Wednesday, June 30, 2010

Mobiliti Pelajar Antarabangsa, Minggu MesraPelajar dan bla...bla...bla...

*pic. dari google images

HARI ini, 30 Jun 2010, Rabu;
Kali ini aku nak cerita tentang tugas harian kami sepanjang bulan Julai 2010 ni. Bulan ni kami agak sibuk gak, bukan banyak sangat pun tapi sibuklah juga. Bulan ni terdapat dua tugas yang agak besar yang terpaksa kami pikul. Pertama program Mobiliti Pelajar atau UKM – Global Student Mobility Partnerships Program, mulai daripada 28 Jun hingga 23 Julai 2010. Tugas yang kedua ialah Minggu Mesra Pelajar Baru yang bermula daripada 4 Julai hingga 9 Julai 2010. Kedua-dua tugas tersebut mesti dipikul dengan sebaik mungkin. Kami dari Unit Video Penerbit UKM diberi tanggug jawab untuk membuat liputan video kedua-dua program berkenaan disamping tugas2 lain yang akan menyusul.

Dalam program Mobiliti Pelajar terdapat kuliah daripada 29 Jun hingga 3 Julai 2010. Kemudian ia diikuti dengan lawatan pelajar ke Gombak, Pulau Carey, Langkawi, Kuala Tahan, Tasik Chini dan Sabah. Liputan video di Pulau Carey pada 4 Julai akan dilakukan oleh sdr. Ramli dan Siti Suraya, begitu juga dengan lawatan pelajar di Gombak pada 5 Julai. Antara lokasi yang akan dilawati ialah penempatan Orang Asli.

Lawatan ke Kuala Tahan Taman Negara akan dibuat liputan oleh sdr. Ramli dan aku sendiri. Lawatan tersebut akan memakan masa selama 3 hari iaitu daripada 6 Julai hingga 8 Julai 2010. Lokasi yang akan dilawati terutamanya penempatan orang asli di sana. Aku bercadang untuk membuat penerbitan video berkaitan Kuala Tahan Taman Negara tersebut.

Sementara program lawatan di Langkawi pula akan dibuat liputan video oleh sdr. Shahrul Fadli dan Wafiy. Antara lokasi yang akan dilawati oleh pelajar ialah Geopark serta lokasi-lokasi lain yang akan ditentukan oleh penganjur. Mereka akan berada di sana daripada 4 Julai hingga 9 Julai 2010.

Seterusnya lawatan ke Sabah akan bermula daripada 10 Julai hingga 17 Julai 2010 dan aktivi yang penting yang akan dijalankan di sini ialah pendakian Gunung Kinabalu hingga sampai di kemuncak. Liputan video akan dilakukan oleh sdr. Kamarul Baharin dan Jasril Amry. Diharapkan mereka dapat menerbitkan sebuah penerbitan video berkaitan pendakian Gunung Kinabalu tersebut.

Liputan video lawatan ke Tasik Chini pula akan dilakukan oleh sdr. Ruhaizad daripada 18 hingga 19 Julai 2010. Di sana mereka akan membuat lawatan ke Pusat Penyelidikan Tasik Chini. 20 Julai pula pelajar yang mengikuti program ini akan membuat lawatan ke Muzium Negara dan liputan video akan dilakukan oleh sdr. Shahrul dan Siti Suraya. Sebenarnya disebabkan tugas yang banyak ini kami amat memerlukan sebuah lagi kamera video yang sesuai untuk penerbitan video. Lagipun salah sebuah kamera yang ada selalu mengalami masalah teknikal, tapi adakah kami akan memperolehnya...ntah...hanya masa yang menentukannya.....

Selain daripada tugas tersebut, mulai 4 hingga 9 Julai kami daripada Unit Video Penerbit UKM akan membuat rakaman Multiple Camera Production setiap malam di DECTAR untuk setiap program untuk pelajar yang dijalankan di sana. Program tersebut ialah Minggu Mesra Pelajar Baru UKM. Agak sukar juga untuk mengatur tugas ini kerana program yang berjalan serentak menyebabkan kami agak kekurangan tenaga kerja.

daud montak zakaria...
30 Jun 2010; 9.00 pm

No comments: