangnya melalui buku tu dapat gak sedikit manfaat
untuk aku. Ada ketikanya minda kita perlu di 'update' kan supaya ia sentiasa relevan
dengan keadaan semasa.


Kita perlu ingat ilmu amat perlu kita 'update' kan. Salah satu caranya ialah dengan membeli buku dan menggali maklumat di dalamnya. Perlu diingat jugak ilmu ialah sesuatu yang amat bernilai. Jika kita tidak berilmu kita akan di kira seperti orang yang buta huruf.

...keadaan dalam ekspo...






....keadaan dalam ekspo...

Perlu gak diingat, Islam mementingkan ilmu. Melalui ilmu kita mampu meningkatkan keimanan kita.
Jika kita tiada ilmu yang digali dari pelbagai sumber, bagaimana kita nak mengenal agama,
jika ilmu tiada iman kita juga turut menjadi gersang dan tandus.


Aku sebenarnya merayau-rayau dalam ekspo tersebut untuk mencari apa2 buku yang mengaitkan bidang media dengan pandangan agama, atau media dengan Islam atau apa2 saja buku yang berkaitan penyiaran dan Islam seperti filem dan Islam dan sebagainya tapi tak jumpa buku yang bentuk demikian...

...suasana dalam ekspo...





...urmmmm...inilah buku2 yang aku dah beli...


Selesai membeli aku pun keluar dari ekspo dan balik ler...Aku sebenarnya malas berada dalam keadaan yang ramai dan sesak begitu lama, tak selesa...

...inilah putrajaya...

Akhirnya bagi pandangan aku...ilmu amat penting dan ia boleh dikutip daripada pelbagai medium. Melalui ilmu kita dapat mengenal agama dengan lebih jauh. ISLAM merupakan harta yang amat berharga...tanpa ISLAM kita takkan ke mana punnnn....


Sekian, terima kasih kerana membaca...
daudmontakzakaria.

Saturday, March 3, 2012

Malam Anugerah Seni UKM 2011


MALAM tadi, 2 Mac 2012; kami membuat rakaman video Multiple Camera Production 'Malam Anugerah Seni UKM 2011' di DECTAR.



...Sdr. Kamarul Baharin & Arenim...





Ia merupakan Anugerah Seni untuk tahun 2011 yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada penggiat seni UKM yang terdiri daripada kalangan pelajar dan staf ukm.


....pengacara...

Seperti biasa persiapan teknikal bermula pada waktu petang. Kami gunakan tiga buah kamera video. Malam tu ramai jugak krew bantuan hadir.


Antara objektif malam anugerah seni tersebut ialah untuk menghargai semua pihak terhadap bidang seni ukm serta memberi dorongan agar mereka menjadi lebih giat lagi dalam setiap program kesenian di ukm.



...pengumuman pemenang anugerah...




.....salah seorang penyanyi yang menghiburkan hadirin...

Malam anugerah tersebut diisi dengan nyanyian, nasyid, tarian, persembahan multimedia
dan sebagainya. Acara memotong kek sempena 40 tahun ARTISUKMA juga
turut diadakan...


VIP yang hadir malam tersebut ialah TNC HEPA yang diiringi oleh pegawai beliau.

...tarian...










....dalam konti...inilah kerja kami di belakang tabir...

Seperti biasa kami merakamkan perjalanan program berkenaan untuk dipaparkan di layar tayangan, ia seolah-olah seperti 'live' di mana sebarang kesilapan
yang besar mesti dielakkan...


Malam itu aku dan sdr. Kamarul Baharin bertindak sebagai PENGARAH STUDIO. Aku memegang tanggung jawab tersebut dalam masa lebih kurang 1 jam yang pertama sebelum diambilalih oleh sdr. Kamarul.

....krew bilik audio....








.....bilik audio...

Sebenarnya studio kami mempunyai dua buah bilik kawalan yang berasingan. Bilik Kawalan Utama yang menempatkan Pengarah Studio dan krew grafik dan switcher
terletak di bilik yang lain.


Sementara Bilik Kawalan Audio terletak di bilik yang lain. Masing-masing tidak mengetahui apa yang berlaku di bilik yang lain.

...penyanyi luar negara...








...di bilik kawalan utama selepas tamat giliran
kendalikan pengarahan...

Malam ini KREW BANTUAN yang hadir ialah CHEF, YUNUS MISDI, SAIFUL, JUNIOR MASTERMIND,KHAIDIR, WATIE, ARENIM, HAFIZ UKM KL,
HAJI SULIMI...ermmm....rasanya itu jer kut...

SELEPAS program tamat lebih kurang jam 11.00 lebih, kami masuk dewan untuk menikmati jamuan makan sebelum kami mengemaskan kabel-kabel kamera video dan sebagainya.













....nikmati makanan...

Kami selesai mengemaskan perlatan hampir jam 12.00 tengah malam waktu MALAYSIA.
Sebenarnya seperti ada sesuatu kekurangan dalam majlis anugerah tersebut...


Rasanya malam tu agak hambar, tak tau kenapa, tidak seperti yang berlangsung tahun lalu. Ada terdapat tetamu yang diundang untuk mengumumkan nama dan pemenang anugerah pun ada yang macam tak bersungguh-sungguh jer... Ada ketikanya macam suram jer suasana majlis tersebut.

Walau bagaimanapun mengkritik memang mudah daripada melaksanakan program tersebut, bukan begitu...?

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang bertugas serta terima kasih gak kepada urus setia yang memberi kami jamuan selepas tamat acara berkenaan...TERIMA KASIH semua....


Terima kasih kerana membaca....
daudmontakzakaria.