Wednesday, September 7, 2011

...kembali bekerja...

HARI ini, 6 September 2011;
aku kembali bekerja setelah agak lama bercuti hari raya. Kembali semula ke pejabat bermakna segala tugas mendatang perlu dibereskan. Surat untuk mesyuarat AJK Kecil Rakaman untuk konvokesyen telah disiapkan dengan bantuan Siti Suraya. Mesyuarat berkenaan akan diadakan pada 21 September 2011.

Begitu juga dengan surat untuk rakaman MCP pada 9 September 2011 iaitu taklimat dan majlis Ikrar Pelajar baru UKM di DECTAR. Diharapkan krew bantuan MCP yang berkesempatan akan dapat membantu kami dalam rakaman berkenaan.

Bulan September ini juga merupakan bulan yang agak sibuk juga iaitu terdapat beberapa program perlu diselesaikan. 15 - 18 September 2011, kami akan mengendalikan bengkel Pengendalian Kamera Video untuk kakitangan UKM. Bengkel berkenaan akan diadakan di Melaka. Ceramah akan disampaikan oleh kami. Disamping itu kami juga akan membantu Karyawan Tamu Mister Morris Barn untuk menerbitkan sebuah dokumentari di Melaka.

Pada 24 - 27 september 2011, kami akan berkampung di DECTAR untuk membuat rakaman serta tayangan secara langsung di DECTAR Majlis Konvokesyen UKM Ke 39. Tugas ini merupakan tugas rutin kami setiap tahun. Tugas ini juga merupakan tugas besar yang amat mencabar. Sebarang kesilapan yang terjadi akan menyukarkan kami untuk menjawabnya.

Pada 23 september mungkin kami akan membuat rakaman sebuah syarahan di Bilik Senat dan juga mungkin membuat rakaman perasmian Pesta Konvo. Itupun bergantung kepada permintaan. Jika diminta secara bertulis kami akan datang untuk membuat rakaman. Pada 28 September pula mungkin kami akan membuat rakaman Jamuan hari raya Peringkat UKM di DECTAR.

Apa2 pun diharapkan semua tugas kami dapat dijalankan dengan sempurna tanpa kesilapan, InsyaALLAH....
daudmontakzakaria.