Saturday, July 7, 2012

SKrip MAh MEri.

*credit untuk google images.

HARI ini jugak sempat aku merombak kembali SKRIP masyarakat MAH MERI yang telah
aku tulis sebelum ini. Sebelum ini memang skrip tu dah siap namun selepas
berkunjung ke PULAU CAREY pada 1 JULAI 2012 lalu
aku ambil keputusan untuk merombak kembali
skrip berkenaan.
Di bawah ini adalah skrip tersebut. Ini bukan bermakna ia tidak akan
dirombak kembali, mungkin dalam masa terdekat akan
dirombak untuk kali yang terakhir. Itulah
yang dinamakan skrip, ia akan
dirombak beberapa
kali hingga
puashati.


Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih kurang 200 ribu orang asli yang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Daripada tiga kumpulan ini orang asli terbahagi kepada 18 sub etnik yang berdasarkan kepada bahasa dan adat resam.

Pulau Carey terletak dalam daerah Kuala Langat Selangor. Ia mempunyai keluasan 32 ribu ekar iaitu kira-kira 1/5  pulau Singapura. Pulau carey dipisahkan dari tanah besar oleh Sungai Langat. Sebuah jambatan di Teluk Panglima Garang merupakan jalan penghubung ke Pulau Carey. Pulau Carey mengambil nama sempena nama Valentine Carey seorang pegawai Inggeris di zaman penjajah.
Sekarang, hampir keseluruhan Pulau Carey diliputi ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation.

Pulau Carey didiami oleh orang asli daripada suku Mah Meri. Terdapat lebih kurang 1,400 orang daripada suku ini tinggal di lima buah kampung di sini. Kaum ini diberi pelbagai kemudahan termasuk sekolah. Keadaan kampung mereka lebih kurang sama dengan kampung-kampung yang terdapat di tempat lain.

Sekarang, di Kampung Bumbun iaitu salah sebuah kampung masyarakat Mah Meri, terdapat perkampungan budaya Mah Meri. Ia dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Ia ditutup pada hari Isnin. Pelancong boleh mengetahui pelbagai perkara berkaitan Mah Meri di perkampungan budaya ini. Di perkampungan budaya ini juga terdapat sebuah galeri yang mempamerkan pelbagai bahan-bahan berkaitan masyarakat Mah Meri.

Suku kaum Mah Meri masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Masyarakat Mah Meri mengadakan upacara-upacara di rumah yang dinamakan Rumah Moyang yang terdapat di sini. Di sinilah mereka mengadakan upacara-upacara pemujaan. Di antara tujuan mereka masuk ke rumah moyang ini ialah untuk memohon sesuatu. Suku kaum Mah Meri percaya rumah moyang merupakan tempat bermulanya nenek moyang mereka bertapak. Mereka juga mempercayaai bahawa roh nenek moyang merekalah yang menjaga kesejahteraan kampung yang mereka diami. Terdapat ukiran-ukiran patung di luar rumah moyang kaum Mah Meri ini.

Dalam adat perkahwinan, suku Mah Meri mempunyai adat yang tidak jauh berbeza denagn orang Melayu. Dalam suku kaum Mah Meri terdapat  adat merisik, menghantar tanda dan majlis perkahwinan. Namun dalam adat perkahwinan mereka, wali merupakan bapa saudara. Bapa tidak boleh menjadi wali dalam adat perkahwinan mereka.

Dalam majlis persandingan masyarakat Mah Meri, pengantin dipakaikan dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kayu terap. Segala upacara persandingan pasangan akan diketuai oleh Tok Batin masyarakat tersebut.

Selepas upacara persandingan pasangan pengantin dikehendaki mengelilingi gunung sebanyak 7 kali sebagai bukti kesetiaan pasangan untuk menempuh dugaan dalam kehidupan mereka.

Dalam upacara perkahwinan Mah Meri juga terdapat upacara mandi bersama yang boleh disertai oleh lima orang ahli keluarga. Upacara ini adalah sebagai simbolik bahawa pasangan sanggup bersusah senang bersama dalam menempuh laluan kehidupan.
Majlis keramaian majlis perkahwinan suku Mah Meri ini berlangsung selama tiga hari dua malam di rumah penganti perempuan.

Seterusnya, masyarakat Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey ini terkenal dengan seni kraftangan mereka yang unik dan penuh dengan nilai estetika. Kraftangan yang dihasilkan adalah dalam bentuk anyaman dan ukiran kayu. Dalam masyarakat ini anyaman merupakan satu perkara yang mesti ada. Anyaman-anyaman daun nipah akan ditemui di mana-mana saja dalam masyarakat Mah Meri antaranya dalam
majlis perkahwinan, persembahan kebudyaan dan sebagainya.

Di Kampung Bumbun ini terdapat beberapa bengkel membuat ukiran kayu. Bengkel-bengkel
ini dimiliki oleh individu yang mendiami perkampungan ini. Ukiran-ukiran mereka mendapat perhatian pelancong-pelancong luar. Ukiran-ukiran tersebut adalah terdiri daripada topeng-topeng dan patung-patung. Menurut pengukir ini, dia mewarisi seni ukiran ini daripada bapanya. Menurutnya lagi sebuah ukiran mampu disiapkan dalam masa sebulan. Sebuah ukiran boleh dijual dengan harga diantara 2 ribu hingga 3 ribu ringgit Malaysia sebuah.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui pelbagai perkara berkaitan orang asli di Semenanjung Malaysia, boleh berkunjung ke Muzium orang Asli di Gombak. Muzium ini terletak lebih kurang 20 kilometer  dari Kuala Lumpur. Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifek orang asli sehingga yang berusia lebih daripada 600 tahun.
Di muzium ini pelawat akan dapat mengetahui segala perkara berkaitan orang asli iaitu asal-usul, kesenian, pakaian, alat muzik, alat untuk pertanian, perangkap serta ubatan tradisional orang asli.

Terdapat juga sebuah hospital orang asli di Gombak. Hospital ini dibuka selama 24 jam. Hospital ini menyediakan kemudahan ambulan untuk membawa pesakit dari kawasan mereka. Ada ketikanya helicopter juga digunakan untk membawa pesakit dari sesebuah kawasan. Kebiasaannya pesakit yang dating ke hospital ini ditemani oleh saudara mara tidak kurang daripada 10 orang. Mereka lebih yakin apabila ditemani oleh keluarga datang  untuk mendapatkan rawatan di hospital ini.

....sekian....dan terima kasih kerana sudi membaca...

DAUDmontakzakaria

FLOria 2012 d' PUTrajaya.

 ...ALLAH AKBAR...

HARI ini aku nak tulis perkara yang bukan berkaitan tugas aku yang
biasa dalam hal video. Hari ini aku cuba untuk lari daripada
memperkatakan berkaitan video. Hari ini tanpa 
rancangan aku pi FLORIA 2012
di PUTRAJAYA.

 ...pintu gerbang...

Buah hati aku pujuk aku pi sana sebab dia nak beli bunga yang dia suka.
Nak taknak aku turut jer kemahuannya maklumlah kalau takde
dia sapelah lagi nak curahkan cinta kat aku , kan gitu?

 ....jualan selain bungan...

Sebenarnya aku tak minat sangat dengan suasana yang sibuk ni, tu sebab
jarang aku dijumpai sape2 kat tempat-tempat yang sibuk macam tu.
Tapi aku turutkan gak, dengan niat yang ikhlas, bukan 
terpaksa.....

 .....sibuk sangat...tak suka...tak suka...

Sampai sana memang ramai sangat orang kat sana, macam-macam rupa macam-
macam penampilan. Kami pi masuk khemah yang mempamerkan 
pelbagai hiasan bunga. Aku cuba rakam foto tapi macam 
tak cantik jer....bukan bunga tu, tapi foto
yang aku rakam tu, maklumlah
kamera handphone.
Tu sebab ada rakan sekerja taknak aku rakam ngan kamera handphone,
dia suka rakam fotonya dengan kamera yang besar-besar jer,
kamera handphone tak main ler...opst! itu
andaian aku jerrr....maaf...

 .....ni lagi...

Setelah puas jalan kat dalam khemah bertutup yang sejuk tu, kami pun
keluar menuju tempat gerai-gerai jual bungaan. Kasih hati aku
tu beli 3 pokok bunga orkid dalam pasu dan juga
bajanya sekali...Selesai jer
kami terus gerak...

 ....cantik ker....?

Aku bersyukur gak kekasih hati aku tu taknak lama-lama jugak
kat tempat tu...

 ...bunga-bunga...

Sebenarnya kami tak merayau jauh pun tapi hanya gerai gerai bungaan kat sekitar tu
jer....gerai-gerai lain tak pi pun...

 ....orkid...

Tu lah pompuan kan....mesti suka sangat ngan bunga-bunga ni...tapi 
aku sikit pun tak tersentuh dengan kecantikan bunga-bunga
ni....
...bunga lagi...

Bila sampai ke kereta, aku rasa lega sangat kerana terlepas daripada
suasana sibuk yang aku tak suka sangat walaupun bukanlah
sesibuk mana sangat pun......

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.