Wednesday, October 25, 2017

Persiapan Konvo Day 2

Hari ni, Rabu, 25 Oktober 2017. Kami seperti biasa buat persiapan peralatan
rakaman mcp majlis konvo ukm ke 45 yang akan berlangsung
dari 28 hingga 31 Oktober 2017.

ini semua krew mcp masa rakaman konvo nanti..
ini semua krew mcp masa rakaman konvo nanti..

Awal pagi da hidupkan
sistem mcp dalam studio ukm. On kan semua
peralatan. Pasang kabel dan kamera video. Pasang tv untuk emcee
di belakang pentas dengan video distributor baru menggantikan yang lama.
Test semua visual yang di hantar dari dalam studio ke tv
belakang pentas. Segalanya ok untuk hari ini.
Waktu petang ada raptai teknikal
bersama ptm dan puskeb.
Tak semena mena berlaku blackout
mungkin ada alatan yang short circuit tapi kami
da lama ada dalam studio dan on peralatan dari pagi sampai petang
takde pulak berlaku black out. Ramli call staf elektrik.
Mereka datang dan fix kan masalah tersebut.
Dia orang kata ada alat yang
bermasalah.

persiapan pagi...
persiapan pagi...


Sebelum tu pihak Jelas Juta
pasang peralatan tambahan iaitu sebuah 
kamera lens panjang dengan kamera rf, iaitu kamera wireless, tapi
bukan peralatan mereka yang bermasalah kerana semasa
mereka uji peralatan mereka, tiada pun berlaku
sebarang black out. Harap
perkara ini tidak
berlaku semasa majlis yang
sebenarnya, kalau berlaku mereka yang berkenaan
harus bertanggung jawab...huhuhu...



Hari ini juga iaitu waktu
petang CIK SURAYA taip grafik
untuk sidang satu atau sidang canselor. Sampai jam 6.35
petang baru dia selesai taip untuk sidang tersebut. Terima kasih
kepada dia, kalau tiada dia, sape pulak yang nak siapkan benda tu, konvo tak lama
lagi....kan...kan...kan.... Masa ni semua bahagian amat
sibuk dengan tugas memasing, memang sibuk...

pagi...

...selesai waktu petang...
Esok pagi ada raptai pentadbiran
di dectar, kami semestinya berada di sana. Semua 
peralatan perlu berfungsi dgn baik pagi esok.
Rasanya kami sudah pun bersedia pagi esok. JelasJuta 
akan uji sistem cctv pulak pagi esok, harap semuanya ok belaka...harapnya gitu.
Harap semua akan dapat memberikan kerjasama
yang maksima semasa majlis konvokesyen
nanti...harapnya gitulah...harapnya
jangan berlaku sebarang perkara yang boleh menggugat
kelicinan atau kelancaran kerja kerja rakaman mcp kami...
....harap...harap...gitulahhhh...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria