Hari ini aku nak cerita perkara berkaitan peribadi sikit yang tiada kaitan pun denga tugas aku. Ia adalah cerita tentang 'old friend' atau kawan lama. Kalau kita berkata tentang kawan lama, tentu masing masing akan terbayangkan rakan-rakan lama yang memang lama tak jumpa. Tentu ramai kan rakan-rakan lama kita yang tidak pernah berjumpa lagi seperti kawan ketika sekolah rendah, kawan ketika sekolah menengah dan kawan kita ketika belajar di IPT.
Ermmm....yang aku nak cerita sekarang ni ialah kawan rapat aku semasa belajar di IPT. Rakan tersebut tiba-tiba muncul dalam chit-chat di Facebook. Padahal dah lama dah kami tak pernah berhubung ermmm...mungkin dalam 10 tahun kut. Semasa itu aku belajar dalam jurusan Komunikasi di UKM. Dia merupakan rakan yang aku anggap memang rakan rapat ketika itu. Kami cuma berhubung melalui sms seketika selepas tamat pengajian pada tahun 2002 yang lalu.
Ini cuma gambar hiasan yang mencerminkan kedamaian....
Tak lama kemudia dian pun hilang entah ke mana dan tak dapat langsung berhubung dengan dia.
Tiba-tiba ketika aku menatap facebook, keluar box untuk chit-chat yang terpapar namanya. Ermmm...tak sangka aku boleh chit-chat dengannya setelah hampir 10 tahun aku tak dengar cerita darinya. Banyaklah juga yang kami ceritakan perkara terkini tentang kami. Itulah dalam dunia siber yang lebih canggih ini, memang benar dunia tanpa mengenal sempadan. Ermmm...terima kasih Alina Tiu semoga berbahagia dengan keluarga yang tersayang....
daud montak zakaria...