Saturday, February 10, 2018

La da Penutup SUKIPT rupanya...

Hari ni SABTU, 10 Feb. 2018, hari cuti ni....hari duk kat umah....huhuhu..tapi kami
dari team Unit Audio Visual kena buat rakaman MCP
Majlis Penutup SUKIPT 2018 yang dijalankan di
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL
RAZAK UKM....


kami ada krew baru...
Lebih kurang jam 11.30
pagi aku bergerak ke ukm atau lebih tepat
studio ukm. Sampai je aku tengok sdr. SHAHRUL sudah pun berada
lebih awal di sana. Dia terlebih dulu bawak kabel kamera ke dalam dewan untuk
dipasang di sana. Aku bawak tripod masuk ke dewan. Bila siap
aku duk dalam studio. Kemudian Kamarul pun sampai
dan kami pasang kamera. Sdr Ramli dan Jasril
sampai studio. Sdr. Ramli uruskan
audio.


sdr. ramli
Aku dengan sdr. Kamarul
menghadapi masalah berkaitan kamera. Kamera 2 tidak
berfungsi. Jenuh la kami usaha untuk membuatkannya berfungsi...gagal gak.
Kemudian kami tukar dengan kamera yang lain...uji beberapa
kali nampak macam ok je. Kemudian aku masuk
studio untuk cek visual di monitor.
Semua kamera ada imej di
monitor....
Tapi bila aku switch ke kamera
2 .......program out tiada pulak dah...blank je monitor tu...
Sudahnya aku masukkan sumber kemera 2 ke CCU 4...hermmm...baru
ada imej di monitor...jadi macam CCU je yang bermasalah....
Tah pape la alat ni....ermmmm....tak taulah sampai
bila sistem ni boleh bertahan lagi....
Apa yang aku harapkan alat ni tak meragam masa program yang  besar
besar seperti konvo dan sebagainya.....

sdr. kamarul & aku...
aku & jasril


Tak lama kemudian jurufoto, IKHWAN
HASHIM tiba di studio...dia ditugaskan untuk membuat liputan
foto penutup sukan tu. Kemudian tiba pulak suraya....puteri diet tu...opst!
Dia terlibat dalam media sosial yang akan buat liputan untuk
media sosial resmi ukm....perkataan yang aku
dengar darinya...'LAPAR'.........mungkin
belum isi perut kut....
Kemudian muncul pulak ANIM...wartawan PKK yang akan buat liputan 
berita majlis berkenaan. Majlis penutup tersebut bermula
lebih kurang pukul 3 kut...lupa nak tengok jam...
Encik HAZRUL pun berada di studio
hari ni. 
Memang sah rezeki tu kurniaan PENCIPTA...Cadang nak amik kfc...
hermmm...tah la...mungkin tiada rezeki
kut.....takpe la kannnnn...........

sdr. shahrul...ikhwan dan jasril....
...ni tengah hebat bincang masalah dunia ni...


Masa rakaman mcp
bermula, semua da ada kat posisi memasing.
Jurukamera ialah sdr. KAMARUL, SHAHRUL dan JASRIL. 
Sdr RAMLI jaga audio sementara SITI SURAYA bantu grafik sekejap
 sebelum dia terlibat dengan tugas media sosialnya. Dalam
konti masa ni ramai pulak yang ada iaitu ANIM, SURAYA 
dan YAN. Terima kasih la...tak la aku sunyi sensorang macam yang biasa tu...huhuhu...Pengarahan aku yang buat
walaupun bukan la pandai sangat pun...bole la daripada tak buat langsung
...huhu...

t - shirt ni beli sendiri.....
Majlis berkenaan di isi dengan persembahan ARTISUKMA UKM, dan 
persembahan TOMOK....meriah nampaknya bila TOMOK
berada atas pentas. Kemudian ucapan perasmian
oleh TAN SERI LPU UKM.
Kemudian  diadakan penyampaian
hadiah kejohanan iaitu antaranya OLAHRAGA dan OLAHRAGAWATI
SUKIPT 2018 dan sebagainya lagi. Juara keseluruhan kejohanan
ialah UPM dan diikuti oleh UITM ...ketiga Politeknik......sementara UKM
dikedudukan ke 10............

dia orang tak ajak wefie...aku wefie sendiri la....
anim tak bersedia tuuuu.......tengah beri tumpuan pada ucapan perasmian...
Bila tamat je program tersebut kami kemas semua peralatan. Ini mungkin
MCP terakhir kami di DECTAR kerana dewan ini akan
ditutup sehingga majlis KONVO bulan OKTOBER akan datang kut...tak pasti....
untuk tujuan penyelenggaraan.....

Tan Seri Dato' Seri Dr. IBRAHIN SAAD, Pengerusi LPU UKM..




Jadi semua kamera aku simpan dalam peti kalis lembab...lama tu
kami tak ada rakaman mcp di studio ukm......
Aku nak ucap terima kasih kepada semua krew yang
bertugas dengan aku iaitu sdr. RAMLI, SHAHRUL, KAMARUL dan
 JASRIL. Terima kasih gak kat Su sebab kendalikan grafik seketika ...terima kasih gak kepada anim dan yan yg turut berada di konti dan terima 
kasih kepada semua yg lain yg tak tau nak namakan di sini...... 
Jumpa lagi dekat dekat nak konvo nanti untuk
 bertugas bersama lagi dalam keje keje MCP ni......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria