Tuesday, February 28, 2012

Filem & drama


FILEM dan drama merupakan sebuah seni yang diminati ramai. Bidang ini disukai oleh segenap lapisan masyarakat. Filem telah menjana berjuta-juta keuntungan untuk mereka yang menghasilkannya. Cuba renung kembali kutipan filem yang pernah kita ketahui iaitu ada yang mencapai hingga berjuta-juta. Hal ini tidak terkecuali dengan kutipan filem Melayu. Suatu ketika dulu untuk mendapat kutipan satu juta pun susah malah ada jugak yang hanya cukup modal. Sekarang ni lihatlah, ada kutipan yang telah mencapai hingga belasan juta.

Sejarah Filem Melayu bermula di Malaysia dikatakan sejak tahun 1938 dan judul filem pertama ialah filem 'Laila Majnun'. Suatu ketika dulu filem Melayu mencapai kegemilangannya iaitu semasa Tan Sri P. Ramlee. Berikutnya ia kembali merudum hinggalah dalam tahun 80-an. Tahun 2000 hingga kini filem Melayu kembali bernafas. Banyak filem Melayu mencatat keuntungan dan melegakan pembikin filem berkenaan.

Menghasilkan filem bukanlah satu tugas yang mudah. Ia melibatkan tugas secara berkumpulan. Ia juga memerlukan modal yang besar serta tenaga kerja yang bukan sedikit jumlahnya. Sebenarnya sebelum sesebuah filem ditayangkan kepada umum ia akan dipertontonkan kepada para wartawan dan jemputan khas. Sesi ini dikenali sebagai 'preview'. Semasa sesi ini juga pekerja filem serta pelakon juga turut serta. Preview amat penting kerana melalui wartawan yang dijemput mereka akan menghebahkannya kepada masyarakat. Ini akan mendorong minat penonton untuk menonton dan seterusnya keuntungan akan dikecapi oleh setiap yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan.

Walau bagaimana pun terdapat juga pengkritik filem menulis berkaitan sesuatu filem. Mereka akan mengkritik dari pelbagai sudut seperti cerita, skrip, pengarahan dan sebagainya. Bagi aku mengkritik filem dengan berbekalkan pena dan kertas atau sebuah komputer adalah lebih mudah daripada pembikin filem yang berbekalkan kamera, lampu-lampu, props, solekan dan sebagainya....
Sekian, terima kasih kerana membaca....

daudmontakzakaria

No comments: