Friday, October 25, 2013

Letihnyer kerana konvo 41...

JAM lebih 8.00 malam tadi baru jer tiba rumah. Memang rasa letih sesangat tapi...
bukan aku sorang jer yang letih...kawan2 aku gak letih jugak...
Hari ini tiba DECTAR sebelum jam 7.00 pagi...
kemudian tiba pula sdr. SHAHRUL...


Kami pasang dua buah kamera dan letakkan tv di tempat-tempat yang perlu dalam dectar.
Hari ini ada raptai penuh Konvo Ke-41 UKM di Dectar.
Persediaan peralatan amat perlu disiapkan
lebih awal........

  
Pagi ni jugak krew PTM turut memasang perlatan untuk 'touch card' untuk nama graduan
yang akan di papar di layar tayangan. Begitu juga dengan krew streaming.
Mereka turut serta memasang perlatan yang perlu...


Krew MCP ada sebilangan yang hadir, mana2 yang berkesempatan. Krew jelas juta juga
datang menyiapkan peralatan mereka. Semuanya bertugas, kerana waktu petang
ada majlis pemakaian jubah pHD kepada pelajar PHD oleh
penyelia mereka. Semua tugas teknikal perlu di
siapkan awal pagi.
Waktu petang majlis pemakaian jubah
dijalankan....tension masa ni kerana sesuatu perkara yang
tak perlu akau catat di sini. Disebabkan krew tak cukup, aku bertugas mengendalikan
kamera DUA di pintu masuk utama. Aku duk kat sini dari jam 3.00 - 
5.00 petang. Tamat majlis kami masih terus di studio
kerana untuk menyelesaikan masalah
CCTV. Sementara krew
Jelas Juta selesaikan masalah kamera tanpa wayer atau 
RF Camera yang masih belum selesai. Tugas kami dan tugas mereka siap lebih
kurang selepas waktu maghrib sebelum masing2 balik ke teratak 
masing-masing. Esok kena tiba di dectar sebelum jam
7.00 pagi, harap tiada halangan...harap jugak
tugas kami sepanjang konvo ke 41 ni tiada sebarang masalah walau sebesar zarah,
IN SYAA ALLAH....tolong sama2 doakan kami k....?
Aku nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada semua krew yang terlibat
seperti YUNUS MISDI, NAZIRUDDIN, YAN, ANIM, HASNAH, JI,
JAMALUDIN SABRAN, SHAMSUL, SHOHAIMI, WATIE,
NAJWA, SIA AISYAH, ZULHIM, KREW JELAS 
JUTA, SHAHRUL, RAMLI, JASRIL dan KAMARUL....MAAF BEBANYAK kepada
mereka yang terlupa aku nak catat kat sini.........
opst! tidak terlupa kepada FIRE atau FAIRUL SURIAN dari KERAJAAN
NEGERI JOHOR yang sanggup membantu dengan sukarela....tQ.

*hari ni baru tau set untuk rf camera beharga lebih 400 ribu.....hanya untuk sebuah
kamera jer kut....haih....

....terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria