Tuesday, November 10, 2009

The 1st International Visual Informatics Conference 2009 (IVIC'09)


Hari ini 4.00 petang, selepas mesyuarat Konsert DiRaja, aku bersama krew video pergi ke Hotel Equatorial untuk membuat pemasangan alatan audio video untuk rakaman MCP dan juga cctv di sana. Ia adalah untuk majlis perasmian 'The 1st International Visual Informatics Conference 2009 (IVIC'09)' yang akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Datuk Khalid Nordin.
Konferen ini adalah anjuran Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat atau FTSM.

Sdri. Siti Suraya sedang merakamkan peralatan yang akan ditinggalkan.

Kami diminta oleh pihak FTSM tersebut untuk membuat rakaman berkenaan. Tugas yang akan dilakukan esok tidaklah susah sangat. Kami cuma diminta merakamkan semasa Menteri berkenaan masuk ke Bilik VIP kemudian dari bilik VIP, masuk ke dalam dewan konferen untuk majlis perasmian. Di luar dewan akan dilakukan oleh Kamera Satu. Semasa menteri masuk ke dalam dewan, Kamera dua pula akan 'take' dan 'follow' hingga ke pentas. Ini akan di lakukan dengan menggunakan Kamera dua yang berada dalam dewan di bahagian belakang. Sebuah lagi kamera akan berada berhampiran pentas yang akan 'cover' semua VVIP dan hadirin serta juga mereka yang berada di pentas dengan dibantu oleh Kamera Dua yang berada di belakang. Semua rakaman berkenaan akan di pancarkan secara 'live' di layar di kiri dan kanan dewan berkenaan.

Peralatan yang kami bawa tidaklah banyak cuma sebuah video switcher, sebuah kamera DVCam, dua buah kamera DX100 Panasonic, sebuah recorder yang mempunyai 'hard disc' sebagai alat rakaman, tiga buah tripod dan dua buah monitor serta kabel-kabel audio dan video. Kerja hari ini taklah sukar sangat cuma pemasangan alatan serta kabel-kabel dan pastikan audio dan visual keluar. Selepas semuanya selesai dan sempurna, kami semua pun balik ke pejabat dan seterusnya ke rumah. Esok pagi kami mesti berada di sana sebelum jam 8.00 pagi. Krew cuma 5 orang saje untuk rakaman MCP esok hari....Harap jangalah berlaku apa-apa yang tidak diingini...

daud montak zakaria...