photo by google images...tq. |
Manusia dibahagikan kepada beberapa katogori dari sudut bercakap, berkata-kata
dan berbicara dan apa-apa yang seangkatan dengannya......
Ada manusia yang pandai berkata-kata dan pandai
buat kerja. Manusia ini jenis manusia
yang terbaik. Dia pandai berkata dalam bidang tugasnya.
Dia bijak bercakap berkaitan tugas yang dilakukan. Bukan hanya berkata
tapi dia melaksanakan apa yang dilakukan dengan baik
dan sempurna. Maksudnya apa yang dikata
sama seperti apa yang dilakukannya.
Ia tidak menambah ke dalam kata-katanya perkara yang
tidak benar sama sekali....................Bukan mudah
nak menjadi orang yang seperti ini,
orang yang cakap serupa
apa yang dibikin...
Ada jugak manusia yang pandai berkata-kata tapi apa
yang di kata-katakan tidak pandai pon diterjemahkan kepada tugas atau
kerja seperti apa yang dikatakan. Manusia sebegini hanya tahu
berkata-kata tetapi bila tiba masa turun ke lapangan
untuk menjalankan tugas...lebih banyak
jadi mandor, hanya memantau
apa yang orang lain buat. Bila timbul sebarang
masalah maka langsung tidak mampu untuk mengatasinya.........Kata-
katanya memang mudah mempengaruh orang lain. Orang
lain akan mudah beranggapan dia memang bijak
berkata-kata dan bijak jugak melaksanakan
tugas. Manusia katogori ini nak kata
kan ramai mungkin tidak..
nak katakan tidak ramai..mungkin tidak jugak.......Katogori ini
merupakan katogori manusia yang tak baik kot....
Manusia katogori ketiga pula merupakan katogori manusia
yang tidak pandai berkata-kata tapi dia mampu membuat kerja yang diharapkan.
Bila tiba bab berkata-kata, dia awal2 lagi da fail...kadangkala tak tau apa
yang cuba dikatakannya. Ia suka kurang berkata-kata dan lebih suka
buat kerja. Matlamat dia nak siapkan kerja dengan cepat.
Jika berkata-kata banyak tentu kerja tidak akan
siap dengan sempurna...tentu kerja
akan sangkut. Orang macam ini bila disuruh berkata-kata
tentu menjadi kelam kabut dan kalau boleh mahu sampaikan kata dengan
ringkas dan cepat. Manusia jenis ini sukar nak menyusun kata
kata mengikut tertib atau urutan. Kadang2 fakta
yang nak disampaikan tonggang
tebalik...................Rasanya manusia jenis ini
agak baik kerana mampu sempurnakan tugas yang diberi.........
walaupon fail berkata-kata...........
Katogori manusia yang keempat ialah manusia
yang tak pandai berkata-kata dan tak pandai jugak buat kerja. Apa yang disuruh
diterima dengan tanpa kata-kata. Bila ditanya kerja da siap atau belum..
tentu jawabnya belum sebab tak pandai buat kerja........
Jadi ini katogori manusia yang rasanya tak berguna jika
kita nak amik dia bekerja atau kekalkan
dia dalam jawatannya....
Jadi tepuk dada tanya iman...mana yang nak.......
....sekian dan terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria