Sunday, February 21, 2010

Kerje...kerje...kerje...

Peralatan MCP(2 kamera jer...) untuk rakaman berkenaan.

12 Februari 2010 yang lalu kami diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman MCP
dengan menggunakan 2 kamera semasa Pelancaran Buku Geoforest-Langkawi
di Bilik Senat UKM.


Persiapan teknikal telah kami siapkan pada 11 Februari 2010 dari waktu petanghinggalah ke malam.






Persiapan Bilik Senat, UKM.






Tugas kami ialah membuat rakaman dalam Bilik Senat dan dipancarkan melalui LCD Projektor ke Bilik Majlis bersebelahan dan juga dipancarkan ke Dataran Canselori di Groung Floor bangunan Canselori berkenaan.



Hadirin menunggu ketibaan tetamu VVIP







Selain daripada itu kami juga merakamkan ketibaan KDYMM Sultan Kedah di foyer yang kemudiannya dipancarkan ke Bilik Senat dan Bilik Majlis untuk tontonan hadirin dalam ke dua-dua bilik terbabit.



Selepas bertugas kami pergi menjamu selera di Bilik Bankuasi...Ermmm...lapor nampaknyer mereka berdua ni......




Sdr. Shahrul dan sdr. Kamarul Baharin....
sdr. Kamarul dah kenyang kut...

Majlis Pelancaran Buku Geoforest tersebut telah dilakukan oleh KDYMM Sultan Kedah. Turut sama semasa pelancaran berkenaan ialah Tun Dr. Mahathir sebagai tetamu kehormat.



Tugas tersebut telah kami lakukan dengan baik dan sempurna. Krew yang terlibat ialah sdr. Ramli Adnan, Shahrul, Kamarul baharin Supaat, Siti Suraya, Jasril Amry dan aku sendiri.

Selepas ini terdapat lagi tugas-tugas lain yang harus ditangani iaitu Latihan MCP Pelajar Pusat Pengajian Media, Persembahan Seni 1 Malaysia, penerbitan video untuk UKM-MTDC dan sebagainya lagi.......

Sedang menikmati makana, sdr. Jasril dan Ramli Adnan...

daud montak zakaria...
9.00 pagi, 21 Feb. 201