Thursday, June 27, 2013

siAp dAaaa....


HARI ini, 27 Jun 2013, kami da dapat siapkan penyuntingan untuk
tiga buah video untuk tiga acara yang berbeza....


Pertama video SUKAN TAHUNAN
TUNAS PERMATA UKM 2013. Penyuntinganya
telah dilakukan oleh PELAJAR LATIHAN INDUSTRI yang masuk
minggu kedua mereka bersama kami. Penyuntingannya telah
dibuat oleh NAZWA dan AISYAH, Pelajar
LI dari Politeknik PERLIS. Terima kasih kepada mereka berdua.
Kerja mereka dipantau oleh
sdr. SHAHRUL FADLI ABDUL RAHIM.
Rakaman acara tersebut telah dirakam
oleh SITI SURAYA dan SHAHRUL FADLI pada 15 JUN 2013
yang lalu di STADIUM UKM..


Video kedua pula ialah KEJOHANAN KRIKET UNIVERSITI
ANTARABANGSA UKM 2013. Penyuntingannya telah
dibuat oleh SHAHRUL FADLI. Rakaman video
berkenaan telah dibuat oleh KAMARUL BAHARIN dan SHAHRUL
pada awal JUN. KEJOHANAN KRIKET PERINGKAT AKHIR
yang berlangsung di BAYUMAS KELANG telah dijuari
oleh UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA...


Sementara video yang ketiga pula ialah PERASMIAN BANGUNAN
dan GALERI TUN FATIMAH HASHIM UKM. Video ini telah 
dirakam oleh SITI SURAYA dan RAMLI ADNAN
pada 26 JUN 2013. Video ini telah aku edit sejak semalam dan
petang tadi telah disiapkan di 'upload' ke YOUTUBE.
Jadi, syukur ALHAMDULILLAH dapat jugak kami siapkan video tersebut...
silalah tontonnya.....

Selain daripada itu kami juga akan mengendalikan
BENGKEL VIDEO DOKUMENTARI yang dianjurkan oleh BAHAGIAN
LATIHAN. Bengkel berkenaan bermula dari 4 hingga 8 Julai 2013.
Bengkel tersebut diadakan di BANDARAYA MELAKA....

terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria