SELAMAT BERPUASA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEMUA
Thursday, September 13, 2007
LATIHAN PELAJAR MEDIA & KOMUNIKASI
Selain membuat tugas-tugas rakaman video, kami juga memberi tunjuk ajar kepada Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi yang membuat latihan penerbitan video di Studio UKM. Mereka membuat latihan penerbitan Multipple Cameras Production untuk kursus pengajian mereka. Kursus ini diberi markah oleh pensyarah yang mengajar subjek berkenaan. Di sini pelajar didedahkan dengan tugas-tugas penerbitan seperti dalam sebuah studio televisyen yang sedang keudara secara langsung.
TUGAS DI ISTANA SERI MENANTI
Pada 19 hingga 20 Ogos 2007, Unit Audio Visual telah bertugas di Istana Seri Menanti. Tugas kami ialah menyediakan perkhidmatan TV Litar Tertutup semasa penyampaian Bintang-Bintang dan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan. Perkhidmatan ini diperlukan oleh pihak istana kerana terdapat bilangan tiang-tiang yang banyak dalam Balairong Seri tempat upacara berkenaan dijalankan. Tiang-tiang berkenaan menghalang sebahagian besar mereka yang menyaksikan upacara tersebut berlangsung. Tugas ini kami lakukan setiap tahun iaitu tiga kali setahun. Ini merupakan tugas yang besar seperti juga majlis konvokesyen kerana Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalah Canselor Universiti Kebangsan Malaysia.
Majlis bermula dengan ketibaan Undang2 Luak dan diikuti oleh ketibaan Menteri Besar N.Sembilan. Akhir sekali ketibaan Yang DiPertuan Besar N. Sembilan serta kerabat2 DiRaja. Selepas upacara tertentu dan ucapan2 maka penganugerahan pun bermula hingga selesai. Setelah selesai para hadirin dijamu dalam satu majlis santapan bersama Yang Di Pertuan Besar di dewan santapan sambil dihiburkan dengan nyanyian penyanyi jemputan. Majlis tersebut berakhir lebih kurang pukul 2.00 petang.

SEJARAH STUDIO UKM
STUDIO UKM DIWUJUDKAN PADA TAHUN 1993 DAN DIRASMIKAN OLEH MENTERI PELAJARAN PADA MASA ITU DATUK DR SULAIMAN DAUD. TUGAS-TUGAS YANG DILAKUKAN OLEH STUDIO INI IALAH MEMBUAT RAKAMAN MULTIPLE CAMERAS PRODUCTION UNTUK MAJLIS-MAJLIS SEPERTI KONVOKESYEN, PERHIMPUNAN PELAJAR,MINGGU MESRA MAHASISWA BARU, MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA PELAJAR PUSAT PENGAJIAN MEDIA & KOMUNIKASI UKM SERTA LAIN-LAIN PROGRAM YANG DILAKSANAKAN DI DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Subscribe to:
Posts (Atom)