Wednesday, July 29, 2009

Tugas hujung minggu

Hujung minggu ini iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan UKM akan membuat rakaman video MCP di DECTAR dan juga rakaman 'single camera production' di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang. Pada hari Sabtu kami akan membuat rakaman sebuah forum di DECTAR iaitu bertajuk Mengangkat Martabat Bangsa jam 8.00 pagi. Salah seorang ahli panelnya ialah Tun Mahathir Mohamed.

Aku telah menghantar surat ke jabatan-jabatan dalan UKM untuk meminta kerjasama krew dari jabatan lain untuk membantu dalam tugas rakaman tersebut dan diantaranya dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Islam, HEP, Fakulti Kejuruteraan dan lain-lain.





Pada hari Ahad pula iaitu 2 Ogos 2009, aku, sdr. Ramli dan mungkin juga Siti Suraya akan bergerak ke Lata Jarum, Raub, Pahang untuk membuat rakaman Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma yang telah beberapa kali kami kunjungi dan rakamkan. Ini merupakan permintaaan drp Prof. J sebelum ia menghantar surat rasmi ke Pusat Penerbitan. Jika kami benar2 pergi kesana, ini bermakna, ia merupakan kali yang keempat kami menjejak kaki di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang. Itupun jika tiada aral yang melintang.

Sementara satu grup krew video unit kami akan bertolak ke Langkawi pada 2 Ogos 2009 untuk membuat rakaman dan menyertai Bengkel Foto anjuran Pusat Penerbitan dan Percetakan yang akan berlangsung dari 2 hingga 5 Ogos 2009. Grup berkenaan terdiri daripada sdr. Kamarul, Ruhaizad dan Amry.


Selepas itu iaitu dari 15 hingga 19 Ogos, kami akan berkampung di DECTAR selama lima hari untuk membuat rakaman MCP Majlis Konvokesyen UKM ke 37. Hmmmm....nampaknye bulan Julai dan Ogos tahun ni amat padat dengan tugas-tugas rakaman video untuk kami. O.k jumpa lagi.....