Sunday, July 28, 2013

fASa 'proDUCtion' (rinGkas)

http://www.photoclubalpha.com/2009/10/01/sony-invent-3d-movie-hdtv-camera/
Selepas dirancang dengan sempurna ketika fasa 'pre-production', maka akan bergerak pula ke fasa 'production'. Jika telah dirancang dengan baik maka tiada masalah yang akan timbul walaupun masalah mikrofon tidak berfungsi. Jika terjadi sebarang masalah kecil seperti ini ia merupakan satu kesilapan yang tidak boleh diterima sama sekali. Perlu masuk kelas kembali kut!

Dalam penerbitan filem atau video,  'production' merupakan bahagian dimana proses merakam 'footage' dilakukan di lokasi. Tujuan 'production' adalah untuk merakam semua 'footage' yang diperlukan seperti dalam skrip. Krew yang ramai diperlukan dalam proses ini. Semua krew yang terlibat berkumpul termasuk pelakon, pengarah, make up artist, camera operator, sound engineer, lighting technician, dan sebagainya. 'Production' boleh dijalankan di dalam studio atau di luar studio.

Peralatan yang diperlukan antaranya ialah kamera, tripod, lampu, pita atau card, mikrofon, reflector, gel untuk lampu, dan sebagainya. Pastikan semua peralatan boleh berfungsi sebelum keluar untuk shooting. Pengarah merupakan individu yang bertanggung jawab semasa kerja-kerja shooting. Dia yang akan memberi semua arahan ketika kerja-kerja di lokasi.

Production melibatkan kerja-kerja kamera terutamanya. Kerja-kerja kamera ini biasanya melibatkan saiz-saiz shot, gerakan kamera, sudut kamera dan sebagainya. Saiz-saiz shot termasuklah wide shot, medium shot, close up dan sebagainya. Gerakan kamera pula biasanya pan, tilt, tracking, dolly dan sebagainya. Sudut kamera termasuklah eye level, high angle, low angle dan sebagainya.

Ketika shooting pastikan tiada sebarang subjek atau seumpamanya yang tidak diperlukan dalam frame sebelum butang rakaman ditekan.
Berhati-hati dengan cahaya semula jadi umpamanya cahaya matahari di belakang subjek yang di rakaman.
Gunakan tripod ketika shooting melainkan jika rakaman memerlukan imej shaky seperti gempa bumi.
Buat rakaman yang banyak untuk mengelakkan kekurangan footage terutama yang berkaitan dengan 'event'.
Berhati-hati dengan bunyi yang tidak perlu seperti bunyi hawa dingin dan sebagainya.
Jika menggunakan external microphone pastikan ia mempunyai windshield semasa shooting di luar.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.
DAUD.montak.zakaria