Monday, November 21, 2011

Catatan Video di Taman Negara Pahang.

Dari 17 - 20 nov. 2011, kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM telah mengendalikan "bengkel pengendalian kamera video" di Taman Negara Pahang. Selesai sesi ceramah di Bilik Seminar Penerbit UKM dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam, maka kami bergerak pula
ke Taman Negara Kuala Tahan dengan 2 buah bas.


Sekumpulan pelajar bos kami Prof K juga turut serta dengan perbelanjaan sendiri ke sana untuk mengkaji tentang suku kaum asli Batek di sana. Aku, sdr. Shahrul, Kamarul, Jasril Amry, Moritz Burn dan Hazrul telah menyampaikan ceramah kepada peserta yang berjumlah lebih kurang 40 orang.

Agak banyak juga peralatan yang kami bawa termasuk kamera video, komputer dan sebagainya. Itu belum lagi ditambah dengan berat beg pakaian yang kami bawa bersama. Malam yang gelap, duduk dalam bas lebih kurang 5 jam perjalanan, amat membosankan. Gelap gelita di luar, tak nampak apa2 pun.



Oleh itu di sepanjang jalan aku cuba lelapkan mata dengan harapan supaya perjalanan terasa singkat. Namun gagal berkali-kali. Aku hanya mampu tidur lebih kurang satu jam jer...itupun tidur-tidur ayam jer...eh! ayam tidor ker...?

Bas yang kami tumpang hanya berhenti sekali sahaja kalau tak silap aku, itupun dengan tujuan untuk membuang 'lebihan' yang terhasil dalam badan masing-masing, yang memang patut pun dibuang dengan segera...


Tiba di Rainforest Resort jam menunjukkan angka lebih kurang 4 pagi kut...kurang pasti aku. Agak lucu gak sebab 'check in' waktu sebelum subuh....ayam pun terkesat-kesat mata kerana ngantuk sakan lagi...ekekeke...

Selepas sarapan, program kami yang paling awal ialah bergerak ke Taman Negara untuk membuat perdaftaran kamera yang dibawa. Kemudian kami bergerak ke Canopy Walk dengan bot. Sampai di sini kami bergerak mengikut kumpulan dengan diketuai oleh fasilitator dan 'guide' dari taman negara. Eh! yer ker 'guide' tu taman negara punyer....



Sebenarnya masuk kali ini aku dah sampai ke taman negara ni sebanyak 4 kali kut dan yang pertama sekali ialah mengikuti bengkel foto penerbit ukm. Namun ini merupakan kali kedua aku berjalan atas jambatan gantung tu...Masa mula2 dulu agak 'gayat' gak aku tapi taklah sampai nak terbuang air. Hari ini aku tak gayat mana pun...kalau dibenarkan tentu rasa macam nak berlari jer kat atas titi gantung tu...ewah....ewah...ekekeke...

Setelah selesai di Canopy Walkway, kami bergerak dengan bot ke perkampungan orang asli dari suku Batek yang mendiami satu perkampungan di hulu sungai. Tak jauh mana pun dari Canopy walkway. Tiba di sana peserta bengkel merakam segala yang dijumpa macam jugak kat canopy walkway.

Macam-macam yang setiap kumpulan rakamkan seperti temubual, rumah orang asli, keadaan sekeliling dan sebagainya. Sebenarnya dalam bengkel ini peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diminta menghasilkan program video dibawah 10 minit berkaitan Taman Negara.


Ada ketikanya aku rasa kesian tengok kehidupan orang asli ni terutama anak2 mereka....kesian sesangat. Mereka dikatakan tidak dihantar ke sekolah pun. Kalau 'pelakon air mata' tentu mudah banjir matanya jika melihat keadaan mereka yang daif tu....Hidup suku batek ni simple sangat, mungkin kalau tiada pelawat tentu mereka tak berpakaian kut atau separuh berpakaian, sape tau kan...? Dulu pernah aku dengar kisah kaum ni ketika kami mula-mula sekali melawat ke penempatan kaum Batek ni. Dulu seorang 'guide' penah cerita kalau mak bapak orang asli ni nak 'making love' dia orang akan masuk ke hutan, tanpa gangguan, agaknya takde sape pun nak 'skodeng' kut...opst! maaf. Tak tau pulak aku sahih atau tak cerita ni......



Agak lama jugak kami berada di sini sebelum kami bergerak kembali ke Kuala Tahan. Dalam perjalanan pulang, bot-bot yang berjumlah hampir 10 buah tu, berlumba-lumba sambil membuat aktiviti yang dikenali sebagai 'rapid shooting'. Aktivi ni memang membasahkan badan semua yang ada dalam bot. Air disimbah kepada semua penumpang sama ada oleh yang mengendalikan bot atau oleh penumpang. Masing-masing cuba membasah kuyupkan pihak lawan dalam bot yang lain. Macam pesta air pulak nampaknya.
Sebelum ini memang telah dipesan supaya menyimpan semua peralatan yang tak kalis air. Sebenarnya peralatan kami memang kalis air sebab ia takkan cair jika kena air, cuma rosak jer kalau kena air tu jer...ekekeke..... Agak seronok juga, kalau tak tentu masing-masing akan bermasam muka. Nampaknya masing-masing seronok. Habis basah semua, sejuk sampai ke 'dalam' ekekekeke....


Tiba di Rainforest Resort, terus jer jamu selera tanpa sempat salin pakaian maklumlah kesejukkan menyebabkan perut menjadi lapar. Habis lantai tempat makan basah dek titisan air. Sempat jugak menjeling pekerja mengelap lantai dengan 'mop' setelah hampir selesai makan. Tentu hatinye rasa agak hot kut.....

Selepas berehat sebentar, semua peserta masuk ke dewan untuk siapkan skrip serta membuat penyuntingan video. Jam 8.00 malam pula kami bergerak ke Taman Negara untuk aktiviti 'nightwalk' pulak. Setiap kumpulan diketuai oleh fasilitator serta seorang 'guide'. Banyak jugak serangga yang keluar waktu malam dijumpai masa aktiviti tersebut. Wah! 'guide' kami malam tu mempunyai 'slang' percakapan yang agak 'style'.


Di tempat memerhati haiwan liar di lokasi yang dikenali sebagai 'bumbun' dapat juga kami melihat beberapa ekor rusa yang menikmati air masih di kejauhan. Rusa tersebut kelihatan apabila disuluh dengan lampu suluh 'guide' dan juga lampu suluh peserta. Tiba semula di resort, peserta membuat penyuntingan video yang perlu mereka siapkan. Semua fasilitator ada bersama bagi memberi pandangan bila diperlukan.



Esok pagi 19 November 2011, kami bergerak pula ke Lata Berkoh di Sungai Tahan. Air sungai ini agak jernih jika dibandingkan dengan air di Sungai Tembeling. Singgah sebentar di satu lokasi kerana Prof K ingin merakamkan model foto di situ. Sebaik selesai kami bergerak ke Lata Berkuh pula. Di sini peserta bengkel merakamkan suasana di sini sementara Prof. K membuat rakaman foto.

...ni lah gamaknyer wajah sebenar bila di 'candid' ....ekekekeke...

Seketika kemudian semua peserta bergerak masuk trek untuk menuju ke Lata Berkuh yang jauhnya lebih kurang 1.2 kilometer. Sepanjang trek banyak jugak yang dirakam oleh peserta bengkel. Air sungai di sini agak jernih tetapi tidaklah sejernih yang pernah dilihat semasa aku tiba di sini satu masa dulu. Hujung trek ini terdapat satu jeram yang agak bahaya untuk mandi. Walaupun ada ingatan supaya jangan mandi kerana agak bahaya namun ada gak yang aku lihat mandi di situ.


Peserta bengkel kemudiannya mandi di satu kawasan yang agak landai dan kelihatan tidak bahaya keadaan arusnya. Dah tentulah ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merasa kedinginan air jernih sungai berkenaan. Aku dah beberapa kali datang ke sini tapi semuanya aku tak turun untuk mandi, tah aku pun tak tau mengapa tiada rasa keinginan nak mandi pun...

Setelah puas mandi semua peserta bergerak dengan menaiki bot ke Santuari Kelah di Lubuk Cenor iaitu satu lokasi di Sungai Tahan yang merupakan zon perlindungan ikan Kelah. Ikan2 Kelah kat sini besar-besar belaka lebih besar seperti yang ada kat Santuari Kelah di Tasik Kenyir. Lebih kurang 10 buah bot yang membawa kami di sungai ini. Aku difahamkan lesen bot mereka merupakan lesen individu yang diletakkan dibawah persatuan. Di Santuari Kelah masing-masing mengambil peluang memberi dan melihat ikan2 kelah yang besar-besar menyambar makanan. Di sini peserta juga menikmati makan tengah hari dalam suasana terbuka. Setiap kumpulan tidak melepaskan peluang membuat rakaman video di sini.

Kembali di resort, peserta berehat sebentar dan menyambung kerja menulis skrip dan juga membuat penyuntingan. Setiap kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan penyuntingan
video mereka. Kami hanya mampu bertahan sehingga jam 3.00 pagi sebelum
masuk bilik untuk tidur. Ada diantara kumpulan yang 'stay'
hingga jam 6.00 pagi semata-mata untuk menyiapkan projek video mereka.


Esoknya hampir jam 1.00 petang, kami 'check out' dan bergerak ke Kuala Gandah untuk melihat pertunjukkan gajah di santuari gajah di Kuala Gandah yang biasanya bermula jam 2.00 petang. Walaupun agak lewat kami dapat jugak melihat gajah2 yang dah hampir masuk kandang...ekekeke.... Sebenarnya semua krew Audio Video terlibat dalam bengkel berkenaan iaitu aku, shahrul, kamarul, ramli, jasril amry dan siti suraya....
Seterusnya kami sambung perjalanan untuk bergerak ke UKM Bangi. Tiba di Bangi jam 8.00 malam lebih kurang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Moga ilmu yang kami kongsikan dengan peserta akan memberi manfaat kepada semua....sekian...
daudmontakzakaria

2 comments:

Syazwani Mazlan said...

salam. video filem pendek dr students poly, dah upload.. boleh bg komen kalau tak keberatan..terima ksh ;)
http://syazwani30.blogspot.com/2011/11/filem-pendek-nawaitu-part-2.html

Unknown said...

tq cip utk ilmu2 yg dikongsi..
gmbr sy ada disini..hehe..