Monday, November 2, 2009

Catatan Ekspedisi Foto d' Taman Negara....

Petang tadi jam 7.20 malam, 2 November 2009, aku baru tiba di rumah setelah beberapa hari berada di Taman Negara.
30 OKTOBER 2009;
Kami bertolak ke Jeti Kuala Tembeling, Pahang dari UKM jam 7.00 pagi. Tiba di jeti lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Dari sana kami menaiki bot bergerak menuju ke Kuala Tahan.

Sdr. Kamarul Ariffin sedang merakam foto sdr. Rosly Miskam sebelum turun ke Jeti Kuala Tembeling, Pahang untuk menaiki bot.





Sebelum menaiki bot di Jeti Kuala Tembeling, peserta ekspedisi menikmati minuman pagi di Kuala Tembeling walaupun jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari kerana ramai dikalangan kami belum lagi menikmati minuman pagi sejak bertolak dari UKM, eh! betul ke bertolak? Bila pulak nak sampai kalau bertolak....

Jeti Kuala Tembeling, Pahang.







Perjalanan dengan bot menuju ke Kuala Tahan dikatakan memakan masa selama lebih kurang 2 jam 30 minit jika ke hulu tetapi memakan masa 2 jam dari Kuala Tahan ke Jeti Kuala Tembeling.
Perjalanan ke Kuala Tahan agak meletihkan kerana lebih 2 jam hanya duduk dilantai bot yang hanya dilapik oleh kusyen yang nipis. Kaki juga terasa kebas sebab kaki tak boleh bebas. Di kiri kanan tebing cuma permandangan hutan dan sekali sekala adalah juga kampung. Bot-bot banyak kelihatan di tebing sungai, mungkin pengangkutan utama di sini hanya bot. Itu cuma pandangan aku, namun sebenarnya aku pun tak tahu .
Sdr. Hazrul dan sdr. Ismail di atas bot...ermmm...takkan di bawah bot pulak kan...



Lebih kurang jam 4.00 petang kami pun sampai di jeti Kuala Tahan. Kami memunggah semua beg-beg yang di bawa dari bot ke jeti.
Semua urusan resort dan pengangkutan dikendalikan oleh Sdr. Ismail. Kami memuatkan semua beg-beg ke dalam van untuk di bawa ke resort iaitu Rainforest Resort.

Van yang membawa kami ke Rainforest Resort.







Kami semua 'check in' dan memasuki bilik masing-masing. Namun sebelum itu kami diminta untuk berkumpul jam 4.30 petang untuk satu lawatan ke kampung orang asli dengan dipandu oleh seorang pemandu pelancong, lupe pulak namanya...tapi anda semua boleh cari namanya di facebook iaitu 'Atan Umbut Tarmizi', agaknyalah....aku pun belum cari lagi..


Sdr. Kamarul sedang membawa beg dan peralatan video ke bilik.






Disebabkan keletihan yang amat sangat kami terlambat daripada kumpulan lain untuk berkumpul untuk membuat lawatan ke kampung orang asli berkenaan.
Namun begitu itulah kali pertama dan terakhir kami lewat dan selepas itu kami yang seramai tiga orang ini tak pernah lewat sehingga ke akhir ekspedisi.....ermmm...puji diri sendiri ni...

Inilah lobby resort tersebut.







Dengan menaiki bot kami bergerak ke hulu sungai untuk membuat lawatan ke kampung orang asli.
Tiba di sana kami disambut oleh Tok Batin dari suku kaum Batek. Di sana kami diberi penerangan berkaitan kaum Batek ini oleh pemandu pelancong.
Para peserta ekspedisi sibuk merakam foto di sekitar termasuk unit audio video..
Bos kami, Prof. K ingin mencuba menggunakan alat sumpitan.







Antara yang dapat aku peroleh berkaitan suku Batek ini ialah;
-seseorang ahli suku bila mati akan ditanam jika berumur 10 tahun dan akan diletakkan di atas pokok jika lebih daripada usia 10 tahun. Tinggi di pokok bermakna dekat dengan darjat yang tinggi atau mulia.
-perkahwinan pula agak mudah, bila suka, setiap individu maka kenduri dibuat dan pasangan dibiarkan bermalam dalam satu bilik, jika salah seorang tidak keluar dari bilik sebelum menjelang pagi maka perkahwinan tersebut dikira berlakulah.
Sdr. Rosly pula mencuba untuk menyumpit....




Selepas makan malam kami semua di bawa ke Mutiara Taman Negara untuk mengikuti program "Night Walk" di tempat tersebut. Sebelum masuk hutan kami diberi penerangan ringkas oleh pemandu pelancong.
Beberapa ekor serangga telah ditemui semasa 'Night walk' diantaranya ialah Kala Jengkeng, Tarantula dan Mentadak. Visual juga sempat dirakam di sini.
Kami juga dibawa untuk melihat binatang liar di satu lokasi di hutan tersebut. Namun tiada seekor yang muncul.
Selepas tiba dari lawatan ke kampung orang asli.




31 OKTOBER 2009;
Waktu pagi kami dibawa menelusuri Sungai Tahan hingga ke hulu. Peserta tidak ketinggalan mengambil peluang merakam suasana hutan di kiri dan kanan tebing sungai.
Kami kemudian singgah disatu lokasi di tebing sungai dan dibawa memasuki hutan hingga ke satu lokasi dipanggil Lata Berkuh. Kami masuk hutan sejauh lebih kurang 700 meter hingga dilokasi penamat. Sepanjang berjalan banyak juga subjek yang dirakam sama ada dengan kamera video dan foto.
Cantik juga keadaan persekitaran di sini, nyaman dan dingin...
Sdr. Rosly sedang merakam sesuatu, ermmm...ape agaknye ye...



Agak lama juga kami di lokasi ini. Banyaklah juga subjek-subjek yang dirakam.
Kemudian kami menaiki semula bot dan bergerak ke hilir sungai. Lebih kurang lima minit kami singgah di satu lokasi.


Ini sdr. Raai dan di belakangnya ialah sdr. Hazrul, Kamarul Baharin dan Kamarul Ariffin...








Di sini kami semua berehat sambil menikmati makanan tengah hari, eh! bukan...mungkin sarapan pagi kut yang dibekalkan oleh pihak resort.



Inilah permandangan yang sempat aku rakam dengan kamera handphone aku, ermmmm...tak jelas kan...







Ada juga dikalangan para peserta merakamkan suasana di sekitar. Kami juga melihat ikan makan makanan yang di taburkan ke dalam sungai. hmmm...besar-besar nampaknya ikan-ikan tersebut....
Dan ada juga dikalangan peserta yang tidak tahan melihat air yang jernih dan dingin itu, lalu...burrrrr...terus mereka terjun ke dalam sungai...ermmm...ikan besar tadi semua lari apabila ikan yang lebih besar masuk ke sungai....
Nyaman dan dingin......





Sebelah petang lebih kurang jam 5.00, kami menaiki bot untuk ke seberang sungai. Kami masuk ke Mutiara Taman Negara untuk merakam subjek-subjek dan suasana di situ yang tidak dapat dirakam ketika 'Night Walk" semalam.


Semua peserta sedang merakamkan subjek-subjek yang difikirkan menarik....









Lebih kurang dua atau tiga bangunan kami masuki untuk membuat rakaman foto dan video. Tugas merakam telah dilakukan sehingga menjelang waktu Maghrib.




Bangunan Perhilitan....








Seterusnya selepas makan malam kami semua bergerak ke sebuah bilik dalam kawasan resort tersebut, untuk melihat rakaman video yang telah dibuat sejak hari pertama. Ermmm...boleh tahan juga komen-komen mereka ni...Biasalah, ini merupakan rakaman 'raw' yakni yang belum disunting, tentu banyak rakaman 'buang', bukan begitu???

Salah sebuah bangunan dimana terdapat informasi berkaitan Taman Negara...






1 NOVEMBER 2009;
Selepas sarapan, dengan menaiki 3 buah bot, kami menelusuri sungai Tahan iaitu sungai yang kami masuki semalam. Tujuannya ialah untuk membuat rakaman foto di beberapa tempat persinggahan di sepanjang sungai berkenaan.
Cantik sungguh permandangan di sini. Hmmm... Maha Kaya Tuhan yang menciptakan keindahan ini....
Salah satu lokasi persinggahan kami...







Masing-masing seakan tidak puas merakamkan persekitaran dan semua subjek yang dijumpai di sini.
Cantik, memang cantik...indah, memang indah. Tak percaya? Ermmm....pergilah melawat sendiri...

Menaiki semula bot-bot untuk menuju lokasi yang berikutnya....








Waktu petang pula iaitu kira-kira jam 2.00 petang kami bergerak dengan menaiki bot menuju ke hulu sungai. Kami singgah di Canopy. Di sini kami merasa berjalan di atas jambatan gantung yang beralun.
Ketinggian yang tertinggi di jambatan ini ialah lebih kurang 40 meter dan panjang jambatan lebih kurang 300 meter. Hmmm...grrrrrr...agak gayat jugak berjalan di atas jambatan ini apatah lagi jika kita melihat ke bawah. Di bawahnya merupakan lurah dan rimba, kami cuma dapat melihat pucuk pokok-pokok tinggi di tempat tertentu.
Inilah jambatan gantung berkenaan....





Kemudian selepas makan malam kami bergerak ke sebuah bilik seminar di resort berkenaan untuk melihat beberapa peserta mempersembahkan foto-foto yang telah mereka rakamkan sepanjang berada di sini. Bos kami memulakannya dengan menayangkan di skrin besar hasil-hasil rakaman foto yang telah di buat. Dia di ikuti oleh Sdr. Hazrul dan sdr. Sulimi.

Pemandangan di jeti.....







2 NOVEMBER 2009;
Pagi ini selepas sarapan, lebih kurang jam 9.00 pagi, sekali lagi kami bergerak ke sebuah bilik seminar dikawasan resort berkenaan untuk menonton persembahan foto yang telah dirakam oleh peserta yang tidak berkesempatan untuk menunjukkannya semalam. Semalam semua peserta tidak sempat mepamerkan di skrin foto-foto rakaman mereka kerana kesuntukan masa kerana ketika itu telah melewati jam 11.00 malam. Sesi ini tamat lebih kurang jam 11.00 pagi.
Suasan jeti Kuala Tahan .....





Jam 11.00 pagi lebih kurang kami keluar dari bilik masing-masing untuk 'check out'. Setelah beg-beg dimuatkan ke perut van, kami pun bergerak ke jeti.
Di jeti semua beg-beg dimuatkan ke dalam bot. Setelah semua peserta tiba, perut bot pun kami masuki dan seketika kemudian bot mula bergerak...

Pemandangan ditebing sungai ketika bot bergerak menuju ke Jeti Kuala Tembeling...





Seketika setelah berada dalam bot, kami menikmati makanan yang dibekalkan oleh pihak resort, maklumlah dah lapar sangat....
Dari dalam bot, sempat juga beberapa peserta membuat rakaman foto keadaan persekitaran yang dilalui sepanjang sungai. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata sebentar.
Ermmm...sdr. Kamarul Ariffin sedang lena nampaknya...






Lebih kurang jam 2.00 petang kami sampai di Jeti Kuala Tembeling. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Apabila sampai semua beg-beg dikeluarkan daripada bot dan dibawa ke atas. Kelihatan bas UKM telah sedia menanti dan kami terus memasukkan beg-beg ke perut bas pula. Sebentar kemudian bas pun bergerak meninggalkan Kuala Tembeling. Kami tiba di UKM lebih kurang jam 7.00 malam. Hmmmm...selamat tinggal Taman Negara, entah bila pulak akan kembali ke sini, mungkin tidak kut....
Jeti Kuala Tembeling......


daud montak zakaria...

2 comments:

Raai Osman said...

Haaaa letih kat Taman Negara masih terasa. 16 ni nak kena p Lata Jarum pulak. Jangan kita kantoi sudah lah Yeop.

ukmstudio said...

Memang pun jangan kantoi nanti malu dengan staff baru....